Assalammualaikum semuaa! New bab is done ;) ❤️
| 05012021 |
______________
LANGSIR yang berada di tingkap biliknya berterbangan akibat ditiup angin diikat mengunakan tali pengikat langsir. Perlahan-lahan dia melangkah ke balkoni bilik tidurnya sambil melihat pemandangan yang terbentang di depan mata. Tak lama lepas itu, dia mengeluh berat. Fikirannya betul-betul serabut sekarang.
Huh, hari ini ada exam!
'Boleh ke aku buat? Macam mana kalau gagal lagi? Mesti kaw-kaw aku kena marah dengan umi,' gumam Qirsha sendirian. Air liur ditelan kesat sambil meraup muka beberapa kali. Ada lagi dua jam sebelum matahari mula munculkan diri. Entah ke mana semangatnya pergi pun dia tak tahulah.
Ting!
Ting!
Qirsha menyeluk tangan ke dalam poket seluar lalu mencapai telefonnya. Senyuman terhias di bibirnya apabila membaca chat Airiq. Awal-awal pagi dah bagi kata-kata motivasi kepada dia. Dia turut membalas chat tersebut sekejap sebelum meminta izin untuk bersiap. Qirsha terfikir sesuatu. Macam mana kalau dah cukup tempoh 14 hari Airiq mengajar dia?
Adakah hubungan akrab antara dia dan Airiq akan berakhir begitu sahaja?
Soalan-soalan yang berlegar di fikirannya diabaikan. Pintu kaca ditutup lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik. Tuala yang tersidai di penyidai kayu itu dicapai sebelum berjalan ke bilik air. Sepuluh minit kemudian, barulah dia menapak keluar dan menyiapkan diri untuk ke sekolah.
"It's okay, Qirsha. You can do it." Qirsha memberi semangat kepada dirinya sendiri. Nak harapkan siapa lagi kalau bukan diri dia? Dia mula bermain telefon pintar sehingga jam menunjukkan pukul 7:00 pagi. Qirsha tak ada selera untuk menelan apa-apa makanan masuk ke dalam tekaknya.
Beg sandang berwarna biru dicapai lalu disandang ke bahu dan berjalan keluar dari bilik. Dia mengatur langkah ke ruang tamu sebelum kakinya terhenti seketika apabila terserempak dengan umi. Senyuman nipis terlakar di bibirnya seraya terpandang kedua belah tangan umi. Dia nak sangat salam dan cium tangan tersebut.
"Ryn nak salam tangan umi boleh?'' tanya Qirsha perlahan. Matanya dipejam sekejap bersedia untuk menerima cacian dan makian dari umi. Tapi lain pula dia dapat apabila badannya dipeluk erat sebelum mata mula berkaca-kaca. Pelukan umi dibalas dan tangisannya mula pecah. Dia hanya membiarkan air matanya mengalir laju di pipi.
''Umi... doakan Qirsha berjaya di dunia dan akhirat." Sejurus berkata, Qirsha terus melangkah keluar dari rumah meninggalkan umi sendirian. Air matanya dilap sehingga kering sebelum berjalan menuju ke sekolah.
BUKU teks Sejarah yang terbuka luas di depannya dipandang kosong. Qirsha mengeluh berat sebelum menyelak satu persatu helaian buku teks tersebut. Dia mendengus kasar apabila fokusnya terganggu disebabkan rakan-rakan sekelasnya membuat bising. Macam-macam topik mengarut yang dibincangkan oleh classmatesnya itu.
"Ei, bagi balik pencil box aku!"
"Kau tahu tak..."

ANDA SEDANG MEMBACA
14 Days [C]
Short Story? Second novel by @imsyazz ? ? 1st Short Story by @imsyazz ? | Just friendship story | "I will teach you for 14 Days." Qirsha Arynna, gadis yang sentiasa berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Namun nasib selalu tidak menyebelahinya apa...