Orkid melihat pantulan cermin yang berada dihadapannya. Rambut yang baru sahaja di dye warna orange itu ditenung lama. Seumur hidup dia tidak pernah dia mewarnakan rambut. Ini kali pertama dan pengalaman yang tidak pernah dia rasai.
Baru semalam dia mengambil keputusan untuk ke saloon berdekatan rumahnya dan dia pergi ke sana tanpa memakai tudung. Tudung yang selama ini dia sarungkan ke kepala kini dia buka dan dilempar jauh daripada pandangan mata.
"Cantik rambut"
Teguran suara garau dari luar bilik air menghentikan lamunan Orkid. Gadis itu memalingkan kepala memandang lelaki yang hanya bertuala itu.
Orkid diam tidak membalas. Bathrobe yang tersarung pada tubuh diketatkan dihadapan lelaki itu. Tanpa menghiraukan pandangan nakal yang dilemparkan buat dia.
"Just let him go. Dan kau akan bahagia"
Orkid mengendahkan kata-kata lelaki itu. Dia melangkah mahu keluar daripada bilik air tetapi dihalang oleh tubuh tegap dihadapannya ini.
"Qaril, please" Akhirnya, Orkid bersuara.
Qaril mencebik dan dia mengalah. Dia memberi laluan kepada Orkid lalu gadis itu melangkah ke arah katil.
"Aku terfikir apa akan terjadi if. If lah kan. Ibu tiri kau tahu yang sebenarnya kau.."
"Shut the fuck up"keras suara Orkid berkata. Wajahnya juga tegang malah secalit senyuman pun tiada diwajah cantik itu.
"Kenapa, Orkid? Kau pun bukan baik mana pun kan? Kalau baik, mana mungkin kau serah diri pada aku"
Qaril tersenyum kemenangan. Minda lelakinya masih teringat peristiwa-peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Segar difikirannya.
"It was a mistake"
Ya, memang benar apa yang terjadi antara Orkid dan Qaril tadi adalah kesalahan. Tidak sepatutnya dia menyerahkan diri dia semudah itu kepada lelaki ini. Apa yang berlaku itu semuanya bagaikan slow motion yang tidak mahu Orkid ingat kembali.
"Kau tak beri aku apa-apa explanation kenapa kau datang rumah aku. So, sekarang. Bagitahulah"
Qaril bersandar pada dinding sambil memeluk tubuh. Orkid menghela nafas berat. Terlalu banyak tujuan dia datang mencari Qaril kembali.
Setelah sekian lama mereka tidak bersua muka, baru hari ini dia memunculkan diri. Qaril juga tidak menghalang. Yalah, kawan baik datang melawat. Takkan nak halau.
"Kau tahu kan aku dengan Atiff dah putus tunang.."
"Lebih daripada tahu. Satu kelab malam kecoh cakap pasal Atiff dengan kakak tiri kau"
Orkid memejam mata. Kakak tiri? Euw
"Aku nak kau tolong aku"
Terjungkit kening Qaril mendengar. Hampir dia meletuskan tawa. Bantu gadis dihadapannya ini?
"Tolong kau hancurkan rumah tangga mereka? Buat Atiff dengan Nedina bercerai-berai? Atau bunuh kakak tiri kesayangan kau tu?" Hujung ayatnya itu membuatkan Qaril sendiri mengukirkan senyuman.
"Lebih daripada tu.."
Orkid berdiri mendekati ke arah balkoni bilik Qaril. Pemandangan laut dihadapannya ditatap kosong.
"Aku nak hancurkan semua keluarga mereka.."
"Mati perlahan-lahan depan mata aku, Qaril"
Qaril bungkam.
⚜️⚜️⚜️
"ATIFF MIKAEL!!"
Nyaring suara Nedina menjerit memanggil Atiff. Peluh tidak berhenti-henti menitis membasahi dahinya. Tangan dan kaki sudah menggigil menahan diri pada jambatan bergayut ini.
Beberapa meter ke depan Atiff mengekek ketawa. Perut ditekan menahan senak. Melihat wajah takut dan cuak Nedina membuatkan hati dia terhibur.
"I nak hidup lagi!! Atiff!" Kuat suara Nedina berkata.
Dia sudah mencangkung dihujung jambatan sambil kedua-dua belah tangan memeluk tali yang diikat pada tiang kayu.
"Hahahaha!"
Atiff masih menghabiskan sisa tawanya. Air mata yang mengalir diseka kasar.
Aduh, lawak!
"Sinilah cepat! I tunggu"
Atiff berada ditengah-tengah jambatan manakala Nedina masih berada dihujung sana. Sengaja dia meninggalkan gadis itu seorang diri. Mahu tengok seberapa berani isterinya ini.
"Macam mana I nak jalan?! Jambatan ni bergoyang!!"
Saat angin mula datang, semakin kuat jambatan kayu itu bergoyang malah bertambah kuat goncangan apabila Atiff sengaja melompat-lompat kecil.
"Atiff!!!" Seokta suara Nedina menjerit. Hampir terkeluar anak tekak.
"Okay okay!"
Atiff berhenti. Dia berjalan mendekati Nedina yang sudah berpeluh-peluh itu. Kesiannya.
"You memang nak I mati ke?!"jerkah Nedina saat merasakan tangannya digenggam oleh Atiff.
"Hahahaha. I was joking, Ned"kata Atiff dengan sisa tawanya.
Tangan Nedina ditarik mengikut langkahnya menelusuri jambatan tergantung ini bersama-sama. Sesekali kepala dijengahkan mahu melihat kedudukan ketinggian mereka berada ketika ini.
Cukup tinggi.
"Nanti balik I tak nak lalu jambatan ni" Pinggang Atiff dipeluk sebelah tangan. Merapatkan kedudukan mereka yang sudah ke tengah jambatan.
"Habis you nak terjun? Jalan ni lah pergi dan balik Nedina oi"
Menggeleng kepala Atiff melihat tingkah Nedina itu.
"Kalau I tahu, I tak ikut you! Sepatutnya I ikut je Ayu pergi kelas menjahit!"
Atiff menahan senyum. Kelas menjahit?
"You nak buat apa pergi kelas menjahit?"
Nedina mengeluh panjang.
"Daripada I duduk rumah weekend ni tak buat apa. Why not I join Ayu? Sekurang-kurangnya I tambah ilmu. Besides, I memang selalu pun masuk kelas menjahit tu"terang Nedina.
Setibanya di hujung jambatan. Nedina melompat kecil sambil tangan masih utuh memeluk pinggang Atiff. Nafas lega dihembusnya.
Alhamdulillah, panjang umur lagi
"This weekend you spend time dengan I. Lagipun kita jarang keluar berdua"
Atiff dan Nedina sama-sama berjalan menuju ke arah tangga yang berdekatan. Tujuan mereka hanya satu. Mahu melihat keindahan alam daripada atas bukit.
"Betullah tu. You sibuk main snooker dengan Ellzan lah. Tak pun pergi keluar lepak malam-malam. Tinggal I seorang. Huh"
Dalam sedar, Nedina sudah meluahkan perasaannya. Sunyi? Tidak juga. Kesepian mungkin.
"My bad. Lepas ni I luangkan masa dengan you pula"pujuk Atiff.
Kepala Nedina yang dibaluti selendang itu diusap sejenak.
"Jangan main tudung I! Rosak nanti"marah Nedina. Tangan mencubit pinggang Atiff.
Pelukan pada pinggang lelaki itu dileraikan. Selendang nude nya itu
"Ouch! Sakitlah!" Kesan cubitan Nedina digosok perlahan.
"Berani kacau tudung I"
"I usap kepala you pun kena cubit ke? Anti-romantic"
Nedina menjeling sekilas. Kaki melangkah laju menuju ke tempat yang mahu dituju. Atiff dibelakang dihiraukan.
Dup dap dup dap
"Sabar hati. Jangan buat perangai"desis Nedina seorang diri.
Entah mengapa seakan ada sesuatu yang telah menjentik hati dia. Sesuatu yang membuatkan perutnya berasa sebu sehingga ke wajah.
Rasa suka
TBC