抖阴社区

? 4

40 5 2
                                    

___________

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

___________

❝ Aku tanya macam mana kau boleh ada kat sini!? ❞ Soal Taehyung

❝ Sa-saya ❞

Ji Hyun sedikit tergagap, dia tidak tahu harus jawap apa. sudah lah malu berada di bilik air bersama seorang lelaki 

Lagi yang membuatnya tidak selesa apabila berhadapan dengan lelaki ini yang masih mengenakan tuala yang terlilit kemas di pinggang nya

Kalau iya pun pakai lah baju dulu. Shshhs

❝ Taehyung. Ji Hyun. ada apa ni? ❞ Puan Kim yang baru saja tiba

❝ Eomma kenal dia? ❞ Taehyung pandang Puan Kim

❝ Sekarang explain dekat Tae macam mana dia boleh ada kat sini? ❞

❝ Jaga sikit tingkah laku kamu Taehyung. Ni anak kawan Eomma ❞ Puan Kim menegur

❝ Kawan mana pula ni? ❞

❝ anak Jiran kita ❞

Taehyung memandang Ji Hyun sebelum mengganguk faham

❝ Ahh.. jadi.. ini lah penghuni rumah buruk tu? ❞ Selamba lelaki itu membalas

❝ Tak ada adab. kau masuk sini sebab nak skodeng aku kan? ❞

WHAT!?

Mata Ji Hyun membulat , mau saja dia melayangkan penumbuk pada lelaki itu

❝ Saya bukan perempuan macam tu lah. saya datang nak bagi ladu dekat eomma awak je❞ 

❝ Taehyung. jangan nak tuduh Ji Hyun sembarangan eh. lagi pun kamu buat apa mandi kat bilik air ni? kat bilik kamu kan dah ada bilik air sendiri ❞

Taehyung merengus

❝ Kalau boleh guna dah lama Tae mandi kat sana. Tak ada nya jadi macam ni. Menyusahkan ❞ Sejurus itu Taehyung terus melangkah pergi meninggalkan Puan Kim dan Ji Hyun, Puan Kim menggeleng kepala

❝ Maafkan dia ya Ji Hyun. Dia memang macam tu ❞

❝ Tak apa Eomma ❞

****

Taehyung menuruni tangga, dia siap siap ingin keluar untuk bertemu dengan Sae Yoon, matanya terasa sakit melihat Puan Kim dan Ji Hyun yang berbual bual di ruang tamu itu

Tak balik lagi rupanya perempuan ni. Sejak bila Eomma rapat dengan diorang ni pun tak tahu lah. gumam Taehyung dalam hati

Ahh lantak lah

❝ Taehyung ❞

Langkah lelaki itu terhenti tatkala Puan Kim memanggilnya, dia menoleh

❝ Kamu nak pergi mana ni? ❞

❝ Keluar ❞ Balas Taehyung lalu meneruskan langkahnya

❝ Haih. Mesti nak jumpa Sae Yoon. Tak sah kalau tak jumpa dengan perempuan tu ❞

❝ Siapa Sae Yoon Eomma? ❞ Tanya Ji Hyun yang terasa ingin tahu

❝ Tunang dia ❞

Ji Hyun sedikit terkejut

Lahh. Tak sangka dah bertunang rupanya mamat tu, kasihan tunang dia dapat lelaki kerek macam tu

Skzjskjz Tak baik lah Ji Hyun

❝ Sebenarnya kan. Eomma tak suka lah dengan tunang dia tu ❞

❝ huh? ❞ Ji Hyun terkedu pelik

❝ Kenapa? ❞

❝ Entah lah. Eomma tak suka je dengan perangai dia tu. Nampak gedik lepastu suka control Taehyung. Tae pun ikutkan saja perempuan tu. Hm..tapi nak buat macam mana? nak tak nak dia tetap akan jadi bakal menantu Eomma juga nanti ❞

❝ Tapi tak apa lah. kalau dengan perempuan tu juga yang boleh buat anak Eomma tu gembira. Eomma terima. Yang penting Taehyung bahagia ❞ Tutur Puan Kim, Tiada yang lebih mengembirakan hati seorang ibu selain melihat anaknya bahagia. Ji Hyun tersentuh mendengar nya

❝ Kalau perempuan itu kamu kan bagus? Eomma sokong 100% ❞ Sempat Puan Kim mengusik Ji Hyun, Hampir tercekik air liur Ji Hyun di buatnya

❝ Eomma cakap apa ni? ❞

❝ Hahahaha Eomma gurau. Tapi serius Eomma cakap. kalau Taehyung tu tak ada pilihan sendiri. Dah lama Eomma jodohkan dengan kamu ❞

Ji Hyun tidak tahu harus jawap apa, dia hanya tersengih kekok

Klise lah main jodoh jodoh ni. Puan Kim main benda tu pula

_________

_________

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[OG] POWER OF DESTINY????Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang