抖阴社区

MDBH Prologue ?

99.9K 2.6K 188
                                        

'It's all started when ..'

___

Kemalangan kereta yang melibatkan kedua orang tua Arissa dan Anissa menjadi kerisauan mereka.

Mereka bukan orang berduit .. Arissa baru berusia 18 dan kakaknya Anissa 20. Mereka berdua masih bersekolah.

Arissa dan Anissa menunggu di luar bilik bedah.

Arissa cuba menenangkan kakaknya yang mempunyai penyakit jantung lemah.

"Kakak .. Insyaallah Ibu ayah akan okey." Kata Arissa dengan tangis yang masih bersisa.

"Ibu Ayah Rissa .. Kakak tak nak kehilangan mereka." Kata Anissa.

Arissa menggeleng.

"Ibu Ayah akan ok." Kata Arissa.

Seorang doktor keluar dari bilik bedah.

"Keluarga Encik Zakariah." Panggil Doktor itu. Mereka berdua berdiri.

"Kami!" Kata Arissa kuat.

"Cik berdua perlu menandatangan surat kebenaran pembedahan dan harus membayar bill dengan segera supaya pembedahan ini boleh diteruskan." Kata Doktor itu serius.

Anissa menggeleng.

"Kami tak ada duit doktor." Kata Anissa malu.

"Kami bagi kamu berdua masa seminggu. Kalau tak .. saya sebagai doktor pun tak dapat berbuat apa-apa." Kata Doktor itu lalu masuk semula kedalam bilik bedah itu.

Beberapa orang jururawat menolak katil pesakit keluar.

Puan Arina yang berada diatas katil itu.

"Ibu!!" Jerit Arissa .. mereka berdua mengikuti Jururawat itu.

Puan Arina di tempatkan di wad biasa kerana kecederaannya tidak parah.

Encik Zakariah mempunyai penyakit jantung.

"Ibu .."

___

Dua hari kemudian ..

Puan Arina terjaga.

Anissa yang kebetulan berada di sana terus memanggil doktor.

"Doktor!!"

"Doktor! Ibu saya dah sedar!" Kata Anissa.

Arissa yang baru tiba terdengar jeritan Anissa .. dia berlari masuk bersama doktor.

Doktor memeriksa keadaan Puan Arina.

Doktor mengangguk.

"Macam mana doktor?" Soal Arissa risau.

"Proses penyembuhan Puan ini sangat pantas .. tak lama lagi puan boleh keluar hospital." Kata Doktor Sharil .. doktor yang bertugas.

"Alhamdulillah." Ucap Arissa dan Anissa serentak.

Doktor dan jururawat itu pun keluar.

Anissa dan Arissa duduk di sebelah Ibu mereka.

"Ibu ingat kami?" Soal Anissa.

Puan Arina menayangkan senyuman.

"Mestilah .. tak kan Ibu tak ingat puteri-puteri Ibu." Kata Puan Arina dengan senyuman manisnya pula.

Wajah Anissa diusapnya lembut dan penuh kasih, Arissa menggenggam erat tangan Ibunya.

"Ibu .. Ayah macam mana?" Soal Arissa risau, raut wajahnya juga jelas menunjukkan kerisauan dalam hatinya.

My Dangerous Billionaire Husband's {COMPLETE}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang