抖阴社区

25 - Worried

122 9 0
                                        

     Hatinya mulai gusar. Entah kenapa perasaannya sudah tidak sedap hati beberapa minit yang lalu. Namun, diacuhkannya. Kemungkinan hanya mainan perasaan sahaja.

Kemudian datang sosok wanita yang duduk disebelahnya selepas hilang 15 minit yang lalu. Namun, ketibaan isterinya itu diabaikan. Malas dia mengambil tahu.

Namun, tingkah laku sosok di sebelahnya itu mulai berkelakuan pelik. Dia melirik sebentar sosok wanita itu.

Kelihatan tangan Jessica mula menggigil. Dan juga Jessica mula tidak senang duduk.

    "Kau asal?" soal Taeyung pada isterinya itu. Selepas sedari dari tadi Jessica menggigil sudah 5 minit berlalu.

     "Arr.. Aniya. I o...okey." suara gugup kedengaran.

     "Tu? Kau gigil kenapa?" soalnya lagi.

    "Ooh erm, sejuk. Sejuk kat sini." ujar Jessica memberi alasan.

    "Tu lah nak pakai sangat baju nipis kau tu. Jadi, kau boleh tahan lagi tak sampai majlis ni habis.?"

     "Erm entahlah. Jom balik--"

Namun, ucapan Jessica terpotong dek kerana muncul seseorang wanita yang datang secada tiba-tiba. Riak wajahnya juga seperti gusar terhadap sesuatu.

    "Tuan Jho, ada sesorang tetamu Tuan pengsan dalam bilik tandas. Da..dan perempuan itu mengandung." ujar pekerja hotel itu.

Serta merta semua orang yang berada situ terkejut sebaik sahaja berita itu disampaikan. Masing-masing melihat sesama sendiri. Gusar kerana perkara buruk berlaku pada majlis ini.

     "Wanita mengandung?" ujar Tuan Jho iaitu Daddy kepada Jessica.

     "Ye Tuan"

Serta merta ingatan bermain di benaknya. Mengingatkan kembali yang mana satu tetamu yang dimaksudkan. Namun, dalam senarai jemputannya kebanyakkan semuanya tetamu rakan sekerjanya iaitu sosok lelaki.

Namun, pandangannya tertangkap pada kerusi di sebelah Jimin yang kosong. Serta merta Tuan Jho menayakan keberadaan isterinya.

     "Jimin. Mana isteri kamu?"

     "Liana, tadi minta diri pergi tandas--" jawap Jimin tergantung. Serta merta matanya membulat kerana baru dia sedar Leeya tidak kembali selepas hilang hampir 15 minit lalu.

      "Leeya!!!!" ujar Jimin dengan terkejut. Lalu dengan pantas Jimin bangun dari tempat duduknya dan berlari ke arah tandas.

Jimin meninggalkan keluarganya itu dalam keadaan terpingga-pingga. Raut wajah masing-masing terkejut mendengar ucapan Jimin sebentar tadi.

Leeya?

Tidak lupa juga, Taeyung. Hatinya mulai tidak tenang. Kenapa Jimin menyebut nama isterinya itu.

Tanpa berfikir panjang, dia bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan keluarganya di situ. Taeyung mengekori Jimin dari belakang.

Tiba di tandas wanita, kelihatan ramai tetamu berkerumun di situ. Taeyung menolak tetamu di situ dengan cara yang baik dan memintanya untuk memberi laluan.

Taeyung menyelit setiap celahan sosok orang disitu. Amat susah dia bergerak untuk melalui tempat itu. Taeyung tidak dapat melihat apa yang sedang berlaku di tempat kejadian karna tetamu di situ sibuk mengambil gambar.

Namun, terdengar suara tangisan dari hadapannya ini. Terdengar suara lelaki yang menyebut-nyebut nama orang itu.

     "Lee.. Leeya.. Siapa buat awak macam ni. Kenapa jadi macam ni." ujar Jimin dengan suara teresak-esak.

My life after He cheated ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang