Jimin memegang kemas kertas di tanganya sambil menolak troli.
"Yang mana 1 ni?" Jimin menggaru kepalanya. Deretan kotak susu untuk ibu mengandung membuatnya pening untuk memilih.
"Ni macam sedap" Jimin mengambil kotak yang tertera campuran susu & almond. Namun tanganya mencapai 1 lagi kotak yang mengandungi campuran susu & kurma.
"Encik cari apa?" tegur 1 suara. Jimin berpaling, pekerja rupanya. Sempat Jimin mengerling pada tag namanya. Jeon Jengkuk. Sedap nama.
"Saya cari susu untuk isteri saya, tapi saya tak tau nak ambil yang mana. Pening saya tengok banyak-banyak macam ni" Jimin ketawa.
"Isteri encik dah berapa bulan pregnant?" tanya Jengkuk.
"2 bulan" jawab Jimin.
"Kalau macam tu, Encik ambil yang ni, ni untuk kandungan 2-4 bulan" Jengkuk memberi kotak yg berwarna biru. Jimin membelek kotak tersebut lalu diletakkan ke dalam troli.
"Boleh awak tolong saya cari barang dalam list ni? Saya tak tau nak mula dari mana" Jimin menyerahkan kertas di tangan Jungkook. Jengkuk menyambut lalu menelitinya.
"Ikut saya"
"Nanti Eomma bagi kat dia, saya harap apa yang saya beli kena dengan selera dia & tolong bagi duit ni sekali. Kalau dia tak nak ambil, Eomma beli keperluan dia" Jimin meletakkan plastik & duit di atas meja.
"Nanti Eomma bagi, dia ada kat atas tu. Tengah rehat, tadi asyik muntah memanjang" terang Pn Shinri.
"Biasala tu morning sickness" sambung Pn Shinri selepas melihat muka risau Jimin
Jimin hanya senyum
****
"Weh kau okey tak ni? Apsal pucat muka?" tegur Suzy
"Aku okay, pening sikit" jawab Seo Hyun sambil menghirup supnya. Baru 2 suapan, tekaknya mula terasa mual. Pantas dia berlari ke tandas di sebelah.
"Weh kau...pregnant ke?" tanya Suzy sambil menyentuh bahu Seo Hyun dari belakang. Seo Hyun mengangguk perlahan.
"Wah Tahnniah! Aku gembira untuk kau!" Suzy memeluk Seo Hyun. Seo Hyun hanya senyum hambar.
"Jimin tau tak?" soal Suzy. Seo Hyun angguk.
"Tapi jangan cerita kat orang, aku taknak orang tau pasal ni" balas Seo Hyun. Suzy mengangguk.
"K jom sambung makan, kesian baby dalam ni lapar. Ke kau nak makan benda lain, aku belikan" ujar Suzy.
"Aku nak aiskrim la" Seo Hyun menggosok perutnya.
"Okey jom" ajak Suzy. Mereka keluar dari tandas.
Jimin hanya memandang dari jauh, kelihatan Seo Hyun sedang berselera menikmati aiskrim. Hatinya gembira melihat selera makan Seo Hyun yang semakin baik. Dah makin gemuk budak tu.
"Hoi!" tegur Jin.
"Argh!" Jimin terjerit kecil. Jin ketawa.
"Haih pergila pujuk dia bro" ucap Jin.
"Dia taknak jumpa aku" jawab Jimin.
"Alahai usaha la. Tu pun nak kena ajar ke?" Jin menepuk dahinya.
"By the way, aku nak bagitau kau something, ni antara kita je eh, jangan gatal pergi cakap kat orang lain" Jimin menarik Jin ke arahnya.
"Aku bakal jadi ayah" ucap Jimin senyum
"Serius weh? Tahnniah! Dah berapa bulan?" Jin memeluk Jimin.
"2 bulan" jawab Jimin
"Amboi kau, dalam tak suka, sampai pregnant Seo Hyun kau buat ye" perli Jin. Jimin ketawa. Namun ketawanya mati apabila melihat kelibat yang duduk beehadapan Seo Hyun.
"Kau tengok mamat tu, asyik nak dekat dengan bini aku. Macam takde perempuan lain, Seo Hyun jugak dia nak" bebel Jimin.
"Yelah, dia tak tau Seo Hyun dah kahwin" jawab Jin.
"Aku rasa, dah sampai masanya aku bagitau semua orang pasal ni" Jimin berdiri lalu lesap entah ke mana.
"Weh kau nak pergi mana?!" panggil Jin namun dihiraukan oleh Jimin.
****
"Perhatian semua, maafkan saya kalau pengumuman ini mengganggu anda yang tengah menjamu selera"
Seo Hyun automatik terlepas sudu di tanganya. Jimin.
Jimin tengah berdiri di tengah kafe sambil memegang mikrofon
"Apa dia buat?" bisik Suzy. Seo Hyun menggeleng.
"Saya Park Jimin, pelajar tahun akhir kat sini, ambil kursus undang-undang. Saya nak cakap yang Kim Seo Hyun eh salah Park Seo Hyun, yang ada kat meja tepi tiang tu isteri saya. Kami dah kahwin & akan menimang cahaya mata tak lama lagi. So saya harap mana-mana lelaki kat uni ni jangan cuba nak ngorat dia kalau taknak kena sula dengan saya" ucap Jimin. Semua mata tertumpu kepada Seo Hyun. Seo Hyun menyorokkan muka di belakang Suzy. Malu kot. Boleh Jimeng ni buat pengumuman macam tu. Tanpa sepatah kata dia mencapai beg lalu beredar. Jimin cepat-cepat mengejar.
"Betul ke semua ni Suzy?" soal Seungri. Suzy mengangguk.
"Kenapa dia tak bagitau?" soal Seungri lagi.
"Dia taknak perbesarkan hal ni, aku pun baru tau pasal ni" terang Suzy. Seungri mengangguk. Hatinya kecewa dengan pengumuman Jimin tadi
Haaaa amacam? Okey ke tak lart ni? And aku rasa dalam 2 part lagi nak habis anddddd mohon vote and comment !😁

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] HATE : PARK JIMIN : ? ??
FanfictionBila kau lebih memilih untuk berdamai dari bermusuh. Tapi,... Tak sangka perdamaian itu mencetuskan 'bala' "Kau pun mesra semacam dengan budak tu. Ke teringin nak anak? Aku boleh bagi"