【 Presenting 】
〝 Unexpected Marriage by 00deadofwrite 〞
Lapar dan malas nak keluar untuk cari makanan? Senang je. Buat panggilan delivery ke rumah saja. Itula yang dilakukan Jeon Jungkook apabila perutnya minta diisi.
Jungkook menunggu pesanannya s...
Jihyo dan Jungkook tiba di tapak perkhemahan. Ariana, Hyunjin, Felix dan Jeongin terus menerpa ke arah Jihyo.
"Kau okay tak? Cedera tak?"
Soal Ariana dengan bimbang selepas Jeongin beritahu kepada Ariana yang Jihyo hilang dalam hutan.
"Aku okay la. Just sejuk duduk dalam tu lama-lama"
Jawab Jihyo sambil tersenyum. Lantas tangan Jihyo di tarik oleh Jeongin ke arah khemah.
"Kau rehat. Jangan buat apa. Lagi pun malam ni tak mula lagi aktiviti"
Kata Jeongin lalu meninggalkan Jihyo keseorangan. Ariana juga menghampiri Jihyo yang berada di khemah.
"Jahat betul kan Aerin tu. Tak guna"
Omel Ariana seorang diri. Jihyo hanya tergelak kecil. Tetiba Jungkook datang menghampiri mereka.
"Ariana malam ni awak tidur dengan kawan awak yang lain boleh?"
Soal Jungkook.
"Apa maksud cikgu? Saya kan sekhemah dengan Jihyo. Pelik-pelik je cikgu ni"
Ariana tergelak kecil.
"Saya cuma nak jagakan isteri saya je"
Ujar Jungkook selamba. Jihyo terbatuk.
"Isteri? Siapa?"
Ariana memandang Jungkook dan Jihyo silih berganti. Jihyo harap tak kantoi.
"Jeon Jihyo..isteri saya"
Ujar Jungkook lalu tersenyum sinis.
"Weh, serius la? Kau dengan cikgu Jungkook sua—"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Jihyo menekup mulut Ariana. Jihyo meletakkan jari telunjuknya ke bibir.
"Okay okay. But, serius la korang berdua suami isteri?"
Kali ini suara Ariana perlahan. Hanya boleh di dengari oleh mereka bertiga sahaja. Jihyo mengangguk lemah.
"Oh kalau macam tu. Cikgu boleh la tidur dengan dia. Saya pergi tidur dengan Nicki. Kau, aku belum habis tanya lagi eh"
Ariana memberi amaran kepada Jihyo sebelum pergi ke khemah Nicki.
..
Malam,12 am
Semua pelajar sudah masuk ke dalam khemah masing-masing. Setelah memastikan semua pelajar dan guru masuk ke dalam khemah. Jungkook masuk ke dalam khemah Jihyo.
"Kau dah tidur?"
Jihyo mengeleng. Suaranya hilang. Jungkook menghampiri Jihyo yang sudah terbaring.
"Awak kenapa beritahu dekat Ariana yang kita dah kahwin? Kantoi la"
Jungkook terdiam. Betul ke apa yang dia dengar?
"Kau panggil apa? Awak?"
Jihyo mula malu.
"Saya rasa saya patut hormat awak sebagai suami saya"
Jungkook tersenyum lalu mencium dahi Jihyo.
"Aku suka"
Mereka diam.
"Kalau suatu hari, aku kecewa kan kau. Kau akan tinggalkan aku?"
Soal Jungkook.
"Entahla"
Jungkook memeluk badan Jihyo.
"Badan kau panas. Meh aku peluk kau"
Jihyo mengeratkan pelukan Jungkook.
"Lepas habis sekolah, kau nak buat apa?"
Soal Jungkook.
"Lepas je keluar dewan, saya akan cari awak dan kiss bibir awak. Lama"
Kata Jihyo lalu tersenyum lemah.
"Amboi, berani dah eh sekarang"
Jihyo dan Jungkook ketawa sambil di temani cengkerik.