EPISOD 81
_____________♦♦____________
T H E T E N G K U ' S
Mateen memandu keretanya untuk mencari Aleesya di kawasan sekitar.
Pejabat
Taman
Kawasan perumahan
Semua tempat yang dia jangka Aleesya pergi ke situ sudah dia lihat. Namun, tiada tanda tanda Aleesya di sana.
Mateen melepaskan keluhan berat. Sebelah tangan memegang stereng manakala sebelah lagi mengurut pelepis kepalanya.
" Mana awak ni Aleesya.. "
Jari Mateen mengetuk ngetuk stereng kereta.
Kemudian, dia bercadang untuk melihat kawasan perkuburan pula mana tahu nasibnya terjumpa Aleesya di sana.
Tanpa berfikir panjang, dia memulaskan stereng kereta untuk ke tanah perkuburan itu.
10 minit kemudian,
Kereta Mateen masuk ke lorong yang menuju ke arah tanah perkuburan itu. Dia mengecilkan matanya untuk melihat jika ternampak Aleesya di sana.
Dia memberhentikan kereta ditepi dan turun untuk mencari. Mateen berjalan disekeliling dan matanya ternampak kereta milik Aleesya yang terparking elok disana.
" Tu kereta Aleesya. "
Mateen mendekati kereta itu. Dia menundukkan sedikit badan untuk melihat jika ada orang di dalam kereta itu.
Kosong.
" Kereta ada tapi orang tak dak. " Mateen berkerut.
Mateen memegang pemegang pintu dan cuba untuk buka.
Tidak berkunci.
Pintu kereta dibuka Mateen dan lelaki itu melihat keadaan di dalam.
Telefon
Dompet
Semua berada di sana.
Mateen keluar semua dan bercekak pinggang.
Tanpa berfikir panjang Mateen menelefon Tengku Sofea. Tidak sampai seminit, panggilan itu sudah dijawab oleh Tengku Sofea.
" Hello, Mateen. Ada jumpa Aleesya tak?"
" Ermm.. Mateen tak jumpa Aleesya. Tapi.. "
" Tapi apa?"
" Mateen jumpa kereta dia ja dekat kawasan perkuburan ni. "
" Kereta? Lepastu mana dia?"
" Saya pon tak tahu. Telefon, dompet semua ada dalam kereta. Cuma Aleesya ja tak dak dekat sini. "
" Abang! Mateen cuma jumpa kereta Aleesya ja. "
" Kereta saja?"
"Yaa.."
Mateen hanya mendengar perbualan Tengku Kamil dan Tengku Sofea.
Memang jelas nada risau kerana Aleesya tiba tiba hilang.

ANDA SEDANG MEMBACA
[EDITING] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Dalam sebuah keluarga kaya yang terkenal dengan peraturan warisan yang tidak boleh diganggu gugat, seorang anak telah disembunyikan dari dunia - demi keselamatannya. Aleesya tidak pernah tahu siapa dirinya yang sebenar, sehinggalah se...