Selepas mereka tiada . Aku menjadi seorang yang lebih tegas . Itu sahaja caranya agar aku dapat menggantikan tempat mereka . Bagi aku iman ialah satu satunya yang paling bermakna . Kejayaan dia adalah segalanya bagi aku .
Kami di halau oleh pemilik rumah sewa itu . Kerana tidak membayar sewa . Aku belajar satu benda dari situ . Dimana duit itu adalah segalanya .
Kami tiada tempat berteduh . Selepas jauh kami berjalan . Kami menumpang teduh di kedai makan tetapi kami dihalau . Sungguh hina dimata mereka terhadap kami yang tiada wang dan darjat ini . Terlalu jauh kami jalan tetapi tiada yang kasihan . Meminta wang itu bukan perkara yang baik . Walaupun susah jangan pernah meminta . Itu lah yang di ajar oleh ibu dan ayah ku .
Sampai di sebuah kedai makan . Ada orang memerhatikan kami . Lalu aku pun menarik tangan iman dan berlari . Dia mengikut kami . Aku takut sangat . Rupanya tuan kedai makan itu memberi kami makanan di kedainya . Ramai pelanggan yang tidak selera . Kerana bau kami yang sudah seminggu tidak mandi . Aku bersyukur kerana masih ada yang memberi kami makan . Kami hanya makan di sekolah sahaja kerana kami dapat makanan percuma oleh guru kelas aku . Aku pening memikirkan masalah yang aku pikul ini . Aku tiada wang untuk sara adik aku dan juga diri aku . Aku buntu .
Tapi ditakdirkan berjumpa dengan tuan kedai makan itu . Dia menawarkan aku bekerja dengan nya . Dapat lah aku menampung beban ini . Aku menumpang di rumah tuan kedai itu . Tetapi keluarganya kelihatan tidak senang dengan kami . Jadi aku memutuskan untuk menyewa bilik . Semua bilik kebanyakkannya sangat mahal . Maklum lah di kuala lumpur , tiada yang murah . Akhirnya aku jumpa satu bilik yang murah dan tidak jauh dengan sekolah kami . Aku berasa sangat bersyukur . Dalam perjalanan ke rumah itu .

ANDA SEDANG MEMBACA
Hapus
Short StoryPagi yang suram . Kedengaran kicauan burung . Aku melangkah . Satu persatu . Tetapi tiada yang tau . Bahawa sakit ini terlalu perit . Untuk aku lupakan . Setiap kata-katanya .