抖阴社区

                                        

"caring betul kau dengan budak tu. Sampai aku ajak keluar tak nak" ujar Suzy dengan nada merajuk.

"istimewa sangat ke budak tu?" soal Seungri pula. Tertanya-tanya tentang budak tersebut.

"erm, nak kata istimewa tu tak jugak. Kalau ikut istilah facebook, ianya dipanggil it's complicated" ujar Seo Hyun sambil gelak ketawa. Seungri yang mendengarnya turut ketawa.

"lain macam je. Kau jaga budak ke bapak budak ni?" soal Suzy. Serta merta Seo Hyun berhenti ketawa.

"jaga budak la. Serius. Tak tipu" ujar Seo Hyun dengan bersungguh-sungguh

***

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi, Jimin dan Seo Hyun sudah bersiap-siap di depan TV. Selain daripada bermain catur, persamaan mereka ialah sukakan sukan bola sepak. Malam ni ada perlawanan bola sepak Liga Perdana England(EPL) diantara Manchester United menentang Chelsea. Seo Hyun menyokong Man. United manakala Jimin menyokong Chelsea. Boleh dikatakan hubungan mereka dah baik dan masing-masing sudah boleh kehadiran antara satu sama lain.

"bersedia lah untuk menerima kekalahan" ujar Jimin sambil ketawa mengejek. Seo Hyun yang mendengarnya hanya mencebik.

"eleh, kau yakin ke pasukan kau menang? berlagak" balas Seo Hyun sambil menyuap popcorn ke dalam mulutnya.

"kita buat perjanjian, kalau pasukan kau kalah, kau kena ikut apa sahaja cakap aku selama 2 hari dan begitulah sebaliknya. Deal?" kata Jimin.

"deal. Siapa takut. Jangan kau balik mengadu kat Eomma aku bila aku dera kau pulak" balas Seo Hyun. Bukan dia tak tahu yang Jimin memang selalu mengadu dekat Eommanya. Memang itu taktik kotor Jimin apabila mereka tidak sependapat. Suka mengadu dan mengugut. Pakej yang 'lengkap'.

Perlawanan bola sepak tersebut berlangsung dengan sengit, dan ternyata keputusan perlawanan tersebut memihak kepada Seo Hyun. Seo Hyun melompat gembira.

"you better keep your promise Mr..." Seo Hyun tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila melihat Jimin sudah tertidur di atas sofa. Seo Hyun menuju ke biliknya dan membawa turun selimut dan jam loceng. Setelah menyelimutkan Jimin dia meninggalkan nota kecil di bawah jam loceng.

KRINGG!! KRINGG!!-bunyi jam loceng.

Jimin tersedar dari tidurnya. Hari masih lagi gelap, jam sudah menunjukkan pukul 6.45 pg. Rupanya dia tertidur di atas sofa. Sehelai nota kecil di bawah jam loceng dibacanya.

'kelas aku mula pukul 8. Make sure sarapan siap sebelum 7.20 pagi'

-wife mu tersayang-

Selesai membaca nota tersebut, Jimin bangun dengan malas dan menuju ke dapur. Menyesal pula buat perjanjian dengan, tak pasal-pasal kena ikut apa sahaja cakap Seo Hyun. Selesai sahaja Jimin menyiapkan sarapan, Seo Hyun turun sambil menggalas beg.

"erm bagus, untuk tugasan kedua, aku nak kau buat kek coklat pula" kata Seo Hyun sambil menyuapkan roti ke dalam mulutnya. Inilah peluangnya nak mengenakan Jimin dan balas dendam cukup-cukup. Dah lama dia nantikan peluang ni.

"aku tak pandai nak buat" balas Jimin sambil membetulkan apron pinknya

"it's an order. Not a request. Ingat tak apa perjanjian kita semalam? Kalau kau tak pandai, carilah dekat internet" ucap Seo Hyun. Rasa nak gelak golek-golek melihat muka tegang Jimin.

"yelah aku buat" balas Jimin dengan muncung

"lagipun harini kau free kan? balik kelas nanti aku nak kek tu dah siap" arah Seo Hyun

***

"huh penatnya" ucap Jimin sambil baring di atas sofa. Bertungkus-lumus dia nak buat kek coklat. Ikutkan hati nak je letak julat dalam tu, biar Seo Hyun kena cirit-birit. Kek coklat yang telah siap diletakkan di atas meja. Kebetulan Seo Hyun masuk ke dalam rumah sambil membimbit buku.

"kek kau dah siap. Cubalah" ujar Jimin. Seo Hyun menuju ke arah Jimin.

"what the hell is that?" soal Seo Hyun sambil memandang kek dan kemudianya Jimin.

"chocolate cake la" balas Jimin

"kau panggil ni kek coklat?" ucap Seo Hyun dengan riak terkejut. Serius takde rupa macam kek coklat langsung. Bentuk dia macam surat khabar yang direnyuk, rasa memang tak payah cakap la. Pahit+manis+masin, Seo Hyun yang memakanya terus memuntahkan balik kek tersebut.

"kau letak minyak petrol ke dalam ni? Apsal teruk sangat rasa dia?" soal Seo Hyun.

"aku ikut resepi dekat youtube la" balas Jimin. Rasanya dah ikut satu persatu, kenapa tak jadi jugak?

"malam ni dan esok aku nak kau masak. Ni menunya" ujar Seo Hyun sambil menghulurkan sehelai kertas kepada Jimin. Terbeliak Jimin melihat senarai menu di tanganya. Ingat ni restoran ke main order- order bagai, dahla semua menu tersebut susah nak buat.

"terus terang lah. Sebenarnya kau nak balas dendam kan?" soal Jimin sambil bercekak pinggang.

"sebab?"

"sebab Eomma kau lebih sayangkan aku kan? Kau jealous and tak boleh terima"

"itu pun ya dan banyak lagi sebab lain. Tunggulah, mimpi ngeri kau akan bermula" balas Seo Hyun sambil tersenyum jahat.

Kesian Jimeng kena dera 😏 tu baru sikit, lepasni banyak lagi 😂

 [C] HATE : PARK JIMIN : ? ?? Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang