抖阴社区

??? 17

1.3K 104 3
                                    

Puan Junis yang bersembunyi keluar setelah melihat Encik Haris berjalan keluar dari bilik. Mereka sama sama menuruni tangga.

"Macam mana?" Puan Junis bertanya suaminya. Encik Haris tersenyum memandang isterinya.

"Masalah diorang lebih teruk dari kita, biarkan diorang yang selesaikan." Encik Haris memutuskan. Puan Junis mengangguk lembut.

Tentu bukan hanya Encik Haris yang mengetahuinya. Puan Junis juga pasti mengetahuinya. Dan idea ini berasal dari otak mereka berdua.

Beberapa waktu lalu...

"Nampaknya mereka dah saling suka." Encik Haris meletakkan kepalanya di bahu isterinya. Sengaja bermanja sekejap.

"Jadi sekarang macam mana?" Puan Junis memerhati suaminya, menunggu jawapan.

"Kita kena pastikan Syifa tahu, dan biar dia yang tentukan." Kata-kata Encik Haris diterima Puan Junis.

"Nampaknya dua generasi kita terpaksa buat pilihan begini eh?" Encik Haris tersenyum.

"Maafkan ayah Syifa... Maafkan pakcik Azhar. Kalau Syifa tak tahu maka akan lebih susah untuk memutuskan. Syifa kena tahu untuk pastikan perasaan Syifa. Ayah sengaja biarkan Syifa tahu untuk Syifa lebih sedia menghadapinya. Harap Syifa faham." Hanya monolog hati yang mampu diluahkannya.

"Macam mana sayang tetap terima abang lepas tahu abang tiga tahun lagi tua eh?" Encik Haris menyoal isterinya.

"Kalau tak sebab abang jujur awal-awal, mesti sayang dah nikah dengan orang lain. Sebab tu sayang tak bantah tindakan abang, abang punya pilihan adalah yang terbaik."

"Terima kasih sayang." Encik Haris memeluk tubuh tua isterinya itu. Sungguh dia rindu akan kenangannya bersama wanita bernama isterinya ini.

***

"Kamu bincang elok-elok dengan Syifa ya? Putuskan apa yang patut kamu buat lepasni." Sejak perkataan itu, mereka masih lagi berdiam diri memandang satu sama lain.

Pasti ada yang ingin diluahkan, ditanyakan dan dipersoalkan ketika ini namun semuanya terbantut di dalam fikiran. Perlahan peluh menitis keluar dari tubuh Azhar, dan tangisan meluru keluar dari ruang waktu milik Syifa.

"Kenapa Azhar tak bagitahu Syifa selama ni? Jadi ini yang buatkan Azhar nampak misteri?" Azhar mendiamkan dirinya. Dia menatap tajam Syifa yang berdiri dengan tangisan.

"Kenapa Azhar diam...? Kenapa?!" Syifa memukul dada Azhar. Tertunduk-tunduk dia menangis ketika memukul Azhar. Matanya tidak tertahan lagi dari terus menangis.

"Maaf..." Satu patah itu sahaja yang diucapkan Azhar. Syifa mendongak melihat Azhar yang mulai menangis.

"Syifa tak terima! Jelaskan dulu semua!" Syifa menjerit tak tentu pasal. Azhar yang melihatnya tak tertahan untuk menangis juga.

"Azhar... takut semua akan berubah. Masa depan atau lalu akan rosak, hancur hanya sebab Azhar bagitahu. Azhar taknak perkara itu berlaku. Tapi Azhar kan... dah janji yang Azhar akan bagitahu? Azhar dah tepati walau bukan Azhar yang jujur terus kepada Syifa."

Mahu sahaja Syifa memeluknya. Air matanya mengalir deras, sangat deras. Azhar masih lagi berdiri memandang Syifa yang sudah terduduk. Air matanya jatuh tepat di lutut Syifa.

Waktu itu, hujan mulai turun. Hujan yang turun kalini mungkin membawa memori mereka berdua terbang hingga ke langit.

Azhar memandang tingkap biliknya semata-mata untuk melihat hujan. Adakah kalini kesedihan? Atau kebahagiaan yang direngut hujan?

TIME TRAVEL LOVE STORYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang