Hampir jam 12 tengah malam kesemua ahli iSurf9 bergerak masuk ke rumah. Tempat pertama yang dituju Daeul adalah dapur.
Selepas seharian bekerja pastinya mereka kepenatan. Beberapa bekas kecil nasi segera dikeluarkan dari kabinet dapur. Sayuran turut dikeluarkan dari peti sejuk dan juga beberapa bahan lain.
Sementara itu, ahli yang lain telah pun masuk ke bilik masing-masing dengan keletihan
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hyeryung memasuki bilik pertama. Dengan bersusah payah terus sahaja Hyeryung memanjat ke katilnya yang berada di atas dan terus sahaja merebahkan dirinya ke katil.
Hyeryung dan sang ketua Daeul berkongsi bilik. Sementara itu, bilik kedua diisi oleh Hana dan ahli termuda iaitu Aec. Dan bilik terakhir dikongsi oleh Mina, Jiyoon, Jinhyun, Starz dan June.
"Bersihkan diri lepas tu makan malam" Jerit Daeul dari ruang tamu. Kemudiannya suara ahli yang lain menyahut dari dalam bilik kedengaran.
"Nae!" Jawab mereka.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Penghuni bilik kedua adalah Hana dan Aec. Hana dan Aec meletakkan barang mereka di meja solek. Aec terus mengambil alatan mandi dan tuala. "Unnie, saya mandi dulu ya"
Sama seperti di kehidupan idol yang lain, pasti sesama sendiri akan berebut untuk ke tandas. Sudah terbiasa dengan hal itu, mereka mengamalkan konsep siapa cepat dia dapat yang jauh lebih adil berbanding menuggu anggota lebih tua untuk masuk ke tandas terlebih dahulu.
Sementara menunggu Aec. Hana membersihkan solekan dari wajahnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.