抖阴社区

5: Gave In

596 59 8
                                        

“Jangan ingat aku setuju untuk jadi tutor kau, kau boleh berbaik dengan aku, faham?!”

“Kau tak perlu bagitahu aku, Malfoy. Kau tak suruh pun aku memang tak akan berbaik dengan kau.”

“Baguslah kalau kau sedar taraf kau lagi rendah sehingga tak layak nak berbaik dengan aku.”

“KAU!!!”

“APA? KAU NAK TUMBUK AKU KE?”

“Kalau kau bukan tutor aku, aku dah lama dah tumbuk hidung kau tu sampai patah!”

“OH, YA KE? KE KAU MEMANG TAKUT PADA AKU?”

“AKU TAK-...”

“Hermione Granger!!!”panggil seseorang tiba-tiba.

Hermione dan Draco tiba-tiba berpaling ke arah suara yang memanggil.

“Professor McGonagall, selamat siang.”sapa Hermione laju. Draco hanya diam sahaja.

Miss Granger. Saya ada beberapa perkara ingin bagitahu kamu.”kata Professor McGonagall.

“Ba-Baiklah, professor...”

Hermione terus berpaling semula memandang Draco. Draco yang memandangnya berasa pelik.

“Kalau ikut jadual, petang ni kita ada sesi pertama. Jadi, di perpustakaan boleh?”tanya Hermione perlahan.

“Tak ada tempat lain ke, nerdie!”

Nerd kau panggil aku?!”marah Hermione.

“Ya. Dah tak ada tempat lain?! Jiwa kau tu di perpustakaan je ke?”ejek Draco.

Hermione tiba-tiba perasan akan Professor McGonagall yang masih lagi berdiri disebelahnya.

“Kalau macam tu, di Great Hall?”tanya Hermione lagi.

“Kau nak suruh semua pelajar nampak kita bersama masa makan, ke hah?!!”

“Kalau di tepi Black Lake?”

“Kau ingat kita nak berkelah? Kita bukan nak picnic!”

“Ugh...Baiklah, kau nak jumpa di mana?”tanya Hermione cuba untuk tabahkan diri.

“Hmm.....aku pun tak tahu.”

“Apa?! KALAU KAU TAK IDEA, JANGAN JADI LEMBAP NAK TOLAK IDEA AKU!!!”

“KAU INGAT, AKU BOLEH TERIMA KE IDEA OTAK NERD KAU TU?”

“APA?!!”

Miss Granger, Mr Malfoy. Jumpa sahaja di perpustakaan. Suasana pembelajaran lebih aman.”kata Professor McGonagall setelah bosan mendengar perjalanan mereka berdua.

“Professor, duduk dengan Granger dimana-mana pun tetap tidak akan rasa aman walaupun di perpustakaan.”kata Draco Malfoy menyampah.

Feeling mutual, ferret.”

“I am not ferret, you filthy little Mudblood.”

KAU!!!-...”

“Mr Malfoy, Miss Granger. Saya arahkan kamu berdua, belajar sahaja di perpustakaan!!”marah Professor McGonagall.

“Ba-Baik...”tergagap Hermione.

Draco hanya diam pucat apabila mendengar tengkingan wanita itu.

Miss Granger, ikut saya. Saya ada perkara yang nak dibincangkan.”

Hermione hanya mengangguk sebelum meninggalkan Draco dan mengikuti Professor McGonagall ke bilik professor itu.

“Kenapa, professor?”tanya Hermione.

“Saya perhatikan kamu berdua. Dan, kamu berdua agak sukar untuk berkomunikasi dengan cara yang aman.”

“Saya tahu.”kata Hermione tidak langsung menidakkan apa yang dikatakan oleh Professor McGonagall.

“Jadi, setiap perbalahan atau pergaduhan sukar untuk dihentikan jika kedua-dua pihak itu saling mempertahankan diri sendiri.”kata Professor McGonagall.

Hermione hanya mengangguk.

“Jadi, saya minta supaya kamu mengalah apabila kamu berdua bertengkar.”

“Apa? Saya yang kena mengalah?!”protes Hermione laju.

“Ya.”

Hermione terdiam.

“Lagipun, Mr Malfoy menjadi tutor kamu, jadi kamu tak ada pilihan selain bersabar apabila dia mengajar kamu.”

Hermione masih lagi diam. Ini tidak adil.

Miss Granger, kamu kena mengalah demi kebaikan kamu dan akademik kamu sendiri.”

Hermione terasa hendak menangis. Takkanlah Professor McGonagall tak tahu akan mulut berbisa Draco Malfoy tu. Kata-kata yang dikeluarkan oleh lelaki itu pasti merobek jiwanya.

Miss Granger, api dengan api, hanya akan bertambah marak. Jadi, kamu perlu jadi air.”kata Professor McGonagall dengan penuh makna tersirat.

Hermione hanya mengangguk.


















Bersambung....

POTION TUTOR │ h.g. x d.m. ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang