SEPERTI selalu, pada hujung minggu memang Delisha tak lekat dekat rumah. Mana lagi dia nak pergi kalau bukan ke shopping mall. Kalau tak shopping, window shopping. Kalau tak window shopping, lepak-lepak tengok wayang dengan Naila. Kawan baiknya, Naila sentiasa sibuk. Jadi, hujung minggu saja lah mereka boleh berjumpa.
"Mana la dia ni? Takkan dah lupa jalan ke Pavi?" gumam Delisha sendiri sambil tangan memegang telefon bimbit membuka aplikasi whatsapp. Chat yang dihantarnya pada Naila cuma naik greytick. Tanda gadis itu belum baca. Tengok last seen, pukul 10 setengah pagi. Sekarang dah jam sebelas suku. Mana Naila? Jus epal dalam gelasnya sudah tinggal suku. Punyalah lama tunggu anak Datuk Nazlan tu.
Mata Delisha mula meliar di luar restoran Grandmama's. Ramai betul umat manusia yang datang ke sini. Dah nama pun hujung minggu kan? Waktu bila lagi nak keluar merayau-rayau macam ni. Seketika Delisha terpandangkan seseorang yang cukup dikenalinya. Tengku Alden Zhen. Lelaki itu nampaknya tidak berseorangan bila di sisinya ada seorang gadis kecil molek. Bukan main mesra lagi bila lengannya itu dipaut gadis tersebut. Macam pasangan kekasih. Tapi, gadis tu bertudung. Delisha mula tertanya-tanya sendiri. Siapa perempuan tu? Dengan imej yang bertudung macam tu, tak rasa kekok ke peluk-peluk lengan lelaki yang bukan halal macam tu?
Delisha, adik dia kut. Tapi dia ada adik ke? Ah, kena tanya Naila kejap lagi!
"Del!"
Hampir sahaja Delisha termelatah di situ bila Naila tiba-tiba menerjahnya. Mengekek Naila ketawa bila dia tarik kerusi di hadapan Delisha. Wajah terkejut Delisha dipandang dengan tawa yang masih bersisa.
"Naila, tak lawak!" rengus Delisha. Nasib baik dia tak kena heart attack, kalau tak... tak pasal-pasal van ambulans masuk kawasan Pavilion.
"Ops, sorry-sorry. Tak janji, lepasni aku tak buat lagi." Naila sengih. Delisha jeling.
"Kau pergi mana lambat sangat? Jangan kasi alasan jalan jammed eh. Alasan tu dah tak valid sejak kita berkawan ni. Dah sejam aku tunggu kau tahu tak? Kalau tak fikir kawan, memang aku dah angkat kaki." dengus Delisha.
"Alah, sorry lah Del. Aku singgah butik kejap tadi, hantar baju yang aku baru ambil dekat tailor. Lepastu baru aku rushing ke sini. Kau ada spam whatsapp aku ke? Hehe, aku tak tengok handphone sebab nak cepat. Maaf ya?" selamba Naila tarik gelas minuman Delisha. Jus epal yang tadinya tinggal suku habis disedutnya. Tinggal ais ketul je.
"Memang tak reti order minuman sendiri ke?" soal Delisha, menayang wajah bosan. Macam muka Squidward. Tapi yang ni cantik sikit lah. Kalau orang tengok, takde la rasa macam nak kasi satu das penampar.
"Tak reti sebab kita dah lewat. Aku dah booking tiket wayang dekat online. Sepatutnya kita dah boleh masuk hall sekarang ni." Naila bangun dari duduk. Delisha pula dah kelam kabut bila Naila cakap macam tu.
"Kenapa kau tak kasi aku yang kau dah booking tiket? Kalau tak, boleh je aku pergi beratur beli popcorn dengan minuman siap-siap. Tak payah tercongak tunggu kau dekat sini." tutur Delisha sambil berjalan keluar dari restoran bersama Naila. Naila sengih dulu.
"Aku lupa nak inform kau. Aku booking masa tengah bersiap dekat rumah tadi."
"Kau booking cerita apa?"
"Upin Ipin. Keris siamang tunggal."
Terhenti langkah Delisha mendengar tajuk filem yang bakal ditonton mereka. Upin & Ipin?!
"Naila... are you serious?" soal Delisha. Naila menoleh memandang Delisha di belakang.
"Serious lah. Dia orang cakap cerita tu best giler. Kakak aku bawak anak dia pergi tengok last week. Sampai sekarang anak saudara aku tu asyik bising lepastu cerita dekat aku pasal Upin Ipin tu. Lagipun, best apa kartun Upin Ipin tu. Relaks lah, Del. Support local." Naila kenyit mata sebelum kembali menyambung langkah. Terkedek-kedek Delisha mengejar langkah Naila dari belakang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Delisha Andara ?
Romance6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Ch...