BEST FRIENDS
SORRY HAMBAR. AKAN DIUPDATE LAGI NANTI.
IKR, OTAK AUTHOR MASUK AIR WAKTU TULIS STORYLINE NI😔😂💔
[SKIP]
Aku tekad.
Ini keputusan yang aku dah buat.Aiden mulanya tak percaya diri aku yang masih tak menjawab apa-apa. Aku ada niat main-main je tadi. Memang terdesak tapi takdelah fikir macam nak buat betul-betul.
Tapi sekarang...
Aku pegang erat comforter.
Kitorang betul-betul dah terlanjur.
Tanpa niat."Sakit.. Lagi ke.. Medina?" Aiden menghentikan suasana senyap sunyi antara kitorang setelah terbangun.
"Uhm.. Sikit.." Pipiku berbahang panas ketika menjawab. Rasa macam mimpi. Puas otak aku nak tafsir dan percaya yang ini bukan mimpi."Sorry.. Aku tak boleh kawal. Aku tak dengar jawapan kau dulu..... Kita dah... Aduh, apa aku nak jawab ni? Aku betul-betul jadi pengkhianat.." Aiden terus bangunkan badannya lalu menampar pipi sendiri. Wajah itu diraup berkali, kasar hingga merah padam. Aku terdiam.
Tidak berkata apa-apa. Tiada penyesalan apa yang kitorang buat. Sebab aku tahu, Aiden takkan lepaskan aku kalau macam ni. Aku tahu dia seorang yang bertanggungjawab. Dia berjanji nak jaga aku, dia buat betul. Dia janji nak entah siapa pun, sampai sanggup nak lepaskan aku, sebelum ni dia cakap dia akan buat. Dari sini, aku nampak yang Aiden seorang macam ni jadi aku tak menyesal.
"Medina... Aku minta maaf."
Aku hanya diam, memerhati separuh badannya yang terdedah kerana comforter aku pegang dan dia tegakkan badan. Yea, badan orang benar-benar atlet begini, Seperti yang aku agak, Mr Crush aku lengkap luar dalam cuma hati je kurang. Aku tak sengaja nak tambah beban dekat kau, Aiden. Aku terpaksa sebab aku taknak kau pula yang pergi dari hidup aku.
Orang boleh panggil aku selfish tapi bagi aku..
Kekadang kita perlu selfish juga untuk dapatkan apa yang kita nak setelah banyak dilukai. Aku dah takde siapa, semua dah pergi tinggalkan aku. Aku hanya ada Aiden. Kalau dia pun pergi, mama, papa.. Aku sedih bila teringatkan hal ni."Kau takkan lepaskan aku, kan? Tengok apa kau dah buat?..." Aku sengaja cipta drama walaupun aku yang mulakan dulu. Kalau aku tahu Mr Crush aku mudah tergoda macam ni, dah lama aku cuba waktu mula kahwin dulu. Huhu, dasar engkau gatal, Med. Well, well... Itu aku. Soalan aku membuatkan Aiden memerhati ke arah aku.
"Tak, aku takkan lepaskan kau. Aku minta maaf, Medina. Aku rosakkan kau sebelum kau pergi dekat orang yang kau suka tu. Sekarang ni kita dah terlanjur dan aku ada masalah yang sama untuk explain dekat orang tu." Aku hanya diam lagi. Sebenarnya Aiden je yang ada dalam masalah memandang orang yang aku suka tu dia. Aku rasa bersalah buat dia macam ni tapi rasanya aku kena kurangkan beban dia.
Aku juga kena mandi tapi aku tak tahu siapa nak bangun dulu dari katil ni. Semua pakain terabur atas lantai. Comforter pun duduk dekat aku, kalau aku yang bangun... Uish, tak boleh bayang.
"Medina, aku nak keluar dah ni." Aiden terus menolak comforter membuatkan aku berpusing ke arah sana. Tak berani nak tengok walaupun dah tengok. Ish asal ayat aku ni dari tadi lagi pervert, aduh. Aku mengalih semula setelah beberapa saat, Aiden duduk setelah memakai seluar pendek paras lututnya. Selain dari tu, aku tak pandang, uhuk. Dia duduk di atas katil, nampak seperti nak tenangkan diri dengan apa yang terjadi.
"Aiden, aku taknak maafkan kau dengan apa yang kau dah buat dekat aku." Aku betul-betul bereaksi macam mangsa keadaan sekarang ni padahal aku yang mula buka t shirt dulu tapi Aiden yang pandai teruskan dan aku ikut. Ish ayat aku ni.. " Medina, aku betul-betul minta maaf." Aiden mengeluh.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear Mr Crush!??
RomanceThe more you hide your feelings for someone, the more you fall for them. Dupdap dupdap dudap! Jantung berdegup laju setiap kali majlis dinner satu keluarga! Setiap tahun perasaan itu juga yang dirasanya dari kecil lagi. Engku Medina Syafiyya nama di...