抖阴社区

Prolog

28 4 2
                                    

☁︎

✈︎

☁︎

✈︎

| Di saat menanti menjadi satu-satunya harapan dan waktu menjadi satu-satunya penentuan. |

☁︎

✈︎

☁︎

✈︎

_________________________

𝑯𝒆𝒍𝒍𝒐 𝑻𝒐 𝑺𝒖𝒏
_________________________




[ Someone pov ]

Ku ucapkan Hi kepada matahari yang tidak pernah ku ucapkan selamat tinggal kepada cahaya terang yang begitu menyilaukan mata itu

Walaupun ku tahu cahaya terang itu akan tenggelam meninggalkan ku bersama bulan yang selalu bersinar indah di sebalik awan dan gelapnya alam semesta,kerana aku pasti ia akan kembali di kemudian hari supaya dapat ku menyambutnya sekali lagi

Menyambut kedatangannya bersama dengan harapan yang sama selama bertahun-tahun dan menunggu masa memberikan ku sebuah penentuan.

Yah..

itulah yang ku fikirkan hampir setiap hari dari umurku 7 tahun sehingga 12 tahun selama 5 tahun itu

Mungkin kerana kisah happy ending di setiap animasi yang ku nonton membuatkan ku terlalu berharap akan sebuah penentuan yang tidak pernah ada penghujungnya, atau mungkin kerana  kisah sad ending yang membuatkan ku merelakan perasaan diam,sabar dan redha sebagai dinding dari sifat asli ku selama ini

Sifat asli ku yang hampir keseluruhannya di penuhi hasrat dengki.

Di kira-kira,umur ku baru sahaja menginjak 17 dan ah..ingatan ku tiga empat tahun lalu masih meninggalkan sebuah coretan walau sebanyak mana ku cuba untuk menumpahkan warna agar dapat menutupinya

Mungkin kerana coretan itu selalu sahaja muncul di hadapan ku,menjadi separuh dari memori yang ku lihat setiap hari dalam hidup ku sehingga tanpa ku sedar,aku lah penyebab terbesar mengapa coretan itu muncul kembali

kerana rasa cinta dan rindu ku padanya membuatkan aku terlalu takut coretan itu akan menghilang meninggalkan perasaan ketidakpastian akan bilakah ia muncul kembali..

Aku terlalu mencintai dia sebegitu juga rasa rindu ku padanya walaupun wajahnya lah yang menjadi salah satu permandangan seharian ku

Tidak..

Mungkin kerana aku merindui dia yang memanggil nama ku setiap hari seperti dulu lagi,mungkin kerana aku merindui senyuman dan tawanya kerana karenah ku,mungkin kerana aku merindui namanya yang selalu ku panggil,

mungkin kerana itu..

Aku sanggup mewujudkan sebuah dinding untuk menahan perasaan dengki ku kepadanya..

Dan mungkin.. kerana itulah

aku masih meletakkan harapan sekecil genggaman di tangan ku, yang tidak pernah ku lepaskan selama 10 tahun....





[ End of prolog ]

? Hello To Sun ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang