?. ????? ??????? | ??. ??????? ??????
??BEBAS KONFLIK RUMAH TANGGA??
??TIDAK DIANJURKAN UNTUK ORANG SINGLE??
=====
Kahwin muda? Diumur 17 tahun? SPM pon belum lepas lagi.
Tidak dapat Fiya bayangkan bagaimana hidupnya set...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[🌱🌱🌱]
"I dah siapkan mashroom sup you , kalau tak sedap buang jelah" kataku kepada Thaqeef . Guys dia demam . Padan muka dia . Aku dah cakap jangan mandi hujan dia degil juga .
"Yelah" jawabnya dengan suara yang tak berapa nak ada .
Aku membetulkan tudung sekolahku buat kali terakhir sebelum beredar ke sekolah . "I gerak lu" , iPhone baru yang Thaqeef beli haritu aku ambil lalu melangkah untuk keluar dari bilik .
"Sayang" panggil Thaqeef . Aku memandangnya dengan kening terangkat .
Dia mencucuk-cucuk pipinya . Aku mendekatinya lalu menghadiahkan kucupan manis di pipi kanannya . Orang demam kita kena treat dia elok-elok .
"Sini sini sini sini sini" dia mengarahkan jarinya ke sekeliling mukanya untuk dicium . Bapak gatal mamat ni .
Pipinya aku cengkam sehingga mulutnya menjadi seperti itik . Bibirnya aku cium sekilas . "Dah bye" .
"Ha ni I suka ni , tiba-tiba rasa sihat" .
"Kalau dah sihat cepat bersiap , jom pergi sekolah" .
"Aarh sakit kepala , takpelah you pergi lah , aduh sakitnya kepala" dia kembali membaringkan diri di atas katil , duvet dia tarik sehingga menutupi kepalanya . Kalau malas tu cakap jelah malas .
Aku berlalu keluar dari bilik tidur kami . Kalau melayan Thaqeef , esok belum tentu selesai . Lebih baik aku pergi sekolah .
_()_
"Fiya , aku tak sangka kau dah kahwin , dengan Thaqeef si singa tu pulak kau kahwin perh , mesti anak korang asyik sawan je , mak bapak dua-dua singa jadian" kata Alex bercampur sindiran . Salah seorang classmate aku , mulut dia memang puaka sikit . Nak je aku santau supaya diam .
"Menangislah junior-junior yang syok dekat Fiya dengan Thaqeef" sambung Opie pula . Biarlah dia menangis bukan aku kisah pon .
Berapa hari agaknya aku kena hadap dengan mulut diorang ni? Nak nangis aku camni . Kalau diorang tahu yang Haelly dengan Jefri pon dah kahwin mesti semakin gila diorang membawang . Btw , masa Haelly bagitahu kitorang yang dia prengnant rupanya tak dirakam , selamatlah duit Thaqeef , tak perlu bagi separuh dekat Jefri hahaha .
"Padan muka si Carlyn dengan Ziyad , crush diorang dah kahwin" tambah Lessa pula .
"OI FIYA !!" .
"Panjang umur , pendek akal" . Masing-masing beredar dari meja aku apabila si Carlyn datang ke kelas kami .
Carlyn yang berada di pintu kelas memandangku tajam , tapi tajam lagi mata aku tau . Mata dia tu dahla sepet macam orang mengantuk sangat-sangat .
"Lepas kau sedap beromen dengan Thaqeef , kau berlakon jadi isteri Thaqeef pula? Kau ni memang dah melampau" . Membulat mata aku . Dia cakap aku beromen dengan Thaqeef? Bodohnye , takda masa aku nak beromen bagai eeeuuuu .