抖阴社区

ragam huru hara

673 53 0
                                    

Hyunjin masuk ke dalam bilik, lalu menaiki tangga katil pergi ke katil Adlin.

"Wei sorry la, serius aku cakap. Aku tak sengaja" kata Hyunjin dengan risau.

Adlin mendiamkan dirinya.

"Okay aku tak kisah kau benci aku ke apa, yang penting. Toloooooooong jangan cakap dekat mak aku, kalau kau bagitahu mak aku, ajal aku dah nak dekat nanti. Toloooong sangat. Eh? Ketot?" kata Hyunjin dengan merayu.

Adlin duduk di katilnya.

"Kalau macam tu kau kena jujur dengan aku" kata Adlin.

"Apa dia?"

"Siapa yang kau cakap kau pernah cium tu? Aku dengan kau mana pernah nak buat macam tu" tanya Adlin dengan marah lalu mengelap air matanya.

"Ahk- Itu..."

"Mesti kawan kau masa kecik jugak kan?"

Hyunjin mengangguk kepalanya.

"Tapi dia anak jiran je. TAPI TAPI AKU BUKAN NAK GANTIKAN TEMPAT KAU BILA KAU PINDAH MALAYSIA. Cuma..."

Hyunjin perasan Adlin melihat muka Hyunjin dengan jijik.

"Asal kau buat muka macam tu?"

"Kecik-kecik dah pandai macam tu eh kau? Nampaknya banyak betul benda yang mak kau tak tahu pasal kau"

"BUKAN AKU YANG NAK LA!!! PEREMPUAN TU YANG BUAT DEKAT AKU"

"Lepastu kau? Layan?"

"HEH, TAK ADANYA NAK LAYAN. MUKA MACAM BADUT TAK SESUAI DENGAN TASTE AKU"

"LA-LAGIPUN!!"

Hyunjin memegang kedua-dua belah bahu Adlin.

"Aku memang suka kau dari dulu!!!"

Adlin terkedu dengan ayat Hyunjin.

"Eh-? A-pa-?"

"A-a-aku m-me-mang s-suka ka-u...." kata Hyunjin dengan gagap sehinggakan muka dan telinganya merah.

Mata Adlin berkelip-kelip, mukanya merah juga.

"O-oi kau-"

Adlin segera baring dan mengiring ke arah dinding.

"Aku ngantuk. Nak tidur"

"O-oh... Okay..."

Hyunjin turun dari tangga katil lalu pergi ke arah katilnya.

Adlin membenamkan mukanya di atas bantalnya.

"Kenapa aku malu?? Kenapa aku terkejut?? Bukan ke dia antara kawan paling puaka lagi bangang pernah aku jumpa?? Kenapa jantung aku berdegup laju lepas dia cakap dia suka aku?? Ini ke orang cakap 'bercinta selepas berkahwin' lebih indah banding 'bercinta sebelum kahwin'??? Arghhh!!!!" monolog Adlin lalu mengguling ke kiri dan ke kanan kerana malu yang teramat.

---------------------------------------------------------
Manakala Erin yang berendam di tub mandi tak ingat dunia.

Erin masih berendam di tub mandinya. Semestinya dia terlupa tentang masa untuk berendam kerana dia tertidur.

Seseorang melihatnya tertidur di dalam tub mandi.

"Woi, bangun la. Kau nak tidur kat sini ke?"

Dia menyimbah sedikit air kepada Erin. Erin tersedar lalu mendongak ke atas.

SUAMIKU YANG PELIK LAGI PELIK 2 [??]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang