" Mummy, kita nak pergi mana ni?"
Soalan Alisya kedengaran dalam kereta itu. Arissa memandang thaqeef yang sedang memandu.
Sejujurnya dia pun tidak tahu ke mana lelaki itu mahu membawa mereka. Apabila ditanya thaqeef hanya menjawab.
" Kita pergi syurga"
Amboii ayat kemain dia.
" Entah lah sayang, mummy pon tak tahu. tanya daddy la."
Alisya yang berada di tempat duduk belakang menghampiri daddy nya.
Anak kecil itu segak berbaju blouse paras lutut berwarna biru muda dengan toncang di ikat dua.
" Daddy, where we're go?" Soal Alisya lagi.
Pipi daddy nya diusap sebelum dia memeluk lengan thaqeef yang kebetulan sedang berada di gear.
" Daddy nak bawak icha jalan². Kan icha kata nak pergi pantai" jawapan thaqeef membuatkan arissa tersenyum.
Mengada je nak ke syurga bagai. Suami siapa la ni.
" Oh really? Wahh mummy, daddy nak bawak kita pergi pantai! I love it so much." Ucap Alisya dengan riang nya.
Mata bulat membesar dengan sinarnya. Tangan ditepuk tanda gembira.
Sekarang alisya dah pandai nak bercakap English, jadi mereka hanya melayan sahaja.
" Banyak mana icha sayang daddy dan mummy?" Soal thaqeef bila melihat keterujaan anak dara nya yang seorang itu.
" Banyak ni. " Alisya mendepakan tangan nya menunjukkan betapa banyaknya dia sayangkan mummy dan daddy nya.
Pipi thaqeef dan arissa menjadi singgahan bibir comel alisya.
" Icha love mummy and daddy so much !!"
Arissa tersenyum dan membalas kucupan di dahi alisya. Sungguh pun bukan anak kandung nya, tetapi Alisya adalah anak yang baik dan menurut perintah.
Atas didikan thaqeef yang menjaga dari berumur bayi sehingga memasuki 3 tahun, alisya menjadi seorang yang penyayang dan baik walaupun sekecil ini.
"So sweet anak daddy ni. Daddy love you too and mommy to be " tangan kanan arissa menerima kucupan bibir thaqeef.
Perut arissa yang sedikit menampakkan baby bump diusap. Melihat daddy nya mengusap perut arissa, anak kecil itu turut mengusap sama perut comel itu.
" Mummy, bila baby nak keluar? Icha dah tak sabar nak play together with him !! "
" Icha kena tunggu lagi beberapa bulan, dan lepas ni baby keluar icha boleh main dengan dorang." Jawab arissa sambil mengelus pipi gebu alisya.
Dah makin berisi anak dara nya ini. Tetapi masih cantik dan comel.
Siapa la yang tergamak buang anak kecil ini? Mujur ada thaqeef yang terjumpa dan sudi menjaga.
" Suka tak nak main dengan dorang?"
"SUKA SANGAT MUMMY!!"
Thaqeef mahupun arissa hanya ketawa. Bahagia nya mereka saat ini.
Dan biarlah kebahagiaan ini kekal selamanya.
"Abang.."
" Ya sayang, kenapa? Rasa nak muntah ke? Pening ke?" Soal thaqeef sedikit risau.
Kenderaan diperlahankan sedikit, melihat wajah arissa yang sedikit pucat membuat kan hati nya gundah.
Alisya sudah kembali melukis dibelakang dengan peralatannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Saiz XXL ?
Romance" Sayang, nak ke mana tu?" soal Thaqeef bila melihat isterinya sudah mula baring di sofa. " nak tidur la. awak tanak tidur?" aik, soalan dibalas soalan. bagus isteri aku ni. patut lepas jadi cikgu taska. "ye tahu sayang nak tidur, tapi kenapa dekat...