¶¶ÒõÉçÇø

Deadly Duo

By EsmerayNilsine

3.9K 601 135

"Kau takut mati?" soal San, memandang langit yang tiada sinar matahari. "Aku takut hidup." "Kenapa?" "Cara ak... More

Bab 1 🕊ï¸
Bab 2 🕊ï¸
Bab 3 🕊ï¸
Bab 4 🕊ï¸
Bab 5 🕊ï¸
Bab 6 🕊ï¸
Bab 7 🕊ï¸
Bab 8 🕊ï¸
Bab 9 🕊ï¸
Bab 10 🕊ï¸
Bab 11 🕊ï¸
Bab 12 🕊ï¸
Bab 13 🕊ï¸
Bab 14 🕊ï¸
Bab 16 🕊ï¸
Bab 17 🕊ï¸
Bab 18 🕊ï¸
Bab 19 🕊ï¸
Bab 20 🕊ï¸
Bab 21 🕊ï¸
Bab 22 🕊ï¸
Bab 23 🕊ï¸
Bab 24 🕊ï¸

Bab 15 🕊ï¸

158 26 6
By EsmerayNilsine

🪶🪶🪶

  San kini berdiri di hadapan rumah agam yang tersergam mewah di atas tanah luas ini. Lebih mewah daripada rumah Lyn. Lyn dari tadi tak lepas memegang tangan San, dia sejujurnya takut. Dia nampak bendera jelas terkibar di kawasan rumah ini.

  "Oh ada tetamu rupanya!" laung seseorang yang memegang bendera berlogo Ateez itu, dia duduk di atas pokok.

  San turut mendongak memandang manusia itu. Lyn makin erat pegang tangan San. Dia tahu benar ini kawasan rumah siapa. San dah ceritakan kepada dia tadi. Kenapalah Wooyoung dan Yeosang tak ada sekali, kalau tidak bolehlah dia rasa selamat sikit.

  Hanya dia dan San di sini. Kalau San kena belasah teruk, siapa yang nak tolong nanti? Lyn tahu saja berlawan, cuma dia tak adalah hebat mana. Kalau sepuluh orang kepung dia, arwah dia dibuatnya.

  "Jongho." nama itu disebut San, serentak lelaki di atas pokok itu melompat turun.

  Buah epal dibaling kepada San, cekap San sambut. Jongho melangkah mendekati San, dia pandang Lyn dengan pandangan tajam. Lyn telan air liur.

  "Berani kau jejak kaki? Nasib baik aku yang nampak. Pergi balik." arah Jongho.

  "Jongho.."

  "Kau bukan sebahagian daripada kami lagi, bang. Kalau Hongjoong atau yang lain nampak kau, aku tak mampu nak tolong dah. Kau tahu kan Yunho marah betul dengan kau, Hongjoong pun sama. Baliklah.."

  "Aku perlukan pertolongan, Jongho. Tolonglah.."

  "Pertolongan apa lagi yang kau perlukan?!" San tersentak mendengar suara kuat itu menyergah dia.

  Jongho mengeluh, buah epal di tangan San itu dirampas, dibelah dua dengan tangannya sendiri. Membulat mata Lyn melihatnya. Jongho berikan separuh epal itu kepada Lyn, separuh lagi dia makan.

  "Mingi.." San berair mata memandang Mingi yang mendekatinya.

  "Kau buat apa dekat sini? Lebih baik kau balik sebelum Yunho dan Hongjoong nampak kau."

  "Aku takkan balik, tolonglah.." San separuh merayu.

  Lyn hanya memerhati. Mingi tinggi orangnya, tatapannya mampu membunuh. Sikit senyuman pun tak ada, badan gagah perkasa. Wuish, kalau macam ni rupa, mahu jatuh cinta Lyn dibuatnya. Memang keturunan Ateez ni kacak belaka ke?

  San seorang pun dah mampu buat jantungnya bergetar hebat, ketampananan Yeosang dan Wooyoung tiada batas, kacak benar bak putera raja. Kali ini Jongho dan Mingi pula, tak kurang hebat mereka berdua ini. Dah macam pelakon pun ada.

  "Apa kau nak lagi?" soal Jongho selamba, epal di tangan Lyn tadi dia ambil.

  "Eh, buruk siku!" Lyn mencebik.

  "Suka hati akulah, buah aku." Jongho menjeling. "Umm.. tak sia-sia aku tanam." dia menikmati rasa epalnya tadi.

  "Kawan-kawan aku kena bunuh. Aku nak balas dendam."

  "Siapa kawan-kawan kau?" soal Mingi pula.

  "Lee Felix dan Han Jisung."

  "Eh? Itu bukan ahli perniagaan terkenal tu ke?" Jongho kerut dahi.

  "Kau berkawan dengan orang kaya ya sekarang?!" Mingi teruja, muka masam dia tadi berubah ceria.

  "Patutlah hati aku tak tenang. Ada lalat ceroboh masuk rupanya." suara itu membuatkan mereka berempat terkejut.

  Jongho mengeluh, geleng kepala. Mingi cepat-cepat mendekati pemilik suara itu. Lyn perhatikan keadaan, lelaki itu diekori 5 orang pengawal yang memakai pakaian formal belaka. Seorang lagi lelaki berpakaian biasa saja, berdiri di sebelah kanan pemilik suara itu. Si pemilik suara itu juga mengenakan pakaian biasa saja, hanya jaket kulit hitam beserta seluar jeans.

    "Adikku, Choi San.." sambung pemilik suara itu lagi. 

    San tundukkan kepalanya sedikit, tanda hormat. Hongjoong melangkah mendekati San, dia pandang Lyn yang berdiri di sebelah San. Dia tersenyum sinis.

  "Dulu Yeosang dan Wooyoung beria-ia nak keluar dari sini sebab perempuan. Sekarang kau beria-ia nak masuk ke sini dengan perempuan? Kauorang bertiga memang tak dapat diramal." Hongjoong bersuara.

  "Aku perlukan pertolongan Ateez. Tolonglah terima aku semula." 

  "Terima kau semula?" Hongjoong tergelak kecil. "Terima kasih je lah atas permintaan tu. Aku malas nak terima."

  "Aku merayu.." San tolak perlahan tangan Lyn yang memegang tangannya.

  Dia melutut di hadapan Hongjoong, Lyn terkejut. Hongjoong keluarkan pistol, diacukan pistol itu ke kepala San dengan pandangan maut. Lyn cepat-cepat tarik tangan Hongjoong, membiarkan pistol itu diacukan tepat ke atas dahinya.

  "Kalau nak bunuh, bunuh aku." tekad Lyn, bersuara dengan berani.

  San membulatkan mata, cepat-cepat dia bangun dan tolak Lyn ke belakangnya. Dia berdiri di hadapan Lyn, menghadap Hongjoong. Hongjoong sekadar senyum, menyerahkan pistol itu kepada Yunho yang berdiri di belakangnya.

  "Kisah cinta apakah ini?" Hongjoong gelak sinis. "Aku dengar kau ke sini sebab nak balas dendam atas kematian kawan kau tu, apa namanya? Aku lupa.."

  "Lee Felix dan Han Jisung. Felix abang aku." Lyn yang bersuara.

  "Owh.. Felix tu. Dia ada adik?" Hongjoong angkat sebelah kening memandang Lyn.

  "Panjang cerita dia.." San mencelah.

  "Encik kenal ke abang saya?" Lyn soal, sedikit curiga apabila Hongjoong nampak seperti kenal betul dengan Felix.

  "Dia ada datang sebelum dia kemalangan. Dia minta perlindungan daripada kami, tapi aku tolak. Aku tak suka nak ada kaitan dengan orang kaya macam tu."

  Lyn tunduk. "Jadi Felix tahu Lisa akan bunuh dia bila-bila masa. Mesti ada sesuatu jadi antara mereka berdua." duga Lyn.

  Hongjoong buat muka menyampah. Dia malas nak dengar. 

  "Balik sebelum aku tembak kauorang berdua. Mati katak dekat sini nanti." ugut Hongjoong.

  Sebenarnya nak saja dia peluk San, rindu rasanya. Tapi dia nak tengok sejauh mana San bersungguh-sungguh nakkan keluarga ini kembali. 

  "Bang, tolonglah.." rayu San lagi. "Aku tak tahu nak minta tolong siapa. Musuh kami bukan sebarang orang. Tolonglah.."

  "Diam!" sergah Hongjoong, maka terdiamlah San. "Dulu kauorang cakap apa? Kau nak hidup sendiri kan? Tanpa perlindungan dari aku! Betapa tak kenang budi!" 

  Lyn tersentak mendengar amarah Hongjoong. Dia pegang tangan San semula, San nampak kecewa. 

  "Tak apa, kita baliklah. Jom.." ajak Lyn perlahan.

  "Tak nak, Lyn. Bukan kau je nak balas dendam untuk Felix dan Han, aku pun nak balas dendam untuk Wooyoung." San berdegil, yang lain hanya pasang telinga mendengar perbualan mereka.

   "Kita boleh buat tanpa perlindungan mereka. Kita fikir cara lain. Jom balik.." pujuk Lyn.

  "Kenapa Wooyoung terlibat sama ni?" Jongho bersuara, penat dia diam.

  "Orang sama yang bunuh abang saya dan Han, adalah orang sama yang buat abang Wooyoung tak boleh jalan sampai sekarang." adu Lyn.

  "Wooyoung tak boleh jalan?!" Yunho terkejut besar.

  "Tak apalah. Nampaknya kehadiran aku memang tak nak diterima. Maaf mengganggu keluarga ni. Aku balik dulu. Lyn, jom." tangan Lyn ditarik San, keluar dari situ.

  Hongjoong senyum sinis memandang San dan Lyn yang dah melangkah pergi. Jongho mendekati Hongjoong dengan riak wajah risau.

  "Apa jadi dekat Wooyoung, bang?!" Jongho menyoal gelabah.

  "Hanya mereka berdua tu yang tahu." balas Hongjoong, senyuman dia hilang. "Yunho, Mingi."

  "Ya!"

  "Aku nak kauorang perhatikan San dan perempuan tu. Jongho! Perhatikan Wooyoung dan Yeosang. Bawa orang kita sama."

  "Baik!"

🪶🪶🪶

Kediaman Yeosang dan Wooyoung 

  San termenung. Dia dengar gelak tawa Lyn, Seungmin, I.N dan Yeosang yang galak bermain bola di halaman rumah. Wooyoung juga senyum. Dah banyak yang berubah, San dah berjaya kembalikan gelak tawa tiga beradik itu.

  "Apa yang kau risau, San?" soal Wooyoung, tak pandang wajah San. "Aku tengok Seungmin dan I.N tu elok je. Dengar kata mereka sendiri dah beli rumah dekat Sydey sana. Lyn pula kan masih dibawah jagaan kau. Atau kau risau pasal lain ni?"

  "Aku tak risau pasal budak berdua tu. Aku tahu diaorang pandai jaga diri. Tapi Lyn yang aku risaukan walau dia di bawah jagaan aku."

  "Cuba kau cerita dekat aku ni."

  "Aku jumpa Hongjoong tadi."

  "Apa?!" Wooyoung jelas terkejut. "Kau masih hidup lepas jumpa dia?!"

  "Nyaris mati."

  "Kau ni dah gila ke San? Kita yang pergi, suka-suka nak balik. Memang cari mati." Wooyoung geleng kepala.

  "Aku terpaksa. Lyn tu nak ambil alih syarikat Felix. Kau rasa kalau kita tak ada perlindungan, kita boleh ke hidup selesa? Tak! Bila Lisa tahu Lyn masih hidup, macam-macam dia buat nanti. Aku pasti Lisa ada connection juga dengan underground world. Sebab tu dia berani bunuh orang sana sini."

  "Ada betul kata kau tu. Aku pun rasa macam tu. Lisa ni macam berani sangat nak buat apa-apa. Padahal dia tu perempuan biasa je kalau nak diikutkan. Mesti ada geng yang jaga dia."

  "Kau rasa geng mana?"

  "Entahlah. Tapi kalau Ateez setuju nak jaga Lyn, kita tak perlu takut lagi dah. Kau tahu kan kepimpinan Hongjoong tu macam mana?" Wooyoung senyum sinis, bangga sebenarnya.

  San angguk. Ateez memang berpengaruh besar, malahan ahli politik pun sangat sedar dengan kewujudan mereka. Susah untuk menjatuhkan Ateez, terlampau banyak orang berpengaruh yang melindungi mereka.

  "Tapi masalahnya diaorang tak nak. Aku fahamlah, kita yang suka-suka pergi kan?"

  Wooyoung angguk setuju. "Aku dan Yeosang ada, boleh tolong kau jaga Lyn. Kita kan bekas mafia juga, kau dah lupa?"

  "Macam mana kau nak jaga? Kau nak berjalan pun tak boleh."

  "Eh kau jangan tak tahu.. aku sebenarnya dah jumpa doktor untuk tolong aku berjalan semula!"

  "Apa?! Jadi kau bukan tak boleh berjalan untuk selama-lamanya?!"

  "Humm, aku tipu. Sebab aku broken sangat dengan Lisa. Tapi sekarang aku rasa aku kena sembuh. Aku nak tolong Lyn."

  San senyum, angguk. "Akhirnya, aku tak perlu risau sangat. Iyalah, kau kan fighter terkuat antara kita selepas Jongho tu."

  "Oh mestilah~" 

  "Dasar.."

  "Aduh abang ni main tipulah!" mereka terganggu dengan suara I.N.

  "Entah! Mana ada orang main bola pakai tangan!" tambah Lyn.

  I.N dan Lyn satu kumpulan, manakala Seungmin dan Yeosang satu kumpulan. Agak-agak Seungmin tu nak main dengan jujur ke? Memang taklah pak abu. Eh pak abu siapa aku mention ni? Tak apalah.

  "Aku kan special!" 

  "Abang Yeosang pun samalah! Mana boleh pakai tangan!"

  "Eh kau kena tahu, I.N. Aku ni kan ayam jadian, kaki aku larat cakar tanah je. Tendang bola tak larat. Nanti aku yang kena tendang." Yeosang bersuara.

  "Abang ingat I.N bodoh ke?" -_-

  "Entah, alasan abang tu tak masuk akal." Seungmin mencebik.

  "Hey engkau tu team aku tau!" 

  "Kalau semua nak main pakai tangan, kita main bola jaring lah!" cadang Lyn.

  "Jaring celah mana adikku yang bingai? Kita main bola pun, tiang goal guna selipar je." Yeosang geleng kepala.

  "Sini cepat, abang San masuk team I.N." San muncul dengan bersemangat.

  Maka perlawanan pun bermula, 2 lawan 3. Wooyoung tak tahan gelak bila tengok Yeosang dan Seungmin yang bergaduh sesama sendiri. Mana tidaknya, berebut nak sepak bola padahal mereka tu team yang sama.

  "Abang ni tepilah!" marah Seungmin. 

  "Kau jagalah goal tu."

  "Abang tu lemah, tadi abang juga cakap abang tu ayam jadian. Abang pernah tengok ke ayam main bola?" 

  "Kau pernah nampak bangku main bola?"

   "Siapa yang bangku?"

  "Kaulah. Kaki bangku." Yeosang rampas bola, menjelir lidah.

   Seungmin geleng kepala. Kalau tak silap dia Yeosang ni lebih tua daripada dia. Tapi nampak macam dia yang lebih tua daripada Yeosang.

  "Goal!!!" Yeosang melompat girang. "Kau nampak tak Seungmin?! Nasib baik kau team aku."

  "Itu goal kau sendiri, bahenol!" kepala Yeosang ditunjual San.

  "Apa?!!!"

  "Worry sometime sometime." Seungmin geleng kepala.

🪶🪶🪶

  Hongjoong senyum tengok rakaman video yang Jongho rakam. Tak sia-sia dia hantar Jongho untuk tengok-tengokkan Wooyoung dan Yeosang. Video itu hanyalah video rakaman mereka bermain bola sepak di laman rumah. 

  "Tengok apa, Joong?" Seonghwa bersuara, berdiri di belakang Hongjoong. "Itu Yeosang ke? Ish, ish, ish. Tak berubah perangai." Seonghwa ketawa kecil.

  "Itulah. Woo seorang je tak main." 

  "Kesian Woo. Siapalah yang buat dia sampai jadi macam tu. Aku dengar San datang sini dengan perempuan. Kenapa kau halau? Perempuan tu ke yang datang dengan dia tadi?" Seonghwa tunjuk skrin telefon Hongjoong.

  "Umm, perempuan inilah. Aku dengar San panggil dia Lyn."

  "Kenapa dia datang?"

  "Nak balik ke keluarga kita. Dia nak perlindungan kita."

  "Perlindungan? Maksudnya mereka dalam bahaya? Kenapa kau halau, Joong?! Adik-adik kita mungkin perlukan kita."

  "Aku halau pun, aku dah hantar budak bertiga tu pergi tengokkan. Kau jangan risau sangatlah. Aku cuma nak tengok, sekuat mana San, Wooyoung dan Yeosang tu boleh jaga budak perempuan tu. Aku nampak macam budak perempuan tu penting pada mereka."

  "Aku pun nampak.."

  "Nampak apa?"

  "Nampak mereka bahagia. Kau tengok senyuman tu. Lega hati aku."

  Hongjoong senyum. Ya, mereka nampak bahagia bersama. Tapi apa yang mereka pendam dan simpan sampai San merayu meminta perlindungan Hongjoong?

Continue Reading

You'll Also Like

616 211 16
"Nyata mahupun ilusi, pandangan kau?" © ARLEADANIAL 2020
3.9K 363 29
" aduh ! selipar siapa pula yang hinggap atas muka aku ni ! " " alamak , mati lah kita nakk ! " completed, (fetus writing!) 2021, © feenarsha
24K 2.5K 35
Ò‚à§² stray.kids fanfic : âAku masih tak tahu kenapa korang culik aku!âž -Y/N âSebab darah kau sedap...âž -SKZ START : 14 Jan 2021 END : 17 Apr 2021
2K 438 37
on track • hwang hyunjin & lee minho (leeknow) • hwang hyunjin X lee minho X lee taerin "even a fool knows this , you're the best thing I've got" ✿✿...