抖阴社区

bithday party

686 66 51
                                        

"sayang tolong butangkan baju ni" yoongi yang baru keluar dari bilik air terus berdiri dihadapanku.

"there you go" aku mengemaskan kemejanya selepas siap membutang.

"you look gorgeous in that dress babygirl. Dengan baby bump ni lagi" yoongi merendahkan dirinya dengan paras perutku yang sudah 7 bulan itu.

"baby behave tau. Kita nak sambut birthday party kakak dengan abang. Jangan buat mommy penat ya sayang" yoongi mengusap perutku dan menciumnya lembut.

"dah jom. Kesian tetamu tunggu dekat bawah" aku menarik tangannya dan keluar dari bilik tidur.

Yup, sekarang aku tengah mengandungkan anak yoongi yang ketiga. Enam tahun lepas aku dapat Min hyunji. Cucu kesayangan mak, mommy dan daddy. Minta apa semua dapat. Takda siapa boleh tolak permintaannya. Kalau apa yang dia minta aku tak bagi, dia akan gunakan daddy dia. Dia tahu sangat yang daddy dia tu soft heart bila sampai dekat anak sulung dia ni.

Tiga tahun lepas pula aku dapat Min Gyunki. Anak lelaki sulung Keluarga min. Dia ni pun macam kakak dia juga. Minta apa semua dapat. Lagi-lagi bila dengan daddy dia. Dia dengan daddy dia ni macam patner in crime. Suka buat benda yang aku tak suka senyap-senyap. Kakak dialah tukang membocorkan rahsia diorang dekat aku. Ha apa aku pun apa lagi, dendalah dua-dua sekali gus.

Aku lega yang aku dengan yoongi berjaya membesarkan diorang sama-sama. Bila aku penat, dia ambil alih. Bila dia pula penat, aku ambil alih. Dia kerja keras macam mana sekali pun, dia tetap cuba adakan masa untuk luangkan masa dengan anak-anak. Kadang-kadang setiap kali balik je mesti dia bawa hadiah untuk diorang berdua.

Walapun kadang-kadang aku rasa dipinggirkan, tapi takpa. Asalkan aku dapat tengok diorang bahagia depan mata. And kitaorang dah biasa tidurkan diorang awal, supaya kitaorang ada masa untuk berdua-duaan. Maklumlah, bila dah ada anak ni tak ingat langsung untuk spend time berdua. Ada je benda mengacau.

Yoongi ni pula makin lama makin gatal. Tak habis-habis nak buat aku blushing. Penat tahu tak? Dia sengaja nak buat aku bertambah sayang dekat dia. Aku dah kata memang aku tak boleh dengan sweet side dia haih.

"MOMMY!" sebaik saja kaki aku menapak di anak tangga yang terakhir, aku terus disapa gembira dengan anak sendiri.

"hey sayang. Dah makan eh? Ni mulut comot ni. Pergi ambil tisu sayang, mommy nak lap mulut tu"

Gyunki berlari kearah ku semula selepas mengambil satu kotak tisu. Aku mengambil tisu tersebut dan mengelap bibir mereka yang comot dengan sos.

"mommy tengok tu. Kawan-kawan bawa banyak hadiah untuk kitaorang, kan adik?" hyunji menunding jari kearah meja yang dipenuhi hadiah untuk mereka berdua. Gyunki hanya mengangguk laju.

"wahh banyaknya. Nanti kita buka sama-sama ya?" aku mengusap rambut mereka lalu mereka berlari untuk bermain dengan kanak-kanak lain.

"eh eh besarnya perut Mrs min ni" taehee dan yerin yang datang sambil membawa gelas ditangan menyapa.

"hehe yelah aunty taehee dah lama tak jumpa mommy, sebab tu perut mommy dah besar sekarang" aku mencium pipi mereka dan duduk diatas sofa. Penat aku nak berdiri lama-lama.

"tulah pasal, last jumpa tengok perut tu baru 5 bulan. Macam manalah kau boleh nak tambah anak nombor tiga, aku ni yang baru nak masuk kedua pun rasa takut. Penat weyh, yang sorang pun tak terjaga, ni nak dua haih " taeehee meletakkan tangannya didahi.

"alahh chilllah. Benda simple je kalau kita have fun. Aku dulu pun fikir macam tu juga. Ni lagilah aku dapat kembar. Kene jaga dua-dua sekali gus. Kau rasa? Nasib taehyung tu jenis memahami. Takdalah aku mati stress dekat rumah tu" yerin mencelah sambil menepuk-nepuk bahu taehee.

[C] Wife Mr Min | minyoongiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang