抖阴社区

Orphans 02

7.7K 327 48
                                        

NASH HALLEN 🖤

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

NASH HALLEN 🖤

"Hoi perempuan!, berani kau tolak anak aku eh!" marah ibu Ellis, Ellis berlakon menangis disebelah ibunya, Ardel berdiri tegak, kepala tunduk memandang lantai.

"Sabar puan riana,cuba dengar penjelasan dari Ardel dulu" Cikgu Arman menenangkan puan Riana. Puan Riana menghempaskan punggungnya di kerusi roda, dia memandang Ardel tajam.

"Dia pukul saya pakal bakul sampah, saya tolakla dia" terang ardel, Ellis terus bangun dari kerusi.

"Ey!, kau tolak aku sebab aku nak hentikan kau kan?!, Time tu kau pukul kawan aku!" fitnah Ellis,Mata ardel terbutang.

"see?, budakni penipu, Anak saya tak pernah menipu" Sampuk Puan Riana.

"Takpelah puan, saya dah call kan penjaga dia untuk datang ke sini, kejap lagi dia sampai, Ardel awak duduk atas sofa tu dulu" arah cikgu Arman, Ardel akur.

Selang 20 minit menunggu akhirnya Airil sampai, PuanRiana yang baru sahaja ingin melepaskan marahnya kerana terlalu lama menunggu terbantut apabila wajah tampan Airil menyapa mata, Ellis turut terkedu.

"Maaf sangat sampai lambat, Saya baru lepas habis meeting" ujar Airil.

"Tengok, kau ni menyusahkan orang je" bidas Riana kepada Ardel.

"Puan jangan marah dia, Mungkin salah saya sebab tak didik dia dengan betul" Puan Riana memeluk tubuh.

"Baguslah mengaku, didik dia ni jangan jadi gangster kat sekolah, tau nak membuli je" Ardel mula bengang.

"Huh, patutnya makcik cakap dengan anak makcik tu, dah sotong tergedik kat darat, Dia terjatuh je, Nak bandingkan muka aku yang lebam dengan bontot kau?" bidas Ardel sinis, Airil turut terkejut dengan kata ii yang keluar dari mulut Ardel.

"Ardel jangan cakap macamtu, mintak maaf cepat" arah Airil lembut.

"Semua nak backup perempuan ni asal?, Perempuan ni bukan betul pun!"

PANG!

menggigil tangan Airil, semua di dalam bilik itu terkejut dengan tindakan Airil, Ardel senyum sinis, air mata bertakung ditubir mata.

"Maaf masuk campur encik Airil, saya panggil encik Airil sebab Nak bagitau Ardel ponteng sekolah semalam" Sampuk Cikgu Arman lagi menaikkan amarah Airil.

"Abang tak ajar ardel macamni!" suara Airil memetir.

Ardel berdecit pipi terasa sakit dengan tamparan dari abangnya sendiri tambahan lagi pipinya masih lebam.

"Cikgu nak abang saya buat apa?, tampar saya lagi?" soal Ardel sinis, Cikgu Arman diam.

"Cikgu nak gantung or buang saya, terpulang, takde siapa yang kesah" sambung Ardel lagi dia terus keluar dari bilik disiplin, air matanya di seka kasar.

Orphans??Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang