抖阴社区

WIA:R 01

3.4K 323 20
                                    

Qirana meletakkan beg tangan berjenama Chanel itu di atas meja. Bahunya kemudian ditumbuk perlahan.

"Are you okay?" soal Prince Alfie lalu menghulurkan botol minuman kepada adiknya.

Qirana menyambutnya lalu mengangguk. Penutup botol air itu dipulas lalu terbuka. Botol air itu diangkat lalu bertemu dengan mulutnnya yang dicalit dengan lipstick Mary Kay pink luster.

Prince Alfie memandang adiknya yang hanya muda beberapa tahun daripadanya. Apa yang mengejutkan ialah tidak disangka yang adiknya bakal mendirikan rumah tangga terlebih dahulu berbanding dirinya. Tetapi dia tidak pernah terfikir secepat ini rumah tangga adiknya retak.

Ya sudah setahun semenjak kejadian itu, kejadian di mana adiknya dititahkan untuk pula ke pangkuan keluarga dan digantung tak bertali lamanya. Semenjak pulang ke UK pula, Qirana banyak berubah. Tidak lagi menyibukkan dirinya dengan tugasan seorang perisik dan hanya mengekori ke mana sahaja Prince Henry pergi.

Tidak kira sama ada urusan dalam atau luar negara, kini Qirana lah peneman rasmi buat daddy mereka sekiranya ibu mereka tidak dapat turut serta.

"I'm calling you Prince Alfie" Qirana menepuk peha abangnya.

Prince Alfie tersedar daripada lamunannya.

"Yes Princess Athrine" balas Alfie.

"When Princess Sophia will arrive? It's already late" ujar Qirana menanyakan soal bakal kakak iparnya.

Akhirnya abangnya ini bakal menamatkan zaman bujangnya juga bersama Princess of Cambridge; Princess Sophia Charles.

"Soon" balas Alfie.

Manakala Qirana sudah penat selepas menghadiri majlis kebajikan diraja yang dianjurkan oleh pakcik mereka yang telah membuka yayasan anak-anak yatim di England.

Pandangan Qirana dialihkan kepada Qaisara yang tekun menghadap telefon pintarnya. Entah apa yang ralit oleh adiknya itu tidak tahu.

Qirana kembali menghadap ke arah cermin di hadapannya. Pantulan dirinya pada cermin itu direnung.

Sudah setahun berlalu, banyak yang telah berubah. Semenjak kembali ke sini, Qirana tidak banyak bergerak bebas. Dia hanya mematuhi jadual yang telah disusun oleh Setiausaha Diraja keluarganya. Walaupun ayahnya tidak melarang tetapi dia masih ingat lagi semua itu satu perintah oleh suaminya sendiri.

Afieq? Sehingga kini tidak masih tidak ambil peduli mengenai jejaka itu. Dia juga tidak tahu mungkin putera diraja itu telah berkahwin lain. Mungkin itu semua hanya andaiannya sahaja kerana dia juga tidak mendengar apa-apa berita dari Carassia.

Kali terakhir dia ke Carassia kira-kira 3 bulan yang lalu iaitu bagi menghadiri majlis perkahwinan Putera Rayyan bersama Alya. Ketika berada di sana juga dia tidak terserempak dengan Afieq kerana menurut Alya, jejaka itu perlu segera ke Mexico secara tiba-tiba kerana pasukan di sana kekurangan ahli.

"Akak jom" panggil Qaisara yang sudah berdiri.

Qirana tersedar daripada lamunannya. Dia juga turut bangun lalu mencapai beg tangannya dan berjalan keluar daripada bilik menunggu itu.

Tetapi apa yang dilihat mereka ini ialah Qirana yang berbeza. Dia amat sukar untuk mengukir senyumannya. Tiada lagi Qirana yang aktif ketika dia menjalankan tugasnya.

Semuanya berubah dalam tempoh satu tahun yang pada awalnya, Qirana hanya gemar berkurung di dalam biliknya sahaja.

Sehingga menimbulkan keresahan dan kerisauan buat kedua-dua orang tuanya.

Tok tok

Ainie membuka pintu bilik kakaknya, Qirana.

"Akak nak teman Ain pergi mall tak? Bosan la" ujar si adik.

"Sorry I'm really tired" tutur Qirana yang berselubung di dalam selimut tebal.

"Okay. But if you need something just give a call"

"Yea yea I know" halaunya.

Ainie hanya tersenyum tawar. Semenjak kakaknya tinggal bersama mereka, dia sering mengikuti daddy ke mana-mana sahaja. Itu lah apa yang sudah diperintahkan kepadanya.

Dia menutup pintu bilik kakaknya.

"How?" soal Aulya.

"Dia tak nak. Penat kot" tutur Aini sebaik sahaja suara itu menyoal.

Princess Allayna melihat ke arah kedua-dua anak perempuannya.

"Nak ajak Kak Athrine keluar la tu" sangkal wanita itu.

"Mummy ni macam tahu-tahu je. Apa kata kalau mummy je yang ikut" ajak Aulya.

"Ask your dad" hanya tiga patah perkataan sahaja yang dikeluarkan lantas kedua-dua gadis itu mengerti apa yang dimaksudkan.

Allayna mengeluh saat memikirkan tentang anaknya. Walaupun dia gembira kerana Qirana sudah pulang dan tidak lagi melibatkan dirinya dengan aktiviti-aktiviti perisikannya namun dia masih berharap yang Qirana mampu hidup seperti puteri-puteri yang lain.

Tambahan pula dengan keadaan rumah tangga anaknya yang sudah tiada sinar kebahagiaan untuk pulih semula. Setahun sudahpun berlalu namun keadaan Qirana masih begitu.

Tidak pernah menyoalkan tentang Afieq ataupun mana-mana ahli keluarga mentuanya.

Ainie mengacau minumannya, kemudian kepala ditongkatkan di atas meja.

"Aku hrmm sedih la tengok Kak Athrine macam tu" luah Ainie.

Aulya memandang si kakak.

"Why?"

"Macam orang hilang anak je. Bercakap dengan kita pun jarang-jarang and she always with daddy doing their royal business"

"You know right she's hoping for a divorce not this kind of situation. If sister doing something that will harm her position there must be a reason. Maybe she and Prince Afieq are not meant to be" balas Aulya.

Setiap apa yang dilakukan oleh kakak mereka pasti ada sebab. Dia tidak akan melakukan sesuatu membuta tuli tanpa memperoleh kebaikan daripadanya.

Itulah Athrine Qirana. Segala tindakannya pasti akan membuahkan hasil. Tapi nampaknya kakaknya telah gagal setahun lalu untuk mencapai matlamatnya iaitu berpisah dengan putera raja Carassia itu.

TBC

WIA: RETURN [TRK II][EBOOK]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang