"Apa kau nak? Nak sakitkan hati aku lagi?! Tak pu-"
Chup
Mata Clara membulat apabila Kirito menciumnya.
Tubuh Kirito ditolak kuat.
"Apa kau buat ha??!!" Matanya tajam mencerlung lelaki di hadapannya
"Clara a-aku minta maaf. Aku tak maksudkannya!"
"Minta maaf?? Setelah apa yang kau buat pada aku , KAU MINTA MAAF??!! KAU LANGSUNG TAK BERI AKU PELUANG!!"
"AKU TAHU!! AKU YANG BODOH! TAK PERCAYA KAN KAU!!"
Clara terdiam.
"Aku yang bodoh. Aku yang salah. Aku tak sedar apa yang aku buat. Aku ni pentingkan diri."
Air mata Clara bergenang tapi cuba ditahan. Ego menggunung dalam hatinya.
"Aku ego , Clara. Tolong.. Maafkan aku. Aku cintakan kau.." Kirito menunduk.
Keadaan menjadi hening.
"Maaf saja tak cukup." Kata Clara. Egonya semakin meninggi.
Clara pantas berjalan meninggalkan jejaka itu.
Baru beberapa langkah , dia berhenti. Kedengaran tangisan Kirito.
Dia perlahan lahan menoleh.
"Maafkan aku.. Aku sayang kau.." Gumamnya sendirian. Fikir Clara sudah meninggalkannya tapi belum.
Clara memejamkan matanya. Ego nya perlahan lahan meruntuh.
Kirito menangis sendirian. Air matanya deras turun ke pipi. Hatinya tidak berabis menyalahkan diri sendiri.
Malam ini ialah saksi.
Ego seorang lelaki runtuh sekelip mata akibat seorang gadis.
Clara tidak dapat menahan air matanya.
Pantas sahaja dia berlari anak ke arah Kirito.
Kirito ditarik kuat sehingga tubuh jejaka itu berpaling.
Chup
Kirito tergamam. Clara melepaskan ciuman.
Clara memandangkan mata lelaki itu sedalam dalamnya. Pantas sahaja tubuh Kirito didakap erat.
"Maaf. Aku ego." Tangisannya sekali lagi pecah di dada Kirito.
Kirito memeluk kembali gadisnya.
Pelukan dilepaskan.
Mata masing masing bertentangan.
"Be My Girlfriend again?"
Clara tersenyum.
"Of course."
Benarlah kata orang. Lelaki akan menangis akibat wanita yang disayanginya.
~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~
Keesokkan harinya
"Kirito... Aku rimas lah!" Kata Clara.
Dari malam tadi Kirito asyik berkepit dengan dia je.
Ni tengah masak pun nak kacau orang. Nasib yang lain tengah tidur.
"Alaa.... Nak kacau juga." Dia memain rambut Clara yang berwarna
Saje jee
Clara menjeling Kirito. Dia menyambung memotong bawang.
Dia terleka sedikit dan terhiris jari manisnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Aishar World: The Lost Powers
FantasyBeautiful And Perfect Book Cover By @ummulemonade Kisah Seorang Gadis. Misteri. Pendiam. Berani. 3 Sikap Membawa Tanda Tanya Kepada Semua Orang. Misteri Tetapi Menarik. Pendiam Tapi Lincah. Berani Tapi Menakutkan. Dibuli. Dihina. Diejek. Menjadi Rut...