抖阴社区

19 | help me

806 93 24
                                    

"Hyung dah nak satu jam ni

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Hyung dah nak satu jam ni. Lagi 5 minit. Apa kata kita cari jalan keluar dulu? Mana tahu dorang berdua dah keluar dari sini?" Cadang Jimin. Yang lain mengangguk setuju.

"Berdua? Bertiga okay! Mungkin Saera pun dengan dorang!" Ujar Jungkook pula.

"Okay okay. Aku harap dorang berTIGA dah keluar okay? Jum ikut aku. Aku tahu jalan keluar" Yoongi memimpin mereka. Yang lain mengikuti Yoongi sperti anak ayam yang mengikuti ibunya.

"Apa Jin hyung buat dekat depan tu? Teruja sangat sampai tunggu kita ke?" Taehyung pelik. Seokjin berdiri betul-betul di hadapan jalan keluar dari hutan tersebut.

Wajahnya bukan wajah gembira menyambut mereka tetapi wajah risau.

"Hyung kitaorang dah keluar. Eun Ae dan Doyoung dah keluar ke?" Tanya Namjoon. Wajah Seokjin bertukar pucat.

"Eun Ae dan Doyoung tak keluar lagi! Even dekat cctv pun mereka berdua tak ada!" Ujar Seokjin dengan nada panik.

"Baiklah! Semua murid bawa bertenang. Saya dan pembantu saya akan mencari dua orang murid yang hilang ini. Tolong bawa bertenang" ujar Tuan Hwang.

"Saya ikut" kata Seokjin.

"Kitaorang pun. Eun Ae adik kitaorang dan Doyoung juga dah macam family kitaorang. Boleh tuan Hwang? Kami akan turut serta mencari mereka berdua" Yoongi meminta kebenaran tuan Hwang.

"Baiklah. Semua berpecah! Cuba cari mereka di kawasan larangan dan sekitar tempat permainan!" Arah tuan Hwang. Pembantu tuan Hwang mula bergerak masuk ke dalam hutan kembali.

"Saera macam mana? Ada sesiapa nampak dia?" Jungkook melihat murid-murid yang sedang berkumpul di hadapannya.

"Kook! Bagi perhatian! Ae hilang kook! Adik kita! Kenapa kau kisah tentang perempuan tu sekarang. Kita ada adik Kook! Satu-satunya adik perempuan yang kita ada!" Marah Namjoon. Murid-murid mula berbisik sesama sendiri.

Bagus. Sekarang semua dah tahu tentang Eun Ae.

"Jangan risau fasal Saera kook. Dia pergi tandas tadi" ujar salah seorang daripada rakan Saera.

"Apa yang kau tunggu lagi Kook? Cepatlah!" Panggil Hoseok.

-----

Family ? BTS  [ C ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang