抖阴社区

                                        

KKEKL ini besar dan terbahagi kepada dua bahagian. Satu kawasan pembelajaran yang menempatkan dewan kuliah dan sebagainya. Jarak bahagian kedua jauh. Perlu melalui jalan raya yang agak terpencil untuk sampai ke kawasan KKEKL kedua iaitu tempat penempatan para pelajar dan sesetengah pensyarah dan kakitangan.

Ada sesetengah pelajar yang tinggal di sini tetap mempunyai kenderaan bagi memudahkan perjalanan harian.
Ada juga golongan yang hanya berjalan kaki kerana ramai yang melakukan aktiviti itu. Petang atau pagi jalan yang menghubungkan tempat ini akan dipenuhi pelajar yang berjalan kaki pergi balik. Tetapi bila malam suasana akan jadi sunyi.

Farhan cuba pecahkan keheningan malam.

"Kenapa kau penakut sangat?," tanya Farhan dengan nada biasa. Tidak sinis atau berniat untuk cari pasal.

"Tolong sikit. Aku bukan penakut!,"
balas Natelia dengan nada sombong seperti biasa.

"Okay. Aku tinggal kau seorang dekat sini ya. Kau KAN berani," bidas Farhan dengan sinis. Memang dia sedar dia macam budak tak cukup umur bila dengan Natelia. Asyik nak cari gaduh je. Macam tak matang walaupun usia dah 18 tahun.

Farhan melajukan langkah. Sekejap sahaja dia dah kedepan dengan kaki slender-nya. Natelia mula kalut.

"Wehh! Tunggulah. Hah yalah! Aku takut gelap lagi-lagi malam macam ni sebab--,"

"Hantu...?," potong Farhan sambil menjongketkan keningnya. Dia memusingkan badan ke belakang untuk menghadap Natelia.

Natelia mengangguk lemah. Terseksa bila mengaku macam tu pada Farhan.
Pecah tawa Farhan. Farhan terus memperlahankan langkah untuk berirangan dengan Natelia semula. Dia kembali menghadap depan bila Natelia sudah berjalan di sebelahnya.

"Kenapa kau ni? Meroyan?," tanya Nate dengan geram.

"Kau ni lawak lah, siot," komen Farhan.

"Kenapa kau tak tunjuk ego kau kat hantu... mana tahu hantu kalah. Kau dengan ego tak nak takut dengan gangguan dia. Dia ego nak kacau juga.
Kalau dia kalah, dia cabutlah. Kau kan hebat," perli Farhan lagi. Hujung ayatnya saja dilagukan.

Dua orang ni tak boleh bagi ayat sedap untuk telinga dengar pada satu sama lain. Semua ayat dia orang mesti berunsurkan sindiran, perlian, dan sinisan. Mereka tahu semua tu je kalau dengan masing-masing.

"Tapi kan... daripada takutkan hantu baik takutkan manusia. Manusia zaman sekarang lagi menakutkan dari hantu," ujar Farhan tiba-tiba.

Natelia menelan air liur.

"Kau jangan buat lawak masa-masa macam ni, mangkuk," bergetar suara Natelia memberi amaran.

Tawa Farhan meletus lagi. Farhan tak mampu tahan gelak bila dapat tengok muka yang penuh dingin dan kerek sebelum ni bertukar pucat.

"Tak guna kau Farhan!," marah Natelia bila sedar yang Farhan saja hendak mengenakan dia.

"Maaflah. Aku tak rasa puas hidup kalau sehari tak kacau kau. Macam nak gila waktu cuti lama hari tu sebab tak jumpa kau. Rindu--,"

"--nak kacau kau," sambung Farhan.

Natelia hanya diam tanpa komen. Dia sekarang ni lebih layan perasaan takut.

Tiba-tiba ada bunyi mengilai.

Tanpa sedar Nate peluk lengan Farhan di sebelahnya. Farhan hanya mampu terkaku. Sumpah yang Natelia memang takut. Suasana kawasan jalan ini yang panjang dan dipenuhi dengan rumput dan pokok-pokok memang menakutkan. Malam pula gelap. Lampu jalan pula di kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Syaitan yang membisikkan kejahatan dalam diri cuba dihalau. Farhan beristighfar dalam hati. Hatinya cuba ditenangkan. Perasaan yang ada cuba dibuang. Mujur imannya masih kuat dalam keadaan kawasan yang sunyi itu.

Natelia masih memeluknya tanpa memahami gelora perasaan lelaki itu.
Natelia sedikit terketar kerana terlalu takut. Dia benci gelap. Dia tak suka jalan di sini waktu malam! Dah lah sejuk lain macam je.

Farhan rungkaikan pelukan Natelia dilengannya dengan perlahan.

"Lia... tak ada apa-apa lah. Aku ada.
Jangan risau," pujuk Farhan.

Natelia rasa nak menangis. Farhan pula tak tahu nak buat apa. Mana pernah dia nampak sisi lembut Natelia ini. Perwatakan yang selalu Natelia tonjolkan hanyalah kedinginan dan berkeyakinan sebelum ini.

Tik! Tik! Tik!

Bunyi titisan hujan yang jatuh dari langit. Makin lama makin mengila bunyi itu. Farhan mendongak ke langit. Tiba-tiba je hujan mencurah dengan lebat. Farhan sendiri terkejut.

Hujan itu rahmat.

Nasib baik ada pondok kecil untuk pelajar berehat sewaktu berjalan kaki di depan selekoh jalan sana. Farhan yang nampak pondok itu terus menarik lengan baju Nate dan mereka berdua mula berlari ke arah tempat yang boleh dijadikan teduhan sambil melawan titisan hujan yang mula lebat membasahi bumi malam yang hening.

"Kau okay?," tanya Farhan dengan nada prihatin selepas mereka selamat berada di bawah atap kecil itu.

Mujur pondok kecil ini dibina untuk kegunaan pelajar melepaskan lelah kerana penat berjalan kaki. Tempat ini biasanya pelajar hinggap sebelum meneruskan perjalanan ke hostel. Kan jauh juga.

Natelia mengangguk bagi soalan Farhan. Makin lama mereka di situ... hujan lebat itu makin mencurah-curah. Bunyi guruh yang kuat membuatkan badan Nate mula mengigil. Kesejukan malam ditambah dengan hujan memang menusuk hingga ke tulang hitam.

Farhan terus tanggalkan jaketnya dan sarungkan ke badan Nate. Farhan pula yang mula kesejukan kerana hanya t-shirt hitam nipis yang tinggal untuk melapisi kulit badan.




Di bilik hostel Natelia, Aliya, dan Lisa...

Makluman bahawa si gedik apa tah nama tu dah pindah keluar dengan relanya.

"Mana Lia ni tak balik-balik lagi.
Dah lewat sangat dah. Kata nak balik pukul sembilan setengah, sekarang dah pukul sebelas. Risau lah," ujar Aliya dengan cuak.

"Telefon polis nak? Pihak kolej ke?,"
cadang Lisa dengan kalut.

"Haih... Mana boleh. Belum dua puluh empat jam lagi lagipun Natelia dah besar," balas Aliya sambil mengeluh halus.

"Haah lah," balas Lisa sambil tersenyum malu.

"Dah lah hujan. Kalau dia demam macam mana? Dia takut gelap pula tu," komen Lisa sambil menjengah ke luar tingkap ruang tamu.

Suasana sangat gelap. Hujan pula lebat dan persekitaran berangin kuat.






Our Thin LineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang