Hi Hi guys yg membaca cita ni.. Special chapter for xmas... Ehem ehem... Semua cast baik ke jahat ke.. Mereka akn ada dalam ni...
So lets go!!
p/s for this special chapter semua manusia biasa tiada istilah puteri dan knight ke magician ke tak da okay..tiada kaitan yang mati mahupun hidup juga di dunia nyata.
okay maybe dalam chapter ni Yaemin x Lucias as you can see Lucas masih dengan kekasih gelapnya yang tak mampu dia lupakan..and asal tajuk dia White Xmas again? ahaha..well you will know later...
24 December pun tiba setelah berminggu-minggu mereka membuat persiapan untuk menyambut christmas bersama pada tahun itu,
Bunyi loceng mula kedengaran di sepanjang jalan-jalan yang diliputi salji itu,
kedengaran suara Rin dan Min yang sedang bersiap untuk keluar berjumpa dengan yang lain.
"Hey min cepat lah, kita kan nak keluar jumpa yang lain!! " ujar Rin yang ketika itu sudah pun menunggu Min di hadapan pintu biliknya.
"Relexs lah rin... "
"Sabar lah aku masih pilih baju ni.. " Min masih merenung semua baju yang ada di almarinya.
"Satu pun tak cantik lah rin.. "
"Xmas esok lah aigoo pakai je lah baju apa-apa, kita nak keluar beli barang je pon, bukannya nak keluar pergi dating.. oh ya lupa kau masih single" ujar Rin dan hal itu membuatkan Min hanya mampu bersabar sahaja.
"Ee aku tahu lah aku single tak yah lah mention pasal benda tu.. tapikan.. satu baju pun tak cantik lah rin.. " keluh Min dan membuat muka kesian.
"Ahhh itu hal kau.. Aku turun bawah dulu, kang aku pula kena marah dengan ren.. Lambat sangat. "
"Hah ye lah"
Seketika kemudian, Min keluar dengan baju yang first sekali yang dia dah try tadi, dan membuatkan Rin menepuk dahinya
"Bukan ke ni baju yang first kau pakai tadi.. Haish kau ni.. " keluh Rin dan menarik lengan Min meluru ke kereta yang dipandu oleh Ren itu.
"Ehh Yae.. Nak gi mana tu.. Belum lunch lagi kan.. " jerit ibunya,
"Ahh omma, keluar jap..." jerit Min dari dalam kereta.
"Hah, baik lah, hati-hati! " Ibunya melambaikan tangan ke arah Min.
"Sayang, mana Yae, dan yang lain? "
"Ahh yeobeo, mereka keluar katanya ada perjumpaan kejap. " jawab ibunya pula dan Ayahnya hanya menganggukkan kepalanya.
Setelah sampai di shopping mall,wajah keriangan mereka mula berubah setelah lucas membawa beberapa mahkluk asing yang lain...
"Sorry guys kita orang lambat" ujar Rin dan Ren dan menunduk meminta maaf..
"Ahh tak pe kitaorg pun baru sampai juga" ujar gadis yang berada di hadapan mereka itu.
"Ala Min kenapa buat muka macam tu, macam tak suka je yang lain join perjumpaan kita hari ni" ujar Lucas yang sudah pun duduk di sit di hadapan Min.
"Kau cakap hanya kita-kita je, asal ada kekasih gelap kau pulak ni" bisik Min perlahan dengan nada menyindir, namun tetap mampu didengari oleh mereka semua.
"Apa kau cakap!" Lucas cuba untuk tidak meninggikan suaranya.
"Betul lah kekasih gelap, takkan lah ex girlfriend pula kan?" ujar Min lagi dan menjulingkan matanya
"Apa kena dengan kau ni!" jerit lucas pula
"Kau lah! apa hal ngan kau ni!" Min mula menolak Lucas yang berada di hadapannya itu..
"Hurm!" mereka berdua sudah mula memanaskan badan dengan pertengkaran yang sudah menjadi pekara biasa ketika mereka berjumpa.
"Ahh mula balik dah si anjing dan kucing ni" keluh Lucias dan Heika hanya mengelengkan kepalanya. Sudah seperti pekara biasa tentang pergaduhan 2 sahabat itu.
"Guys stop lah, kita datang sini kan nak having fun dan pergi ke pesta christmas malam nanti." ujar Hae yang membawa makanan yang mereka pesan..
"Hae..ahh..." Min mula tidak puas hati dengan abangnya itu.
"Haha, nice Haejin!" ujar Lucas dan memberi highfive kepada Hae.
Haish bukan mereka bermusuh ke dulu asal lah tetiba berbaik lak ni,and kenapa Athy dan yang lain ada sekali haish...malas tol aku cam ni, kalau tahu si blonde tu ikut, aku dah lama tarik diri malam tadi, arghhh ni lah aku malas ni!!!!eeee...rasa nak balik je aku! Ugh!!!
Min mula berasa bosan, dia hanya menemani yang lain berbeli belah,beli makanan,beli baju dan pelbagai lagi, namun dia hanya mampu window shopping dan lepak di cafe minum dan bermain game ketika menunggu yang lain...
ugh bosannya aku...baik aku balik je lah dah lah orang kat depan aku ni berlovey dovey arghhh...kenapa aku mesti melihat mereka bermesraan..Rin pun sama, dengan si Felix haish...Ren dengan si Sandra...kenapa lah aku kena melihat semua ini....nasib malangnya aku, dah macam cubid dah..ingat apa ni valentine day ke apa? ughhhh geram nya aku!!! kalau tahu mereka nak keluar dating tak yah ajak aku...better aku spend time di rumah layan runningman.
Min akhirnya keluar dari shopping mall tersebut dan menunggu di taman berdekatan sahaja. Setelah puas bersiar sekeliling taman , dia pun duduk di bangku berdekatan dengan tasik yang kini menjadi tempat luncur ais.
"bencinya aku dengan mereka tu, kenapa lah mesti tengok mereka bermesraan sedang kan aku......"
"singlet" hampir gugur jantung Min setelah terdengar suara Lucias berbisik di telinganya itu.
"Haish terkejut aku...Apa kau buat kat sini?" tanya Min dan tak memandang ke arah Lucias yang duduk di sebelahnya.
"Well aku tak nampak kau dengan yang lain"
"bukan ke kau selalu dengan lucas?" soalan Lucias itu dibiarkan tak berjawab..hanya 'hmm' sahaja kedengaran.
seketika menjadi agak janggal dengan kedua-duanya diam membisu, akhirnya Lucias mula bercakap, dia tak mahu lah jika Min terus berdiam diri tanpa bercerita kepadanya tentang apa yang berlaku.
"Yae..jangan lah benci sangat dengan Lucas tu," ujar Lucias perlahan namun Min masih lagi berdiam dan tak berganjak dari tempatnya.
"Ye lah aku tahu Lucas dah melampau...tapi...tak perlu lah kau benci dia" namun masih tiada respon dari Min. Lucias pun melihat di sebelahnya, Min sudahpun bersandar di bahunya dan terlelap.
"Lah...rupanya tertidur..kau ni, tak alert langsung dengan hal sekeliling kau...nasib dengan aku,kalau dengan orang lain?" keluh Lucias dan membiarkan bahunya dijadikan bantal untuk Min bersandar,
Lucias sudah pun berkawan lama dengan Min,bukan baru sehari,seminggu mahupun berbulan sudah bertahun-tahun lamanya mengenalinya. Dia sentiasa jadi orang tengah ketika Min dan Lucas bertengkar.
"kau tahu tak Yae,sesungguhnya mungkin Lucas itu bukan pilihan yang tepat untuk diri kau, aku faham, bagaimana rasa ketika perasaan kita hanya bertepuk sebelah tangan, baik kau fikir tentang diri kau dulu Yae.. ye lah..kau akan jumpa pilihan hati yang lebih baik dari Lucas, mungkin bukan sekarang, or mungkin nanti? pilihan ada di hadapan kau Yae, hanya tinggal kau mengetahui siapa dia sahaja.."
"ye lah seperti sekarang... masing-masing ada pasangan untuk bersama semasa xmas eve malam nanti, kecuali kita lah...masih singlet...aku masih menunggu jawapan...tapi tu lah...dia sentiasa fikirkan orang lain..and..btw Yae aku teringin sangat nak tanya kat kau tentang sesuatu..."
"agaknya aku ada peluang tak untuk bertahta di hati kau...apa aku merepek ni..."bisik lucias perlahan tanpa menyedari yang Min mendengar semua kata-katanya itu. Pipi Min mula kemerahan menahan malu.
"Hampir terlupa, Happy Birthday" dahi Min dikucup perlahan.
Huh...apa hal ni...jantung aku berdegup dengan laju...ahhhh omg omg......aku bermimpi ke ni???
secara tiba-tiba Hpnya berdering dan Min segera pura-pura macam dia baru lepas bangun tidur.
"Ne...ahh Rin shii, ahh aku kat taman...yup dengan Lucy...ahh korang dah otw ke taman tu ke? orite" Min mematikan panggilan dari Rin itu dan menoleh ke arah Lucias di sebelahnya..
"Ahh sorry" ujar Lucias dan menundukkan kepalanya tanda meminta maaf.
"Ahh gwenchana, aku okay..thanks sebab temankan aku..oh ya hampir terlupa.. jemput lah datang party xmas esok di rumah aku.." ujar Min perlahan dan tersenyum
"Betul ni?" ada keterujaan dari nada suaranya. Untuk pertama kalinya Min mengajak dirinya untuk bertandang ke rumahnya,dan bukannya Lucas.
"Yup, and jangan cakap kat Lucas or heika,yang aku ajak kau..kalau tak, nnti bila aku ajak mereka, rumah aku penuh dengan adegan adegan yang agak melampau..well kau faham-faham lah.." ujar Min dan ada keluhan kedengaran.
Lucias hanya mampu sentiasa menjadi teman pendengar yang baik di setiap keluhan Min selama ni, walaupun dia menyimpan perasaan terhadap Min, tapi dia tak pernah sedih tentang pilihan Min selama dia mengenali Min.
Tepat jam 8 Malam mereka pun sampai di tapak pesta christmas di Hangang park.
Turut terdapat pesta bunga api juga pada malam itu. Taman itu dipenuhi dengan ramai orang yang membawa family dan pasangan masing-masing untuk spend time di malam Chritsmas.
Ugh...please lah di mana-mana je , mesti ada pasangan hangat bermesraan walaupun di tempat awam..apa lah nasib insan seperti ku yang masih single walaupun sudah meningkat dewasa..ye lah aku dah 25 tahun 5 tahun lagi dah 30 tahun dan aku masih single...huhuhu...
"Ehem" Min dan Lucias sudah pun sampai di tapak yang di tempah oleh Heika untuk malam itu.
Kelihatan Lucas dan yang lain sudah menyediakan kawasan untuk mereka duduk menonton pertunjukkan bunga api malam tu dan makanan turut tersedia bersama air soda untuk dijadikan santapan makan malam.
"Lambatnya korang sampai" ujar Athy dengan nada seakan-akan minta kena tepuk
"Ahh jalan sesak tadi" jawab Lucias padahal mereka sudah sampai jam 8 namun jam 9 baru keluar dari kereta, hal itu kerana Min malas nak keluar awal-awal.
"Dah-dah meh kita makan" pelawa Heika yang sudah pun memasan set Pizza dan set ayam goreng.
Min duduk di antara Heika dan Lucias sebab mereka bertiga satu-satunya trio pada malam itu. Entah bagaimana Min boleh menjadi trio dengan mereka berdua pada malam itu dan bukannya Lucas, well sejak si Athy balik ke tanah air, Lucas kerap pergi bertemu dengannya, dan kurang lepak bersama Min dan yang lain(Heika dan Lucias)
"Thanks tokcik,sebab belanja semua ni" ujar Min dan cheers dengan Heika.
"Ahh tak ada apa lah, tak lama lagi kan kamu nak ke luar negara"
"Haha yup...and tokcik pun dah nak masuk military kan?"
"Haha,ye"
"Mwo kau nak ke mana!?" ujar Lucas dan menarik lengan Min.
"Apa ni pegang-pegang!" Min marah dan tersimbahkan air minumannya ke muka Athy yang berada di sebelah lucas.
"Huhu...unnie kenapa ni? apa salah Athy...sampai unnie simbah muka Athy?"
"unnie kan bukan siapa-siapa pun bagi Lucas..kenapa nak benci Athy...Athy x buat salah kat unnie pun..."
"takkan sebab Athy suka kan lelaki yang unnie suka, then buat unnie berdendam dengan Athy...why unnie...huhuhuhu..." ujar Athy yang minta kasihan.
Semua mata memandang ke arah mereka setelah mendengar kata-kata Athy itu. Pelbagai kata-kata cemuhan dan cacian diberikan kepada Min. Min mula mengeluh dan mengambil handbagnya dan pergi dari situ.
Angin sejuk mula menyapa wajahnya. Langkahnya diperlajukan agar bisa terus sampai ke tempat yang tiada orang menganggunya.
Di sepanjang perjalanannya untuk pulang ke rumah, di penuhi dengan keceriaan Christmas eve pada malam itu,
Laparnya aku...Aku belum sempat makan pun tadi, hilang terus mood aku nak minum dengan mereka,
Lucas kenapa lah kau buat macam tu, tak pasal-pasal aku kena cop kecundang hanya kerana aku tersimbah air kat Athy,
kau memang saja kan Athy cakap macam tu, nak hebohkan keadaan...ambik lah Lucas tu..bukan hak aku pun...eeee aku benci korang berdua,
kalau bolehkan aku harap aku tak kenal dengan kau Lucas, menyakitkan hati aku je, mungkin betul apa yang kau katakan Lucias, Lucas memang bukan pilihan yang tepat, bukan sesiapa dalam hati aku...bertabahlah Kim Yaemin..you can do this...dah tak lama lagi aku kat sini...i wish i can live better then this..
I wish...i can be happy..
Min akhirnya sampai di taman berdekatan dengan rumahnya setelah jauh perjalanannya... Walaupun dia merupakan anak Ceo entertaiment music itu, dia tetap ingin hidup berdikari di London ketika sambung pelajarannya itu dan hidup bersama dengan neneknya.
"Ahhh segarnya udara kat sini, entah berapa lama aku tak berasa sangat tenang macam malam ni..." Min memandang ke arah langit yang dipenuhi bintang-bintang, dia berasa sangat tenang sehingga memejamkan matanya, entah kenapa perlahan-lahan air matanya mula mengalir.
Walaupun sekelilingnya dipenuhi beberapa couple dan family member yang spend time together..dia tetap terasa keadaan di situ much better sebab tiada gangguan kepadanya.
Matanya mula tertumpu ke arah seseorang, kelihatan Lucas sedang menuju ke arahnya.
Flashback Situasi di Hangang Park setelah Min pergi..
"Haish!" Lucas mendengus dan mau pergi mengejar Min
"Nak gi mana tu biy?" tanya Athy dan Lucas terus menepis tangan Athy .
"Nak pegi mana lagi ?kerja dia lah apa lagi!" Lucas terus meluru meninggalkan tempat itu.
"Lucas!!" jerit Athy dan menghentakkan kakinya.
Heika mula tersenyum dan memandang ke arah Lucias,
"Nampaknya keadaan masih sama seperti dahulu.." ujar Heika dan Lucias hanya tersenyum kelat.
"Yeah, perjanjian sejak kecil tu...nampaknya tetap akan terjadi jua..maksud aku tentang Athy,Lucas dan Yae..." bisik Lucias, hatinya masih terasa amat renyuk.
"Aku tahu kau suka dia..." bisik Heika dan Lucias hanya terdiam..
"Well mungkin kau masih ada peluang tapi kita tak pasti akan keputusan yang Min buat malam ni" ujar Heika lagi dan memandang ke arah langit yang sangat indah pada malam itu..
'aku pasti Yae boleh buat keputasan yang baik untuk dirinya...' bisiknya perlahan.
"Arghhhh sial betul lah" Athy berpeluk tubuh dan mengelap bajunya yang basah terkena air itu. Niatnya agar Lucas memarahi Min yang menumpahkan air kepadanya namun lain yang berlaku sebaliknya Lucas mula mengejar Min.
"Itu lah kau, suka sangat nak burukkan orang lain, ada hari nanti semua akan terbalas kat kau juga Athy"
"Diam lah kau orang tua, sibuk je" Athy memarahi Heika dan pergi dari situ.
Berbalik ke situasi Min di taman tadi...
"Lucas?" bisiknya perlahan..
"Apa dia buat kat sini"
"Yaemin!" jerit Lucas dari jauh, wajahnya penuh dengan ketidakpuasan.
"Kau!"
"Kau kan!" Lucas mula ingin melepaskan tamparan ke muka Min,
Min hanya membiarkan sahaja emosi lucas yang bercelaru saat itu dilepaskan semahu-mahunya.
"Kau! kenapa kau buat macam ni!"
"Kau tahu kan aku..aku dan Athy! kau tahu kan pasal kitaorang! Kenapa kau sibuk je nak musnahkan hubungan aku dengan Athy! Kenapa dengan kau ni!"
"Aku tahu!" bisik Min perlahan dan mula melepaskan gengaman erat tangan lucas di lengannya sehingga meninggalkan kesan merah.
"Apa lagi kau nak, kau pergi lah dengan Athy, kekasih lama kau tu, apa kaitan dengan aku, well seperti yang kau pernah cakap, hubungan kita ni hanya sebagai kawan, kenapa kau sibuk nak kejar aku sampai sini! " Min merenung wajah Lucas dan berlalu pergi. Walaupun dia hanya bercakap seperti dia bersahaja,namun jauh nun di sudut hatinya, dia berasa sangat sebak ketika itu.
"kau nak pergi mana!" Jerit Lucas ketika Min mula melangkah pergi..
"aku dengar kau akan ke luar negara! kau nak lari dari aku!" jerit Lucas namun Min hanya maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang, Lucas mengejar dan menarik tangannya dan membuatkan langkahnya terhenti.
"Ya! aku nak lari dari kau, lari dari sini! kalau boleh aku tak nak balik ke sini lagi! dan aku tak nak jumpa kau lagi!" Jerit Min perlahan-lahan air matanya mula mengalir perlahan. Lucas terus memeluknya.
"Yaemin...."sayu suara Lucas ketika itu, namun Min tetap menumbuk dada Lucas untuk dilepaskan.
"Lepaskan aku!!" jerit Min..
'Pak!'
"Dasar jantan tak guna! kau..kau dengar sini baik baik...aku..Kim Yaemin! tak akan pernah anggap kau seperti kawan aku lagi! mulai hari ni! kita putuskan hubungan persahabatan kita!" Jerit Min dan berlalu pergi dari situ dengan air mata yang tak mampu bertahan lagi.
Lucas mula menundukkan wajahnya, dia mula berasa bersalah tentang apa yang berlaku.
Perasaan Min mula bercampur baur, marah,sedih,happy dia pun tak pasti, yang dia pasti dia nak cepat-cepat pergi dari situ. Sejak hari terakhirnya berjumpa dengan Lucas di kolej iaitu setelah tahu lucas masih mencintai Athy , crushnya itu, sejak itu, tiada lagi yang dikatakan harapan dalam hubungan mereka berdua, walaupun sekadar hubungan persahabatan.
Seperti apa yang Heika pernah kata kepadanya,
Walau di kehidupan yang lalu,mahupun akan datang,dalam bentuk bagaimanapun,jika memang sudah berjodoh,mereka tetap akan bersama jua..walaupun banyak dugaan yang mendatang.
"Eh, sorang je? cakap tadi nak tengok bunga api?"
"Balik awal omma,"
"Hae dan Jae mana?"
"Mereka lambat lagi balik lah tu" ujar Min dan terus masuk ke biliknya.
"Dah kenapa dengan Yae tu?" ujar ayahnya yang baru siap membancuh kopi panas.
"Entah lah,datang bulan lah agaknya, macam badmood je" jawab ibunya Min dan teruskan menghirup teh panas yang terhidang di meja.
Di dalam bilik Min baring di katilnya tanpa memasang lampu... Biliknya mula diterangi dengan cahaya bulan yang terus memancar dari luar ke dalam biliknya.
"Tak guna kau lucas!!!"
"arghhh!!!"
"aku benci betul dengan kau!!!"
"eee benci nya aku dengan dia!!"
"rasa nak tumbuk je nak tampar je kau biar aku tak nampak muka kau tu lagi" Min membebel sendirian.
Bunyi loceng kedengaran dari gereja berdekatan kawasan tersebut, menandakan pukul 12 tengah malam,
bunga api pun mula dilepaskan ke langit, kelihatan sangat cantik pemandangan dari beranda biliknya ketika itu dia duduk di luar beranda menyaksikan pertunjukkan bunga api itu.
"Seorang diri lagi aku semasa chritsmas ni...macam ni lah hidup single...sorang-sorang...." bisik hatinya, entah mengapa hatinya mula berasa sebak akan kepergiannya hujung minggu ini nanti. Dia tak pasti adakah sebab akan meninggalkan sahabatnya? mungkinkah tentang perasaannya?
"Yae sayang?"
"Masuk lah omma" ujar Min dan ibunya masuk membawa susu suam dan biskut.
"Yae, kalau ada masalah, cerita lah dengan omma, mana tahu Yae akan okay?"
"Tak da lah omma, Yae okay je, just tadi Yae tak da mood, sebab pasal Lucas je." ujar Min perlahan dan ibunya hanya tersenyum.
"Yae, suka lucas?" soalan ibunya itu dibiarkan senyap tanpa jawapan.
"Yae tahu tak dulu, omma dan appa kamu pernah hadapi situasi macam kamu..appa kamu masih tak boleh lupakan ex dia, tapi tu lah sebab perangai omma ni, dia mula tertarik lebih kepada omma tau dan perlahan-lahan lupakan ex dia tu..." ujar ibunya dan mengusap lembut rambut Min.
"Tapi situasi kami lain omma..Athy dan Lucas dah lama kenal, so Athy dah tahu keperibadian Lucas macam mana, bandingkan dengan Yae, Athy lebih cantik,tinggi,comel perfect gitu sedangkan Yae.."
"Shhh...sayang,kenapa jugde macam tu sekali, kita kena bersyukur dengan apa yang ada pada diri kita. Yae kan nak focus dengan study kan? supaya Yae boleh jadi seorang producer yang berjaya, omma tak galakkan Yae untuk bercinta dulu, tapi orang cakap, semasa Christmas ni, kalau Yae ada spend dengan seseorang lepas tu korang saksikan sajli turun pada Christmas eve, mungkin dia jodoh kamu"
"Omma, yang Yae tahu, bila sajli pertama turun lah, bukan salji turun time Christmas eve.."
"Oh ya ke? omma salah lah ni.. btw esok kita kan nak buat jamuan...kamu dah jemput kawan-kawan kan?"
"Dah.."
"Pergi lah tidur.." ujar ibunya dan menutup pintu.
Min memandang ke arah langit malam yang indah itu,
"Salji huh? tadi ada sekejap sajli turun semasa aku di taman dengan Lucias...mungkin kah dia??...ahhh no no...Yaemin kau mesti focus dengan kerjaya mu dahulu! banggakan semua orang.." Min menepuk-nepuk mukanya untuk sedarkan dirinya.
"Kim Yaemin fighting!" Jeritnya dan tersenyum.
Kelihatan dari jauh seseorang memerhatinya dan tersenyum
"Tsk Kim Yaemin,aku risaukan kau,takut kau menangis macam selalu aku jumpa kau...nasib lah kau okay..Gud Night Yae-shii"
Salji yang mula turun lagi sekali pada malam itu, Lucias melangkah pergi meninggalkan kawasan perumahan tersebut.
25 December
Jingle bell Jingle bell,Pagi christmas telah tiba, beberapa kawasan mula dilitupi dengan sajli yang memutih..
"Wah...sajli lah!" ujar Min dengan teruja.
Min pun memakai hoodienya dan mengambil coat dan sarung tangannya , turun kebawah dengan kegirangan.
Jae dan Hae sudah pun membuat orang-orang sajli di perkarangan rumah mereka.
"Noona!" jerit Jae ketika melihat Min yang keluar dengan coat tebalnya itu.
"Haha!" Min terus membaling gumpalan bebola sajli ke arah mereka berdua.
"Yah!" jerit Hae dan mengejar Min.
"Hahaha...!!"
"Kejar lah kejar lah werkkk" jerit Min dan mula membaling beberapa berbola sajli ke arah Hae namun.....
'Pak!'
Min tak sengaja membaling 3 bebola sajli ke arah 3 trio yang baru sampai ke rumahnya.
Lucas,Lucias dan Heika.
"Opps" Min hanya buat tak tahu, well dia kan dah tak ada kaitan dengan Lucas so bebelan lucas ketika itu hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja.
Kelihatan yang lain turut sampai juga.Athy turut hadir dengan membawa buah tangan.
"Aunty, ni Athy bawa untuk tambah-tambah makanan dekat rumah Aunty" ujarnya menyapa lembut ibunya Min.
Ugh acah-acah perempuan lemah lembut konon padahal dengan aku kau selalu sakitkan hati aku, kau jangan eh nak senyum-senyum depan aku..ugh memang aku tak suka ehh dengan kau, kau saja je muncul kembali kan..dah duk USA tu duk je situ,jangan sibuk nak balik kat sini..
semak je masuk sama kolej siap sama jurusan lagi tu..eee geram aku dengan kau ni...mentang-mentang lucas dan aku sama jurusan, kau pun terus eh gi kolej sama ngan kitaorang terus kau nak sama-sama course...ughh kau memang bitch betul lah..
"Ehem...Min asal kau tengok Athy cam tu?" tegur Ren yang memerhatikannya dari tadi.
"Tak da lah,siapa yang tengok Athy, aku tengok lalat tadi berterbangan.. tu je" ujar Min namun Heika dan Lucias mula gelak terbahak-bahak yang faham dengan kata-kata tersirat Min itu.
Setelah ibu bapa Min meninggalkan mereka di ruang makan itu, Lucas mula menghentak meja makan dan membuatkan gelak tawa mereka terhenti.
"Yah! Yaemin!"
"Kau...kau saja kan!" namun Min hanya membuat muka bersahaja. Malas nak mendengar suara Lucas itu.
"Eh macam terdengar bunyi lalat lah? ahh...ni hah lalatnya" ujar Min dan menunjuk ke arah pasangan di hadapannya..
"Kau kan...!!!"
'Pak!' Satu tamparan hinggap di pipi Min.
"Kau boleh caci aku tapi bukan kepada Athy!"
"Hey..apa ni main tampar-tampar!" Heika melegakan keadaan.
Min merenung kearah Lucas dengan mata yang berair bersilih ganti dengan Athy. Dia terus meminta diri dari situ. Rumah sendiri tapi rasa macam dihalau keluar dari rumah orang.
"Omma, nak keluar jap" ujar Min dan terus meluru keluar.
"Eh...tapi....kawan-kawan kamu ada di rumah...Aigoo.." keluh ibunya dan ayahnya hanya menggelengkan kepalanya.
"Nanti pandai lah dia balik" ujar ayahnya dan ibunya hanya menganggukkan kepalanya.
"Kau nak gi mana" ujar Lucias dan menahan Lucas.
"nak kejar dia lah!" balas Lucas dan menepis tangan Lucias.
"Kau memang tak faham kan apa yang dah berlaku sebenarnya?" ujar Lucias pula dan menolak Lucas ketepi sehingga terduduk di lantai
"Apa yang aku tak faham!" jerit Lucas dan mengenggam kolar baju Lucias
"Kau tak pernah faham apa yang Min rasakan! kau tak layak jadi kawan dia! Aku macam tak kenal kau lagi dah!" ujar Lucias dan meninggalkan Lucas yang terpinga-pinga di situ.
"Itu lah kau lucas...otak udang..suka sangat kan nak mempermainkan hati dan perasaan seseorang, sampaikan kawan sendiri kau buat macam tu.." ujar Heika dan teruskan membaca surat khabar.
"Diam lah kau orang tua! Sibuk nak masuk campur." Lucas duduk memeluk tubuhnya tanda tak puas hati.
Min berlari keluar dengan hati yang remuk bagai retak seribu umpama kaca yang terhempas di lantai,
Air matanya mula mengalir membasahi pipinya, entah kenapa dia mula menangis tentang sesuatu yang dia tidak fahami, dia tak faham tentang sakit yang dia rasakan.
Dia mula terduduk di salji-sajli di jalanan taman itu,
dengan hati yang sangat sakit, hatinya ditepuk-tepuk perlahan dengan sakit yang tak pernah dia rasakan.
Sajli mula turun dengan perlahan-lahan,Min keluar tanpa shawl dan sarung tangan hanya dengan hoodie dan coatnya sahaja.
"kenapa! kenapa aku...apa salah aku sehinggakan aku mesti hadap semua ni! kenapa mesti aku sukakan Lucas! why! apa salah aku sampai diperlakukan seperti ini!" Jeritnya dan menumbuk sajli-sajli di tanah itu. Dia mula menangis perlahan.
Seseorang menghampirinya dengan payung ketika salji mula turun perlahan-lahan.
"Bukan salah sesiapa, bukan salah kau juga Yae.." Min mula mendongak perlahan ke atas memandang ke arah seseorang di hadapannya.
"Lucy..." Min terus memeluk Lucias yang membawakan shawl dan payung untuknya..
"Arraseo.."Lucias hanya tersenyum dan membiarkan Min menangis di dalam dakapannya. Rambut Min diusap perlahan.
Agak lama Min menangis dibahu Lucias sehinggakan ada kesan hingus di coatnya itu.
"Nah, hot chocolate" Lucias pas kan minuman itu kepada Min
"Gomawoyo..." bisik Min perlahan.
"Tak ada apa-apa lah" ujar Lucias dan mereka mula berjalan seiringan
"Nampaknya salji turun semakin lebat.." sambungnya lagi.
"Kau tahu, Lucas nak kejar kau tadi tapi aku halang, sbb aku tahu, kalau kau tengok dia, comfirm kau makin marah.." ujar Lucias lagi dan Min hanya menganggukkan kepalanya.
"Aku dengar kau akan ke London hujung minggu ni?" tanya Lucias namun Min hanya mendiamkan diri.
"Isnin ni aku dah masuk latihan ketenteraan..sama dengan Heika.." mendengar kata-kata lucias itu membuatkan Min mula menoleh ke arahnya dengan mata yang berkaca-kaca menahan sebak..
"jadi selama 3 tahun aku tak jumpa kau?"
"Ala...sama je kalau aku tak gi kem,and kau pula di london...sama juga kita tak boleh berjumpa kan?" Min mula menarik lengan baju Lucias membuat langkahnya terhenti..
"Nanti...agaknya bila kita akan jumpa lagi?" Lucias tersenyum dan mengusap lembut rambut Min dan mengesat perlahan air mata Min yang mula mengalir kembali itu.
"Hey...jangan lah nangis....kan kau nak sambung study kat london selama 3 tahun...nanti kita jumpa lagi semasa 3 tahun akan datang semasa christmas eve di taman tu lagi.." ujar Lucias perlahan dan Min mengangguk dan ketika itu mereka sudah pun berada di hadapan rumah.
"Arraseo!" ujar Min dan melambaikan tangannya ke arah Lucias yang ingin masuk ke dalam kereta.
"Ahh..Ingat tau! and pastikan masih ada ruang dalam hati kau tu untuk kegunaan 3 tahun akan datang !" jerit Lucias sebelum meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya.
"Mwoya...dia balik tanpa beri tahu kita!" jerit Lucas yang kebetulan keluar dari pintu rumah.
"Bukan jauh pun rumah kita" ujar Heika dan menyiku Lucas di sebelahnya.
Min kelihatan tersenyum-senyum dan masuk ke rumah
"Eh? dah kenapa dengan Yae sayang?" tegur ibunya yang sedang mengemas dapur.
"Ahh...nothing..hehe" ujar Min dan terus masuk ke dalam biliknya..
"Kenapa pula dengan Min tu..macam orang tak waras" bisik Lucas dan Heika mula menyiku lengannya.
"Kau ni dah kenapa orang tua, saja je cari pasal kan!"
"Dah-dah, aku hantar korang balik, haish kau ni Lucas asal tak balik dengan Athy and yang lain tadi, sian Athy," tegur Hae yang mula start enjin keretanya itu.
"Kasihan sebab apa pula?" ujar Lucas yang seperti orang yang tak faham perasaan perempuan
Ahh memang dia tak faham perasaan perempuan pun
'apa lah nasib kau Athy bercinta balik dengan Lucas ni' Heika dan Hae hanya mempu mengeluh dengan perangai Lucas itu.
"What!?" Lucas yang tak faham dengan situasi apa yang berlaku.
3 years Later (1 Week before Christmas)
London,
"Ala kenapa tak spend xmas di sini?"
"Ala granma, lagipun Yae kan dah habis semester dah.., graduate pula kan di seoul..kan Yae exchange study di sini 3 years.."
"Ye lah-ye lah...nanti lawat lah Granma lagi, mungkin kah melawat granma dengan buah hati..hehe"
"Granma!" kedengaran gelak tawa neneknya di dapur.
Buah hati huh? lama aku tak dengar istilah tu, aman juga tinggal di sini, dengan granma...tapi tu lah rindu pula dengan tokcik, dengan lucy..Lucy huh? agaknya Lucy dah habis kem ke?
memandangkan esok aku dah nak bertolak ke Seoul,patut ke aku bagi tahu mereka? hurm..tak yah lah biar lah rahsia..hehe...
Malam itu, hpnya asyik berdering tanda pesanan masuk,
Dari Rin
Dari Ren
Dari Heika
Dari omma
Dari Appa
Dari Hae
Dari Jae
dan..
Dari Lucas
"Ugh asal mamat sekor ni sibuk nak excited sbb aku balik"
Seen
Lucas: hey! asal kau seen!
"Cis dia chat pula!"
Lucas: Reply lah!
"Eee geramnya aku...apa lagi dia nak ni!!"
Min: Apa kau nak!
Lucas:Ingatkan dah tak ada tangan dah sebab tak reply msj aku
"cis! budak ni kan...geram aku..."
Min: Kalau kau hanya nak cari pasal dengan aku tak yah chat lah aku malas nak dengar kata-kata dari spesis buaya yang tak pandai kenyang.
Lucas: Apa kau cakap! hey kau tahu tak aku dah tanya baik-baik tadi yang kau saja nak naik kan darah aku ni dah kenapa! kau dah tak sabar nak mati eh!
Min: Apa kaitan dengan mati? kalau pasal mati mungkin kau yang akan mati dulu..ye lah sebab kau setan..
Lucas: Berani kau menyetankan aku!
Min: Ye lah perangai kau macam setan so wut? ape... ape..kau nak bertumbuk dengan aku!? eeeee just jaga je kekasih hati kau tu dah pi main jauh-jauh and don't chat me again you fxcking shit
-You have Blocked this contact-
"Padan muka dah tak boleh balas chat aku pui! semak je sibuk nak tahu bila aku balik"
Min hanya mengatakan bahawa dia balik semasa christmas eve.. kepada yang lain dan bukannya esok...Well kecuali dengan Hae and Jae. Min turut mengugut mereka , kalau mereka hebohkan, siap lah mereka.
Flight Min ke Seoul pada sebelah pagi dan akan sampai sebelah malam nanti. Flight dari London ke Seoul mengambil masa lebih kurang 14 jam-16 jam.
"Tak sabarnya nak jumpa kau lagi..Lucy!..Lucy huh? rindu aku dengan nama tu..." bisik Min perlahan dan memandang ke arah jendela flight. Perlahan-lahan senyuman manis mula terukir di bibirnya.
Setelah berjam-jam lamanya duduk di dalam pesawat, seluruh badannya terasa sangat kebas.
"Huhu ottokae...macam mana lah aku nak berjalan, berdiri pun dah tak betul" bisik nya..
"Noona!!!! " jerit Jae dari jauh bersama Hae yang menjemputnya pada malam itu
"Aigoo, saengie dah macam orang tua dah, terbongkok-bongkok"
'Pak! '
"Tak guna kau Haejin! "
"Min!!!!! "
Air muka min terus berubah setelah terdengar suara sahabat karibnya itu.
"Apa dah jadi dengan janji kau Haejin!? " ujar Min dan nampaknya Hae sudah pun melarikan diri dari situ.
Rin berlari terus memeluk Min.
"Ahhh uri chinguya.. I miss you so much. "
"Ahh ne ne. " wajahnya hanya bersahaja, niatnya hanya merahsiakan kedatangannya hari itu, dia tak mahu kecoh-kecoh, namun Hae telah memberitahu Rin dan Ren tentang kedatangannya pada hari itu.
Haish, hae ni, buat kecoh je kerjanya... Haish.. Aku cakap jangan hebohkan dia gi hebohkan dengan semua orang. dia ni kan betul-betul nak kena dengan aku..
Sesampai di rumah, Min terus masuk ke dalam biliknya, dia berasa sngat letih walaupun hanya duduk di dalam pesawat sahaja.
Letihnya aku hari ni, rasa macam lama sangat aku duduk dalam flight huhu kebas satu badan rasa macam nak pergi onsen. Haish kalau tahu kan aku balik ke jepun jumpa obachan dulu... hurm...
"Yae sayang.. .nah. "
"Apa ni omma? Banyaknya kad? "
"Mwoya!????? Rin dn Felix nak kahwin serious lah!?" Min mula excited setelah tahu yang sahabat karibnya itu dah nak kahwin.
"kad sapa pula ni blink-blink...Ugh...kad dua sampah masyarakat ni rupanya...semak je .." Min terus membaling kad kahwin yang tertera nama Lucas dan Athy itu..
"Eh asal kad ni kat sini"
"Aku buang tadi so what? " ujar Min ketika melihat Hae mengambil kad tersebut.
"Asal ngn sangie ni? Bad mood je? "
'Pak! '
"Buat tak tahu lak, aku cakap jangan heboh, yang kau kasi tahu semua tu kenapa! And ni. Yang ni. Aku tak nak pergi majlis mereka! buang kad ni, bakar ke tak pun buang kat laut yang dalam tu.." ujar Min dan membaling kad kahwin tu di muka Hae.
Ibunya dan Hae terpaksa keluar dari biliknya itu.
"Yae, okay ke tu. !??"
"Aigoo" Ibunya hanya menggelengkan kepalanya,
"Biar lah dulu dia, Hae, nanti okay lah tu, oh ya sejak xmas 3 tahun dahulu, omma lama dah tak nampak lucias dan heika? Mereka pergi mana? " tanya ibunya ketika mereka berdua turun ke bawah.
"Ahh Lucias , dia dan Heika kan pergi khidmat tentera, rasanya minggu ni tamat dah, tapi tak tahu tarikh yang tepat, kalau dah realese tu ada lah tu heika telefon " jawab Hae dan menuangkan teh suam kepada ibunya.
"Agaknya Yae dapat terima ke tentang perkahwinan lucas tu? ye lah dulu Yae selalu cerita tentang Lucas dah seperti mencintainya.. tapi tu lah..sejak 3 tahun yang lalu, macam-macam yang berlaku.. " ujar ibunya perlahan..
"Noona mesti benci punya, sebab tarikh dia kan 24 December, kan Christmas eve malam tu and and... Birthday noona" ujar Jae yang entah dari mana muncul.
"Ish, kejut omma, dari mana kamu muncul ni? "
"Hehe macam biasa omma, main ps5 lah..." jawab Jae dengan selamber dan mula masuk kembali ke dalam bilik gaming berdekatan dengan dapur itu.
Seminggu sebelum Christmas, Min hanya duduk di rumah rehat secukupnya.
Dia berasa sangat malas untuk keluar di musim sejuk itu, kalau keluar pun tiada teman, apatah lagi buah hati, maklum lah single lagi..
#singlet single yang terlampau lama
Ahhh esok kena keluar lah pula, temankan Rin pegi butik, ugh malas betul lah, tapi kan sebelum ni aku ingatkn Rin dengan Lucy tu bersama ,ye lah mereka rapat semacam tapi rupanya Rin dengan Felix... Tak sangka betul lah aku... Padahal obachan cakap tunang Rin is Lucias....rupanya Felix bukan Lucias. ye lah rupa Felix dan Lucias nak dekat sama.
Lucias.....aku tk cakap pun dengan dia yang aku dah balik.....agak nya bila lah aku boleh jumpa dia, tak kan lah tak leh jumpa dengan dia malam xmas...hurmm..Tokcik pun enlist tentera juga kalau tak silap lah, sama dengan Lucy...
Lucy huh? Lama aku tak panggil dia lucy... i miss him don't me? i don't know either..
"Yae, sayang... Makcik kamu melawat" ujar ibunya dari luar bilik.
Huh? Makcik? Jakaman... Mungkin kah Aunty Weiya? Mwoya!
"Yaemin-channnnnn"(Please refer suara zenitsu di demon slayer)
Fuxxk....si Junhanam is coming. Jurus ninja...Ninjutsu.. Menghilang...
Poof!
"Ehhh....tadi rasa macam ada dengar suara dia dalam bilik... hurm tak kan di bilik sebelah...Yaemin Sayangggg" Pintu bilik ditutup semula dan Min pun perlahan-lahan keluar dari almarinya..
"Fuh.. Nasib..."
"Aduh ...asal aku boleh lupa tahun ni mereka datang nak xmas sama-sama haish... Kalau aku tahu, aku tak balik tahun ni... " ujar Min dan turun dari berandanya melalui dahan pokok dan keluar dari situ.
"ADIOSSS" jeritnya ketika Jun masuk kembali je dalam biliknya
"Adindaku!!!! " jerit Jun dengan penuh dramatik itu
Min sudah pun melarikan diri dari kawasan rumahnya itu.
Tarikh menunjukkan 21 December, keadaan sekitar agak sejuk dan licin.
Seperti biasa Min pergi ke taman favoritenya itu, sudah jadi kebiasaannya ketika tengah gusar, dia akan ke situ untuk tenangkan fikirannya.
Ahhh segarnya udara... Tak sabarnya nak xmas..
Eh kejap, sejak bila aku menantikan xmas?
Yeah... Sejak hari tu ketika kali terakhir aku berjumpa dengan Lucy..
Lucy.. Kau baik-baik je kan... Kau dah janji.. untuk jumpa semasa xmas eve..
I wish i can meet you during this xmas eve.
"Can't wait for this uncoming thursday " bisiknya perlahan dan tersenyum
Dari jauh kelihatan seseorang memerhatinya
"Jadi betul lah yaemin dah balik, " bisiknya dan mula menghampiri Min.
"Kim Yaemin!"
"Lama tak jumpa kau"
"Athy...macam mana kau tahu aku kat sini?"
"Well, mana lagi kau akan pergi, mesti lah ke taman ni?"
" oh ya...aku ingatkan kau dah moveone ye lah hari tu aku tengok kau ada chat dengan my lovely hubby, just to makesure eh..lucas tu dah jadi milik aku, kau sendiri yang cakap yang korang tu dah tak ada hubungan persahabatan lagi, asal kau masih simpan number dia? "
"hah..mungkin kau masih ada perasaan kepada dia? ish ish ish, buruknya perangai kau Yaemin...sukakan suami orang"
Kata-kata Athy itu membuatkan banyak mata memandang ke arahnya.
"Sorry to say kay, apa kau merepek ni, aku tak faham apa yang kau cakap, sukakan suami kau? rasanya kan,agaknya suami kau tahu ke yang kau mengandungkan anak lelaki lain?"
Athy kelihatan berpeluh-peluh, walaupun kata-kata Min itu sekadar menakutkannya namun reputasinya jatuh terus ke zero
Itu lah padahnya jika kau cari pasal dengan aku, kau ingat aku diam, aku tak boleh buatkan kau jatuh ke dalam kegelapan, so what kalau orang cakap aku jahat, i dont give a shit, don't care what you wanna talk behind me..aku akan jatuh kan kau juga...tengok lah..
24 december pun tiba pagi itu keadaan mula menjadi semakin sejuk, pokok-pokok Christmas dimana-mana sahaja dihiasi lampu hiasan berwarna warni,.
Ughhh... Sejuknya.. Menyesal aku buka tingkap. Tpi kan harap lah sajli turun... Ye lah mana tahu apa yang omma pernah cakap pasal xmas eve tu betul... Hehe..nak juga tahu dan jumpa soulmates aku...eh eh...eeee Yaemin sedar lah sedar lah..
Min mula berangan-angan sendiri.
"Anak dara sekor ni dah berumur hampir 28 tahun masih lagi single ish-ish tak patut, tak patut"
"Eleh kau pun sama masih single! " ujar Min ketika di tegur oleh Hae yang ketika itu mahu memanggilnya untuk sarapan bersama.
"Apa apa lah, Yaemin shii, yang penting sekarang aku ada kekasih, tak seperti kau, masih single dari dulu.. " Hae mula gelakkan Min adik kembarnya itu.
"Eee kau kan , kau saja cari pasal kan! " Min membaling bantal tepat mengena muka Hae.
"Hahahaha padan muka! " ujar Min dan meluncur turun ke bawah.
"Aigoo.. Noona kenapa meluncur ke bawah.. "
"Haha... Rindu pula... " bisik Min perlahan ye lah setelah sekian lama tak buat macam tu.
"aigoo, kamu bukan budak kecik dah yae... " tegur ibunya pula dan Min hanya tersengih-sengih tersipu malu.
Keadaan pagi itu agak sunyi dan janggal tanpa ada sebarang kata-kata yang keluar dari mulut mereka.
Makciknya dan anak lelakinya juga turut mendiamkan diri kerana aura ayahnya min yang seperti mau memakan seseorang.
"Hae!.. "
"Ye..ye.., abeonim.. " tergagap Hae dibuatnya.
"Cepat lah kahwin, kamu kan anak lelaki, kamu patut kahwin dulu, jangan sibuk nak mainkan perasaan perempuan, kamu patut dah fikir tentang keluarga sendiri, dah nak 30 tahun dah."
"Arraseo abeonim.. "
Min hanya menahan gelak kerana Hae kena sound dengan ayahnya dan memberi Hae tanda Good yang bermaksud padan muka.
"Jae... "
"Ne..abeonim.. "
"Belajar lah bersungguh-sungguh.. Jangan asyik main game je, kamu patut fikir tentang kerjaya yang bagus, contohi noona kamu yang sekarang ni jadi Pd-nim di syarikat appa." Min bangga mendengarnya..
"Arraseo.. "
"Yae.. "
"Ahh. Ne.. Ne... Abeoji. " hampir tersedak Min ketika di panggil oleh ayahnya itu.
"Bergembira lah, jangan fikir tentang pekara lama, happy lah selalu, arrachi, abeoji tahu kamu telah banyak melalui perkara yang buruk, jadi bergembira lah, nanti tahun baru lepas graduate, kita fikirkan status kamu sebagai seorang Pd-nim."
Min seakan tak percaya dengan apa yang didengarinya, ingatkan dia mau dimarahi kerana selalu buat hal, rupanya ayahnya inginkan kebahagian buat dirinya.
"Arraseo... " ujar Min dan tersenyum.
"Adinda sayangggggg"
'Pak! ' tangan Jun terus di tampar dan sebuah jelingan maut diberikan kepada Jun.
"Don't touch me you jerk! " ujar Min dan mencapai coatnya dan meluru keluar dari rumah meninggalkan keluarganya yang mula mengeluh perlahan.
"Haiiishh. . Geram nya aku. .asal lah budak sengal tu ada kt rumah aku"
Sepanjang perjalanannya ke taman, bermacam-macam bermain difikirkannya, malam itu merupakan majlis perkahwinan lucas dan athy namun Min tidak mahu menghadirinya,
"Buat apa aku nak hadir ke majlis yang bukan majlis aku" ujarnya perlahan..
Namun.....malam itu...
"Yah! tak nak lah!!!"
"Hey! cepat bersiap!!"
"No!!!"
"Kim Yaemin Shii!!!!"
Heika dan Min mula bertengkar dengan kedegilan Min yang tak memberi kerjasama kepadanya.
"Kau cakap kau nak balas dendam kan!...kau kena lah pergi sendiri tengok majlis tu"
"Noo..aku tak nak..."
"Apa kena dengan kau ni!"
"Aku cakap aku tak nak! aku tak nak lah! asal kau tak faham bahasa ni!!!"
"Dengar sini , aku nak kau pakai baju ni, aku tunggu kat luar! sekarang!!" tegas kata-kata Heika dan Min pun menurutinya dan menukar bajunya, niatnya tadi tidak mau menghadiri majlis itu dan hanya duduk di rumah menonton wayang netflix.
"Sejuknya.... " bisiknya lagi ketika keluar dari rumah dengan hanya memakai cardigan berbulu satu set dengan gown yang heika bawa.
"Nah ni topeng untuk majlis tu."
Memandangkan tema dia maskered wedding,semua orang menggunakan topeng berhias pada malam itu. Min duduk di sebelah Heika dan bermasam muka.
"Macam mana kau buat dia hadir?" bisik Hae dan Heika hanya tergelak kecil.
"Aku paksa dia.." jawab Heika dan kakinya ditendang oleh Min
'Siap kau' Min memberi signal kepada Heika dan Hae yang bersubahat.
Majlis dimulakan dan ketika klip video prewedding di pertontonkan ketika itu ada sebuah klip video tentang apa yang Athy pernah lakukan.
Semua orang kelihatan shocked terutamanya Lucas yang ingat Athy itu sangat suci dan baik hati rupanya...perangainya mengalahkan setan yang menyetankan.
"Athy apa semua ni!" jerit Lucas
"Tak..tak tu bukan Athy,..." Athy mula tertunduk menangis, punah harapan perkahwinan idamannya.
Min mula tersenyum perlahan dan menuju ke arah Athy dan Lucas.
mata mula tertumpu ke arah mereka.
"well well well.."
"let see who truly she is, she told others about all the things that i had said to her, but look at her now, her secret already exposed,"
"well..Athy, thanks for this show.. and look at you..you really enjoy in that video...hahaha" Min mula menuangkan air wine yang dihidangkan kepadanya yang tidak diteguk itu ke pada Athy.
Walaupun Lucas menghalangnya Min turut menampar Lucas
"Kau pun sama Lucas!"
Segala rahsia gelap mereka mula dipertontonkan kepada umum, keluarga mereka berasa sangat marah dan kesal.
Min terus keluar dari dewan dengan perasaan yang sangat happy kerana memenangi perang sahabat bersama Lucas itu.
Senyuman mula terukis dibibir seseorang yang memerhatikan tingkah laku Min di majlis tersebut
"itu lah balasan yang kau dapat Lucas, sebab sakit kan hati kawan kau sendiri, Kau juga Athy, tak pernah sedar diri...ahhh leganya dapat kembali"
"Yo Lucy! asal kau berdiri kat situ makan lah dulu" pelawa Heika namun Lucias menolaknya dan Heika faham kenapa.. dan signal goodluck diberikan kepada Lucias.
Min berjalan di taman berdekatan dan mula duduk di bangku taman tersebut lalu bersandar perlahan-lahan dan memejamkan matanya.
Seketika itu sajli mula turun dengan perlahan-lahan menyentuh pipinya dengan lembut.
"Huh? Salji di Christmas eve? " perlahan-lahan dia membuka matanya.
Wah.... cantiknya salji di malam xmas..
aku berasa sangat tenang dan lega, terima kasih kat Hae dan Heika sebab tolong exposedkan apa yang Athy dah buat selama ni..termasuk Lucas juga.
sekarang korang rasakan lah segala dosa- dosa yang korang sendiri pernah lakukan selama ini
Min pun berdiri dan melihat butiran salji yang jatuh di tapak tangannya..
Matanya mula berkaca-kaca setelah memandang seseorang yang berdiri dihadapannya,
Seluruh badannya mula kaku tak berganjak, jantungnya mula berdegup dengan kencang seperti mana dengan perasaannya ketika bersama dia selama ini..
Wajah namja di hadapannya itu ditatap perlahan dan namja itu mula tersenyum kearahnya. Senyuman yang sudah lama tidak kelihatan itu amat dirindui olehnya, rambutnya yang pendek itu hampir membuatkan Min tidak mengenalinya..
"Lucy... "
Dengan tangisan di dalam salji yang turun, Min berlari memeluk lucias yang ketika itu mencarinya talkala tahu yang dia keluar setelah apa yang berlaku di majlis tersebut.
"Hey.... Kenapa ni Yae? okay ke? "
"Lucy... Ingatkan aku dah tak boleh jumpa kau.. "
"Apa kau cakap ni.. Hurm... " wajah Min direnungnya perlahan, air mata Min dikesatkan dan mata mereka mula bertentangan. Seketika itu umpama masa telah berhenti,dan hanya mereka sahaja yang berada di situ.
"kenapa kau kat sini, bukannya kat dewan? " tanya Lucias lagi namun Min hanya berdiamkan diri.. Lucias tahu dia masih berasa marah tentang apa yang pernah berlaku kepadanya.
"Arraseo... Aku faham,"
"jom aku bawa kau ke satu tempat..kau mesti rasa sangat marah kan?, Heika dah ceritakan semuanya kepada aku.. " ujar Lucias perlahan dan mengajak Min ke satu tempat.
"Gi mana? "
"Adalah... Jom.. "
Min keletihan setelah berjalan hampir 30 minit ke kawasan yang Lucias ingin tunjukkan kepadanya..dengan baju gown yang labuh itu mula menyukarkan perjalanannya
"Cepat lah dah nak jam 12 ni.. Nanti terlepas pula.. "
"Ye lah ye lah.. Sabar lah... " Min mendengus kerana desakan Lucias yang berulang-ulang itu.
"Ish kau ni lambat lah" ujar Lucias dan mula mendukung Min dengan braidstyle.
"Asal kau makin berat eh?"
"eee kau kan!..Hurm.." Min mendengus perlahan dan Lucias mula tergelak dengan gelagat Min ketika itu.
"Comel"
Wajah min mula merah padam dengan apa yang Lucias katakan.
"Arghhh finally sampai pun ke puncak. "
"Kau ni kan lu..cy..." Min belum habis cakap lagi kerana pemandangan yang sangat cantik itu
"Lucy... Asal bawa aku ke sini.. " Min hampir tak percaya mampu menyaksikan sebuah tempat yang menarik pada musim sejuk itu, sebuah pokok yang masih berbunga walaupun pada musim sejuk.
"Tada.... Happy birthday Yaemin shii" ujar Lucias dengan gembira dan membuka dakapannya untuk Min.
"Ahhh gomawoyo! " jerit Min dan memeluk erat Lucias.
"Ada satu lagi hadiah... " bisik Lucias
dan dalam kiraan 1,2,3...
Pertunjukan bunga api pun berlangsung...
pemandangan di atas bukit itu sangat cantik sehinggakan tak terkata indahnya.
"Wah cantiknya... " teruja Min melihat bunga api tersebut..
"Nampaknya xmas kau tahun ni kau dah tak sendiri lagi Yaemin.. "
"Yeah... Ikr... Thank you Lucias, for everything.." ujar Min dan bersandar di bahu Lucias.
Lucias tersenyum dan mengengam erat jari jemari Min.
"Merry xmas yae-shii" bisik Lucias perlahan..
"Merry xmas too.. Lucy shii. " ujar Min dan memandang ke arah Lucias dan tersenyum, mungkin itu lah senyuman yang paling bahagia yang pernah Lucias nampak.
Dengan gengaman erat persahabatan mereka,Christmas tanpa pasangan kekasih pun boleh menjadi sebuah kenangan yang amat indah untuk dikongsikan bersama, mahupun sebagai teman atau keluarga
Seperti yang dikatakan, ketika Christmas eve dituruni salji, mungkin anda akan berjumpa dengan pasangan hidup anda.
'Salji yang turun ditiup angin itu, seperti cinta ku kepada mu, jika kau menyukainya, ketika aku menyukaimu, siapa lah yang akan memahami perasaan ku?..'
"Hey Lucy... Kau ada cakap kan.. Sebelum kau pergi latihan khidmat tentera tu,Kau cakap, pasal ruang di hati aku masa ni.. " ujar Min yang ketika itu didukung di belakang Lucias turun dari bukit spirit itu kerana kaki Min melecet kerana heels yang dipakainya.
"Yeah. Aku ingat kenapa? "
"Lucias Castillo..I love you" bisik Min perlahan,
Muka Lucias kemerahan ketika itu,
"Yah..asal kau diam!"
"Haha Aigoo yae shii...ingatkan aku nak luahkan dulu tadi.."
"Ala aku hanya jawab confess kau masa tu...di taman.."
"So kau tak tidur lah ehh? hmm..hmm..eeee" Min mula melarikan diri dari Lucias ketika mereka sampai di bawah bukit.
"Hahaha..ala jangan lah"
"Yah Kim Yaemin-shii!"
"Huh?"
"Aku nak confess dekat kau dengan betul" Jerit Lucias dan mula melutut dengan satu kaki.
"Kim Yaemin, Aku nak cakap.. Aku suka kan kau, aku sayang kan kau, aku cintakan kau,"
"pada awalnya aku mungkin tak faham, tentang apa yang aku rasakan ini, tapi aku nak kau tahu aku betul-betul cintakan kau Yae, sudikah kau, jadi suri hati dan bertahta dalam hati ini" Lucias mula melamar Min dengan cincin permata yang berwarna kebiruan umpama mata Min sendiri.
"Yes! i Do!" Jeritnya Min yang mula berasa terharu dan terus memeluk Lucias.
Satu lagi pertunjukkan bunga api khas dari Heika dan Hae yang turut berada di situ bersama dengan keluarga dan kawan-kawannya,iaitu Rin dan Ren.
"Kim Yaemin , I Love You " Lucias mengucup perlahan dahi Min dan menyarungkan Cincin di jari manisnya
"I Love you too Lucy..."
3 perkataan, 9 huruf, 1 makna yang mampu membuatkan seseorang berasa bahagia, tersenyum sampai ke telinga..
'Senyuman yang terukis dibibirmu, kini hanya aku yang mampu membuatkan dirimu tersenyum, tiada lagi kesedihan dan kegusaran di hati mu, kini perasaanmu seperti bunga-bunga yang mekar hanya di hatiku'- Lucias Catillo,White Xmas Again
One Shot FF, White Xmas Again
~THE END~
Hi hi guys.. Sepatutnya author update ni time xmas eve tapi author busy sangat and author update time xmas je. Itu pun dah nak hbis dah xmas. Tapi tu lah author unpublish balik sebab author tak puas hati dengan jalan cerita dia. selalunya memang perlukan 2-3 days untuk author buat 1 chapter, mustahil nak siap dalam masa 24 hour.
One shot ni author dah buat time 24 haribulan tu tapi tu lah 25 haribulan busy pula..haish apa boleh buat lah kan..so now i already publish balik..
So apa-apa pun i hope u guys enjoy. Tpi tu lah... Nak buat moment happy dan sweet antara yaemin dan lucias.. Korang tahu lah nanti kenapa xmas special ni macam banyak kepada lucias bukannya lucas. Ada sebab eh..Bukan saja saja je author buat siri white xmas ni ttg second male lead bukannya male lead.
Merry xmas... And happy new year.
See u guys later.. Love you muahh.