抖阴社区

Part 21

4.6K 199 5
                                        

FARHAN melangkah masuk ke dalam Cafe Cinderella. Pelajar yang ada di meja-meja sepanjang cafe yang panjang ini memandang Farhan dengan hairan.

Wajah Farhan tegang. Dia nampak serius. Macam bengang pun ada.

"Kenapa dengan Farhan? Dia nampak marah," tegur Lisa perlahan.

Natelia hanya pandang kosong kelibat Farhan yang hampiri meja mereka. Natelia hanya diam. Dia pun tak tahu kenapa dengan Farhan. Tiba-tiba je masuk dalam cafe dengan muka macam nak belasah orang.

"Natelia Aisyah!," panggil Farhan.

Natelia buat muka.

"Wajib nak bagi satu cafe tahu nama aku? Aku dah cukup famous okay," komen Natelia dengan wajah mendatar.

Wajah Farhan tetap tak berubah.
Tak terjejas dengan komen Natelia.
Lengan Natelia ditarik Farhan. Terpaksa dia bangun dari duduk. Lisa dan Aliya hanya terpinga.

"Kenapa kau ni?," tanya Natelia dengan riak hairan.

"Ikut aku,"

"Hah?,"

Tanpa banyak kata Farhan tarik lengan Natelia keluar dari cafe itu. Meninggalkan pelajar yang masih tertanya-tanya dengan apa yang terjadi.

Natelia cuba merentap lengannya supaya pegangan Farhan terlepas.
Malangnya pegangan Farhan sangat kemas. Natelia mula sedar yang Farhan tengah betul-betul berang.

Mereka ke tempat sunyi di belakang cafe . Terus Natelia menarik tangannya.
Kali ni Farhan hanya lepaskan.

"Kenapa dengan kau ni Farhan?," tanya Natalia. Jelas yang dia geram dengan tindakan tiba-tiba Farhan.

"Soalan tu yang patut aku tanya kau. Kenapa dengan kau ni?, " bidas Farhan.

Nada dan gaya playful yang biasa Farhan tayangkan dah hilang. Natelia sedikit terpinga. Tak faham maksud Farhan.

"Apa maksud kau?,"

"Kenapa kau tak bagitahu aku pasal nota-nota yang kau dapat ni?," tanya Farhan dengan serius.

Farhan menyeluk poket seluar jeans-nya dan mengeluarkan segengam nota-nota kecil yang sudah keronyok. Hancur kertas-kertas tu bila dapat ke Farhan. Wajah Natelia terus bertukar pucat sebaik sahaja dia faham apa yang buat Farhan marah sampai macam ni.

Natelia menggeleng laju. Cuak.

"Tak. S-semua nota-nota ni tak jejaskan aku langsung," nafi Natelia dengan sedikit riak risau. Mata dia tidak bertentangan dengan Farhan.

"Ya Allah. Kenapa dengan kau ni?," tanya Farhan dengan rasa tertekan dan musykil.

Natelia menundukkan kepala. Apa yang dia pandang hanya lah rumput di tanah. Seseorang yang pernah digelar ice princess menunduk.

For the first time in Farhan's life, Natelia Aisyah let her crown fall.

"Kenapa kau tak bagitahu aku? Kenapa kau simpan seorang diri?," tanya Farhan dengan prihatin.

Natelia tiada balasan. Farhan rasa makin keliru.

"Kau simpan sorang-sorang bila benda macam ni jadi? Bila kau difitnah, dicerca, dikutuk?," soal Farhan kuat.

"Nota-nota ni umpama verbal bully!,"

Mata Natelia berkaca. 'Bukan tu yang aku kisahkan dalam situasi ni,' fikir Natelia dengan sebak.

"Aku akan hancurkan orang yang tulis sampah-sampah semua ni!," nekad Farhan dengan rasa bengang.

"Jangan!!,"

Our Thin LineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang