抖阴社区

? Special Chapter II ?

16.2K 578 37
                                        

     IRENE mengusap kepala Denizz yang berada di atas ribanya. Mereka berdua sedang menonton televisyen di ruang tamu. Segala kelengkapan raya telah pun disiapkan dengan lebih awal, hari ini mereka relaks saja melayan drama cinta. 

     Anak-anak masih tidur selepas penat bermain bersama Evan di luar rumah. Sebagai ibu, sakit juga hatinya melihat baju dan seluar Darviez dan Darqiez dipenuhi lumpur serta tanah. Tapi apakan daya, Evan tetap berdegil hendak membawa mereka berdua bermain di kebun yang terletak di belakang mansion walaupun telah berpuluh kali dilarang Denizz. Lelaki itu memang tidak makan saman.

     Matanya masih melekat pada kaca televisyen, tangan kanannya sahaja yang bergerak mengusap rambut Denizz tanpa dia sedar akan sepasang mata bewarna hijau gelap itu sedang merenungnya dari bawah. Denizz bertindak mencuit dagu Irene, meminta perhatian.

     "Ya abang, nak apa?" soal Irene. Matanya membalas renungan Denizz.

     "Nak kiss sikit." Denizz memejamkan matanya menunggu ciuman dari Irene.

     "Jangan nak merepek, bulan puasa ni abang."

     "Merepek apa pulaknya sayang? Kalau sayang tak nak, sini biar abang yang kiss." Denizz bangun dari pembaringannya sebelum dia mengucup bertalu-talu pipi Irene membuatkan dahi gadis itu berkerut-kerut menerima ciuman Denizz.

     Ciuman itu terhenti setelah terdengar suara-suara sumbang dari belakang mereka.

     "Aku rasa mata aku dah mula kabur dan hampir buta..." kata Evan sambil menutup kedua-dua belah matanya.

     "Aku pulak rasa macam nak kahwin esok je, alahai manis potong kaki ni," ujar Danyeal pula bersama senyuman lebar membayangkan dia bersama isterinya melakukan hal seperti itu.

     Tetapi senyumannya mati secara tiba-tiba apabila teringatkan bahawa dirinya tidak mempunyai calon untuk bernikah.

     "Nanti kau nak ikut aku pergi cari bakal isteri tak?" soal Danyeal kepada Evan.

     "Eh tak naklah. Jodoh aku dari langit belum sampai bumi lagi. Kau patut tanya Haraz, aku tengok dia tu makin tak terurus, serabai semacam je sejak akhir-akhir ni..." bisik Evan.

     "Kau nak berbuka dengan kaki aku ke hari ni?" soal Haraz.

     Evan menggeleng laju bersama riak tidak bersalah. 

     "Aku rasa betullah tu kena ajak dia cari calon..." bisik Danyeal kepada Evan sebelum mereka berdua melepaskan tawa masing-masing. 

     Darviez berusaha ingin menanggalkan baju melayu di tubuhnya namun baju itu seperti terlekat atau mungkin tersekat? Dia masih tidak berpuas hati melihat warna merah jambu itu tersarung pada tubuhnya.

     "Viez nak warna hijau macam Zio Evan!" jerit budak itu seorang diri.

     "Tukarlah dedi! Bolehlah... Viez nak tukar!" Dia menjerit pada Denizz yang sedang melangkah ke arah lif.

     "Banyak songeh betul budak ni. Mak dengan anak sama je. Bila tegur sikit, huh tiba-tiba semua salah aku..." omel Denizz.

     "Apa awak cakap?" soal Irene di belakangnya.

     "Eh mana ada abang cakap apa-apa, sayang salah dengar ni atau penyakit sayang dah kembali? Kita pergi check up nanti, nak?" Denizz cepat-cepat menukar topik.

     "Abang... Irene nak mintak maaf sebab selalu menyusahkan abang. Sejak dari hari kita bernikah lagi. Irene tak ada niat pun nak sakitkan hati abang..." Irene mengucup belakang tapak tangan Denizz. 

???. ??????Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang