Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
❝ Abang Kacak Kook ❞
Keadaan agak senyap selepas mama kim dan mak rangka pergi ke laman belakang untuk melihat tanaman bunga mereka.
" weh jom buat video tiktok " , ajak taehyung hyung secara tiba tiba. Aku memandangnya dengan wajah yang terkejut.
" hyung ada tiktok?! Serious ah?! " , kata aku aku agak tergamam. Omaigod, sesiapa tolong lindungi taehyung hyung dari gelek!
" ada, tapi aku tak gelek eh budak— slowmo pun tidak, aku punya video semuanya transition, facts dan adelah cover menari sikit, ikut trend ah " , balas taehyung dengan sengihan kecil.
" siapa ajar hyung main tiktok ni hyung?! " , soal aku masih tidak percaya.
" tu— budak depan engko tu yang mengajar " , balas taehyung hyung sambil menundingkan jarinya kearah reyhaa yang sedang memandang kami berdua.
" apa? Atleast taehyung oppa dapat jugak follower sampai 23.3M dekat tiktok " , balas reyhaa lalu dia beralih semula menghadap telefon pintarnya.
" banyaknya! Tapi banyak kook lagi, kook ada 34.2M followers dekat tiktok " , kata aku membandingkan followers aku dan taehyung hyung.
" kau ada jugak?— fuh, sabar tae. Kau kan kacak? Kau sabar je " , taehyung hyung berkata pada dirinya sendiri sambil mengusap dadanya lembut.
" engkau ada berapa ramai followers? " , soal aku pada reyhaa yang sibuk bermain telefon pintarnya.
Taulah pakai iphone 11pro max.
Aku pun sama ish!
" tak ramai, 28M je " , balas reyhaa merendah diri lah kononnya.
" la kita semua ramai followers, tapi kenapa aku tak pernah jumpa korang pun dekat for you page aku? " , soal aku pada mereka berdua.
" entah, engkau buat tiktok jenis apa? " , soal taehyung hyung pada aku. Aku dengan bangganya berkata.
" hey common, kook ni ceo of pov tau " , balas aku. Taehyung hyung menggulingkan biji matanya menyampah.
" engkau mesti joget jogetkan reyhaa? " , soal aku pasa reyhaa. Reyhaa mengangkat kepalanya dari memandang telefon pintarnya lalu memandang aku dengan pandangan yang jijik.
" aku pun buat pov lah gila, takde masa aku nak menari menari ni " , balas reyhaa lalu dia menjeling aku.
" alah aku teka je " , balas aku.
" eh kook, jomlah aku tunjukkan bilik tidur kau— " , ajak taehyung hyung. Aku memandangnya dengan pandangan yang pelik.
" ouh kita tak kongsi bilik eh ? " , soal aku pada taehyung hyung. Taehyung hyung memandang aku dengan pandangan jijik.
" takde masa aku nak tidur dengan kau, dah jom " , ajak taehyung hyung lagi. Aku pun mengangkat punggung aku dan mengikut langkah taehyung hyung naik ke tingkat atas.
Kami berjalan sehinggalah taehyung hyung berhenti di hadapan satu bilik.
" ha, ni bilik kau— belah kanan ni bilik aku dan belah kiri ni pulak bilik reyhaa " , kata taehyung hyung. Aku mengerutkan keningku pelik.
" aik? Reyhaa tu tidur sini? Bukan rumah dia dekat sebelah rumah kau je ke? " , soal aku ingin tahu.
" dia dengan fam dia tumpang duduk rumah aku buat sementara waktu sebab rumah dorang tengah buat renovation dapur bagi jadi lagi besar dan luas " , balas taehyung hyung. Aku menganggukkan kepalaku faham.
" rapat betul eh keluarga hyung dengan keluarga dia " , kata aku. Taehyung hyung menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
" reyhaa tu, aku dah anggap dia macam adik aku sendiri dah " , balas taehyung hyung dengan senyuman kecil.
" tau tau kahwin " , balas aku pendek.
" kepala hotak engko " , kata satu suara dari arah belakang kami berdua. Aku dan taehyung memandang ke belakang dan terlihatlah seorang perempuan pendek sedang memandang aku dengan pandangan tidak berpuas hati.
" eleh aku cakap je " , balas aku.
" yang korang berdua sibuk tercegat dekat depan pintu menghalang orang nak lalu ni kenapa? Macam dah tak boleh je nak bersembang dekat dalam bilik, dekat sini jugak nak ajak borak " , bebel reyhaa tak ubah macam makcik umur 80 tahun yang nak mampos dah tu.
" yelah, takyah lah bebel " , balas aku.
" eh diammah kau " , balasnya kembali lalu dia menolak kuat aku ke tepi agar dia dapat lalu untuk ke biliknya.
Dasar gemok.
" eh dah lah, hyung pergi masuk bilik dulu. Kook buatlah apa yang patut dalam bilik ni— buat je macam rumah sendiri okay? " , pesan taehyung hyung lalu dia pun pergi masuk ke dalam bilik tidurnya.
Aku masuk ke dalam bilik aku lalu aku menutup pintu dan kunci agar tiada siapa yang akan masuk ke dalam bilik ini.
Aku meletakkan beg pakaian aku berhampiran dengan almari baju yang sudah tersedia di rumah ini.
Kemudian aku merebahkan diri aku keatas katil sambil mengenangkan kedai boba aku yang akan tutup selama seminggu.
Entah sihat ke tidak kedai aku tu.
Lama aku termenung lalu aku pun mengambil keputusan untuk membersihkan diri aku agar badan berasa lebih segar dan bertenaga.
Aku pun mengambil tuala yang sudah aku bawa siap siap di dalam beg baju aku lalu aku masuk ke dalam tandas yang tersedia elok di dalam bilik ini.
Melekit woi badan abang kacak kook hm
•••
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
pandai pandai lah fahamkan perkataan tersebut sekiranya ada typo.