HAYKAEL : HER CROWN

By Onlymeira

250K 5.1K 100

(COMPLETED) "Every pain gives a lesson.." "And every lesson changes a person." ⚜️⚜️⚜️ { 𝙽𝚎𝚍𝚒𝚗𝚊 × 𝙰𝚝𝚒... More

𝐇𝐀𝐘𝐊𝐀𝐄𝐋
𝐁𝐚𝐛 𝟐
𝐁𝐚𝐛 𝟑
𝐁𝐚𝐛 𝟒 || 𝐓𝐡𝐫𝐨𝐰𝐛𝐚𝐜𝐤
𝐁𝐚𝐛 𝟓
𝐁𝐚𝐛 𝟔
𝐁𝐚𝐛 𝟕
𝐁𝐚𝐛 𝟖
𝐁𝐚𝐛 𝟗
𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟎
𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟏
𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟐
𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟑
𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟒
𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟓
𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟔
𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟕
𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟖
𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟗
𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟎
𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟏
𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟐
𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟑
𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟒
𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟓
𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟔
𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟕
𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟖 || 𝐓𝐡𝐫𝐨𝐰𝐛𝐚𝐜𝐤
𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟗
𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟎
𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟏
𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟐
𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟑
𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟒
𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟓
𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟔
𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟕
𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟖
𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟗
𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟎
𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟏 || 𝐓𝐡𝐫𝐨𝐰𝐛𝐚𝐜𝐤
𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟐
𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟑
𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟒
𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟓
𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟔
𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟕
𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟖
𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟗
𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟎
𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟏
𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟐
𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟑
𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟒
𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟓
𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟔
𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟕
𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟖
𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟗
𝐁𝐚𝐛 𝟔𝟎
𝐁𝐚𝐛 𝟔𝟏
𝐁𝐚𝐛 𝟔𝟐
𝐁𝐚𝐛 𝟔𝟑
𝐁𝐚𝐛 𝟔𝟒
𝐁𝐚𝐛 𝟔𝟓
𝐄𝐩𝐢𝐥𝐨𝐠
Announcement

𝐁𝐚𝐛 𝟏

7.8K 138 4
By Onlymeira

Dentuman muzik yang kuat dan nyaring sungguh membuatkan para pengunjung yang berada di sana mudah hanyut. Tambah pula dengan beberapa orang perempuan menari di atas pentas dengan lenggokan tubuh yang lentik serta sungguh mengaibkan.

Masing-masing terkinja-kinja tanpa memikirkan batasan pergaulan apatahlagi mengenai aurat. Dalam kesibukan dan kekacauan di dalam kelab malam itu, hanya dia sahaja yang duduk tanpa menghiraukan  keadaan sekeliling.

Nedina Hayfa.

Sambil memeluk tubuh serta kaki disilangkan, Nedina memerhati setiap seorang manusia yang sedang bersuka-ria itu. Ada yang duduk di tempat tersembunyi. Mahu melayankan nafsu membara. Ada yang meneguk air kencing syaitan sehingga termuntah.

Menjijikkan

Nedina menghela nafas panjang. Fikirannya melayang memikirkan peristiwa petang tadi. Hatinya meluat. Semakin benci. Semakin bernanah hatinya.



"Nedina, saya minta maaf... Sebab saya, awak dan ibu awak.."

"Hey perempuan! Sejak bila ibu aku mengandungkan kau?! Sedar diri kau dekat mana!"tengking Nedina kuat tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Saya minta maaf sebab angkara saya, awak dan Puan Hanim bergaduh"

Nedina tersenyum sinis. Selangkah demi selangkah dia mendekati gadis polos berbaju kurung serta bertudung bawal itu.

"Perempuan macam kau ni, sikit pun aku tak percaya. Luaran nampak suci, wangi. Ini, dalam hati ni. Hitam! Busuk!!"

Dengan sengaja tubuh gadis itu ditolak oleh Nedina kuat sehingga suasana menjadi semakin hening. Kekacauan disekeliling mereka bertukar sunyi sepi. Semua melihat ke arah mereka berdua.

"Ya Allah! Nedina Hayfa! Stop! Orang tengok tak malu ke?!"

Puan Hanim keluar dari dalam pejabat selepas sahaja dia mendengar jeritan nyaring milik anak perempuannya, Nedina.

"Apa yang kamu buat ni?! Orkid okay, sayang?"

Orkid tersenyum kelat. Saat Hanim mahu tunduk menolongnya pantas Orkid berdiri dan menolak dengan lembut huluran wanita berusia itu. Dia tidak mahu menambahkan lagi api kemarahan Nedina.

"Memang! Memang Ned tak malu kalau setakat nak ajar betina sundal ni!!"

Hanim memejam mata buat beberapa detik. Anak daranya seorang ini terlalu brutal dan agresif.

"Watch your mouth, Ned"kata Hanim dengan suara yang ditahan. Panas wajahnya menahan malu ditengah-tengah keramaian ini.

"Ibu selalu pertahankan perempuan ni! Tapi kenapa ibu tak pernah nak pertahankan Ned?!"luah Nedina.

Orkid diam melihat pertengkaran antara dua beranak ini. Dia sendiri mati kutu bagaimana mahu menenangkan Nedina.

"Betina ni tak layak.."

Pang!

"Ibu Hanim!"



Masih terasa pijar pipi kirinya ditampar ibunya, Hanim. Ia bukan pertama kali. Nedina sudah lali. Bosan. Malah tamparan itu membuatkan dia semakin benci akan gadis bernama Orkid itu.

"Babe! Kenapa kau tak join kami semua menari? Come!"

Ajakan rakannya dibiarkan sepi. Nedina masih beku duduk di tempatnya tanpa mengendahkan sesiapa yang datang menegur.

"No, thanks" jawab Nedina selamba. Mata dijeling sekilas ke arah mereka semua.

Ting!

Ting!

Bunyi notifikasi daripada telefon berjenama milik Nedina membuatkan dia mengalihkan pandangan ke arah gadjet itu. Mesej daripada rakannya dibaca satu persatu.

'Mana mu?' - Ayu

'Dah-dah lah tu menari serupa beruk makyeh. Mu balik. Now' - Ayu

Berkerut dahinya membaca pesanan ringkas itu. Ayu binti Zainab. Rakannya sejak dibangku sekolah lagi.

Hanya Ayu sahaja yang berani berkata begitu dengannya. Disebabkan Ayu anak kepada pengusaha restoran Tomyam di Kelantan, percakapannya sentiasa diselitkan loghat di negeri pantai timur.

Nedina membiarkan pesanan Ayu itu. Dia mencapai tas tangannya dan berjalan keluar dari kelab malam. Langkah kakinya longlai. Kepala juga pening akibat minuman beralkohol yang diteguknya tadi.

Buk!

"Auch!"

"Adoi!"

Hampir sahaja Nedina tersungkur ke belakang akibat perlanggaran kecil yang berlaku. Wajahnya bertambah beku. Siapa pula jalan pakai lutut ni?

"Buta ke?!"kata Nedina kasar.

"Sorry, I tak sengaja. You okay?"

Satu suara garau menyapa telinganya. Nedina mendongak melihat si gerangan. Susuk tubuh lelaki kemas berpakaian kasual.

"Tch, tepi!"tepis Nedina. Diendahkan lelaki yang cuba membantunya berdiri secara stabil itu. Rimas!

"Let me help you" kata lelaki itu lagi. Dia menunduk cuba mencari mata Nedina yang sedikit pun tidak menghiraukan pertolongannya.

"Yes, sure. Tolong berambus daripada pandangan aku"

Senafas sahaja Nedina mengucapkan kata-katanya sebelum dia mengorak langkah meninggalkan jejaka kacak itu.

"Simpan je lah pertolongan sampah kau tu"bisik Nedina. Perjalanannya diteruskan sehingga tiba di pekarangan tempat letak kereta.




⚜️⚜️⚜️



"Lambat sampai?"

Atiff mengambil tempat berhadapan rakannya, Ellzan selepas sahaja mereka berjabat tangan. Sempat matanya melihat ke arah perempuan yang sedang elok memeluk pinggang Ellzan itu.

"Ada accident sikit tadi"kata Atiff ringkas. Air coke diteguknya sedikit. Entah siapa punya. Ellzan atau mungkin perempuan bersama Ellzan ini.

"Accident?"

Melihat Ellzan seakan terpinga-pinga, Atiff menghela nafas panjang. Mahu cerita atau tidak?

Cerita jelah

"Tadi dekat parking lot. Aku terlanggar perempuan ni. Aku nak tolong, belagak. Kerek lebih"ujar Atiff. Sesekali tubuhnya menari mengikut rentak lagu di kelab malam ini.

"Kau terlanggar ke sengaja langgar?"soal Ellzan. Sinis. Melihat air muka Atiff itu bersahaja. Sengaja mahu mengenakan rakannya seorang ini.

"TER-langgar"kata Atiff. Ditekankan perkataan 'Ter' itu. Lama Atiff memandang perempuan disebelah Ellzan itu.

Mereka bertentang mata dan perempuan itu tersenyum. Manis. Atiff hanya membalas. Tidak manis dan tidak juga pahit. Nipis.

"Siapa ni?"soal Atiff. Tidak salah mengenali perempuan disebelah Ellzan ini kan?Walaupun setiap malam rakannya sering menukar teman tidur.

"Oh! Kenalkan Fasya. Fasya, ni kawan I. Atiff.."

"Atiff Mikael"pantas Fasya memintas kata-kata Ellzan. Tangan dihulurkan ingin berjabat tangan sambil itu dia tersenyum manis.

Atiff tersenyum sinis sebelum dia hanya mengangguk kepala sahaja. Tidak terasa mahu menyambut huluran itu. Ramai-ramai 'teman tidur' Ellzan, seorang pun tidak dia berkenan termasuk Fasya.

Dia mengaku dia bukan lelaki yang baik. Dia juga seperti Ellzan. Kaki kelab. Mereka berdua tidak mempunyai perbezaan malah rupa paras mereka juga kacak.

"Jantan tu memang macam tu, sayang. Biar je"kata Ellzan tenang kepada Fasya. Fasya memuncungkan bibirnya. Merengek.

Atiff menggeleng kepala perlahan. Gedik!

"Baby, I nak dance dulu. You nak ikut?"soal Fasya lembut.

"You pergi dulu. Nanti I ikut you dari belakang"kata Ellzan.

Fasya akur dan berlalu meninggalkan mereka berdua. Atiff tersandar melepaskan lelah selepas seharian bekerja.

"Macam mana dengan calon isteri yang Kak Aiya carikan untuk kau tu?"soal Ellzan. Sudah lama dia mahu bertanya tetapi belum ada waktu yang sesuai.

Tanpa sedar Atiff tersenyum. Dia tidak menafikan pilihan kakaknya, Aiya Marina sangat kena dengan citarasanya. Saat teringat kembali wajah cantik milik si calon isteri, jantung Atiff berdegup kencang.

"Sah tak betul kau ni. Aku tanya okay ke tak. Bukan suruh kau senyum macam orang gila"kata Ellzan. Tangan dilipatkan ke dada merenung rakan karibnya itu.

"Aku tak pernah rasa macam ni, bro. First time dalam hidup. Pilihan kak Aiya memang terbaik!"kata Atiff teruja.



"Saya..saya harap awak orang yang tepat"

Atiff merenung wajah gadis dihadapannya ini dengan senang hati dan lembut. Tatapan gadis pula sungguh membuatkan jantung tidak henti mengepam darah. Tutur katanya juga jelas dan lunak. Tidak, ini ke perasaan orang ingin berkahwin?

"Saya bukan orang tepat.."

Gadis dihadapan Atiff menunggu sambungan ayat lelaki itu. Sungguh menatap wajah Atiff membuatkan hati perempuannya rawan.

"Awak dan saya disatukan. Itu kita boleh namakan tepat"ujar Atiff sambil tersenyum bersahaja.

Melihat pipi gadis itu berona merah. Tidak semena-mena Atiff meletuskan tawanya.

"Awak malu ke?"soal Atiff

Geleng

"Kak Aiya cakap awak seorang yang pendiam dan tak banyak cakap. Tapi.."

Ayat tergantung gadis itu ditunggu sambil tangan ditongkat ke dahi. Sengaja melihat wajah cantik ini dengan lebih dekat.

"Tapi terbalik pula? Saya banyak cakap dan awak yang pemalu sekarang ni?" Atiff memintas laju. Semakin sakan dia mengenakan gadis polos ini.



Pertemuan bersama bakal isteri pilihan Aiya tempoh hari sentiasa berlayar diingatan seorang Atiff Mikael. Dia tidak mengharapkan apa-apa daripada gadis itu. Cukup sahaja rancangan untuk satukan mereka berjalan lancar.

"Siapa nama perempuan tu?"soal Ellzan. Segelas coke diminumnya menghilangkan rasa haus.

Pandangan mata Atiff beralih ke arah Ellzan. Menatap wajah rakannya seketika. Bukan mengingati nama gadis pujaan hatinya itu tetapi ingin menyebut nama saja, hati Atiff tidak keruan.

"Woi, nama calon isteri kau. Apa?"soal Ellzan sekali lagi.

"Orkid. Orkid Qaisara"

Continue Reading

You'll Also Like

72.8K 3.1K 63
[Karya Pertama adinda_bongsu] Eshal🌹 Tanpa kerelaan dia terpaksa memegang status janda pada awal usia mudanya kerana difitnah mencurangi suaminya se...
3.2M 37.2K 31
C O M P L E T E D Only available from Chapter 1 - 25; incomplete published in . Anak haram tidak salah, malah tidak membawa apa-apa kekejian...
269K 7.3K 62
*Read at your own risks* My first story. Still have something to be improved by me. And there are many flaws in my story. Sorry about that. Hopefully...
739K 23.6K 71
1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan...