抖阴社区

AFFAN_ADRA | In Editing

By MissHumairah27

617K 23.5K 555

Affan Adry x Afaf Adra 'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azha... More

Pengenalan
Two broken souls, still fighting
Can't resist her.
A glance that says everything.
A father's love never fades
Even in sadness, we find strength.
Fate comes in unexpected forms.
In the chaos, love finds its way.
Silent love. Loud prayers
The scent and smile felt familiar.
The hardest part is seeing their pain.
Sometimes, the heart knows first.
Part 11
In silence, we find the truth.
Part 13
Part 14
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
It will always be you.
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Part 60
Part 61
Part 62
Part 63
Part 64
Part 65
Part 66
Part 67
Part 68
Part 69
Part 70
Part 71
Part 72
Part 73
Part74
Part 75
Part 76
Part 77
Part 78
Sweet confession
Part 79
Part 80
Part 81
Part 82
Part 83
Part 84
Part 85
Part 86
Sometimes, the hardest thing is to let go of the past.
Love and faith guided them, united in the hereafter.
Sometimes, faith is all we need.
I trust Allah to soften your heart
Love, but let Allah lead.

Part 15

6.9K 302 8
By MissHumairah27


Selesai Affan mengimamkan solat isyak dan bersalaman dengan jemaah masjid, dia tidak terus keluar. Sebaliknya langkah kaki dibawa ke arah rak-rak yang menempatkan al-quran dan kitab-kitab pengajian lama. Matanya meliar di setiap al-quran yang tersusun cantik itu. Bibir mengoyak senyuman nipis saat Al-quran berkulit coklat gelap itu menyapa pandangan. Salah satu Al-quran yang agak lama dan agak lusuh itu jugalah yang dia suka. Al-quran terjemahan itu dicapai serta rehal lalu dia duduk bersila di situ.

'Ya Allah, Sesungguhnya aku mengagumi dan mencintai salah seorang hambaMu. Andai dia memang ditakdirkan untukku, kau permudahkanlah. Aku ingin menikahinya untuk sempurnakan agamaMu.'

Bisik hati Affan.

setiap kali dia hatinya tenggelam dengan rasa ragu, doa itu sudah menjadi rutinnya sejak memutuskan untuk melamar Afaf Adra. Di masjid inilah dia menghabiskan masa, mencari ketenangan sebelum dia pulang ke rumah. Hanya di sini, bersama al-Quran yang menjadi peneman setianya, dia mampu menenangkan  kembali perasaan yang berkecamuk.

"Ril, kamu pergi teman Affan." Pakcik Hassan yang sedari tadi memerhati kelakuan Affan, berpusing semula dan menepuk bahu Khairil yang membontotinya.

Kedua pasang mata terarah ke arah Affan yang sedang berteleku di hujung sana. Sesekali lelaki itu tunduk merenung Al-quran di tangan, terkadang lelaki itu jauh termenung.

"Tapi, abah macam mana?" Khairil tahu Affan selalu menghabiskan masa di sini.
Sejak pertemuan Affan dengan gadis itu, itulah rutin harian Affan.

Memandangkan Pakcik Hassan merupakan ajk masjid dan bertanggungjawab untuk menutup masjid ini. Jadi merekalah yang akan menunggu sehingga lelaki itu keluar. Paling kurang pun dalam 20 minit.

"Takpa. Abah tunggu. Rasanya Affan perlukan teman." Pakcik Hassan mengukir senyuman lembut. Hati tuanya yakin ada sesuatu yang menggangu anak muda itu.

Pakcik Hassan berlalu dan Khairil pula menapak ke arah Affan.

"Fan, kau okay?" Tegur Khairil sebaik saja dia melihat Affan telah selesai membaca al-quran. Affan angkat muka dan Khairil mengambil tempat di depan Affan. Duduk dibetulkan.

"Hmmm...."

Mendengar keluhan berat yang keluar dari mulut Affan tahulah dia ada sesuatu yang menganggu fikiran Affan.

"Kau nak berkongsi dengan aku?" soal Khairil, cuba mendalami perasaan sahabatnya itu.

Affan tidak berkata apa-apa. Hanya duduk merenung ke dalam Al-Quran yang ada di tangannya. Seseekali bibirnya berbisik. Tetapi tidak jelas kata-katanya. Khairil, yang sudah lama mengenali Affan, tahu bahawa sahabatnya itu bukan mudah untuk berkongsi masalah. Khairil hanya lihat perlakuan Affan. Jarang sekali dia hendak melihat sisi Affan. Lelaki itu nampak serabut.

"Aku... Aku meminang Afaf, Ril." Akhirnya, Affan membuka mulut, namun suara itu terdengar lemah, seolah-olah dia takut untuk menyuarakan perasaannya.

Khairil terkejut, matanya terbeliak seketika. "Siapa tu Affan?" soal Khairil dengan nada naka, cuba untuk melawak. Namun, dia jelas tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarnya.

Affan hanya memandangnya dengan wajah serius. "Afaf Adra. Anak makcik Hajar."

Khairil terdiam sejenak, matanya berkelip-kelip, hampir tidak percaya. "Eh, betul ke? Afaf Adra?" dia menyoal lagi, seolah tidak yakin dengan apa yang baru didengarnya.

Affan menahan nafas seketika sebelum mengulang dengan nada yang lebih tegas. "Afaf Adra, Khairil. Anak makcik Hajar." Wajahnya serius, seakan menekankan setiap perkataan yang keluar dari mulutnya.

Khairil terkedu. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberikan respons. Ini terlalu mengejutkan baginya.

"Kau yakin dengan keputusan ni? Tak rasa ke terlalu cepat?" Soal Khairil, wajahnya penuh dengan tanda tanya. Sungguh, dia tidak faham dengan apa yang sedang berlaku dalam pemikiran Affan. Sejak pertemuan pertama dengan Afaf, Khairil sendiri merasa agak keliru melihat keputusan Affan untuk melamar gadis itu.

"Atau kau sekadar nak tutup mulut makcik bawang yang menghina Afaf?" Soal Khairil lagi, kali ini lebih serius. Dia ingin tahu apa yang sebenarnya menggerakkan Affan untuk membuat keputusan begitu cepat. Bukankah Affan baru saja mengenali Afaf? Apa yang membuatkan Affan begitu yakin dengan langkah besar ini?

Khairil tahu benar akan sejarah hidup Afaf. Gadis itu sering menjadi bahan ejekan, dihina kerana penampilannya yang dianggap berbeza dari perempuan-perempuan lain. Tubuhnya sedikit berisi, dan gaya pemakaiannya yang sederhana sering kali disalah anggap. Ramai yang memanggilnya dengan gelaran yang menyakitkan, seperti 'makcik-makcik' kerana tidak mengikuti trend yang ada. Semua itu, Khairil tahu, memberi kesan mendalam kepada Afaf.

Afaf itu nampak luaran ceria, dalam hati tiada siapa yang tahu. Dia cuma risau akan niat Affan. Adakah Affan benar-benar mencintai Afaf, atau adakah ini sekadar sebuah keputusan untuk membuktikan sesuatu kepada orang lain?

Affan mengeluh panjang. "Mulut orang memang kita tak boleh tutup. Sampai masa dia penat, dia berhentilah bercakap."

Khairil terdiam, menyerap kata-kata Affan. "Betul juga." Dia mengangguk perlahan.

Namun, ada persoalan yang terus berlegar di minda Khairil. Dia masih menanti jawapan Affan, berharap ada penjelasan yang lebih jelas mengapa Affan memilih untuk bertindak begitu cepat.

Bibir Affan mengoyak senyuman tipis. Disuakan Al-quran itu ke arah Khairil. Khairil beriak hairan namun disambut juga huluran Affan.

Khairil membaca isi ayat Al-quran dan terjemahan itu.

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

(Surah Ar-Rum, ayat 21)

Melihat wajah Khairil yang seolah-olah tidak memahami, Affan ambik semula Al-quran itu dari tangan Khairil. Dia tutup kembali al-quran.

"Ril, aku bukan hanya cintakan dia semata. Tapi, aku nak lengkapkan sebahagian dari diri aku. Aku pun tak sempurna pun Ril. Tapi, aku cuba. Kita ni ketua keluarga. Menjadi tugas kita untuk bimbing seorang perempuan. Sekuat mana pun seorang perempuan itu, dia tetap memerlukan seseorang untuk untuk bimbing dia, sayang dia dan cintakan dia sepenuh hati. Salah pilih perempuan tidak apa, Ril. Kita masih boleh bentuk dia. Tapi, salah pilih suami hancur rumah tangga." Jelas Affan.

"Bukankah DIA ciptakan kita untuk berkasih sayang dan saling bersenang hati dengan pasangan kita?"

"Isteri yang baik hasilnya dari didikan suami juga. Sudah terang lagi bersuluh Allah dah jelaskan dalam Al-quran. Semua persoalan akan terjawab dalam Al-quran juga."

Khairil hanya mengangguk. Dalam diam bersetuju dengan pendapat Affan.

"Tapi, kan Fan.."

"Ril, kalau aku cakap ni kau jangan gelak pulak! Err... Kau tahu tak macam mana nak mengorat perempuan?" Tanpa sedar, soalan itu terlepas dari bibir  Affan yang jela sekali kelihatan dalam keadaan bingung. Otaknya ligat berfikir. Dia sendiri pun tak tahu bagaimana untuk mengorat Afaf.

Khairil yang mendengar, terdiam seketika. Terasa ada gelak tawa yang hampir terkeluar, tetapi dia menahan diri. Rasa ingin tertawa pun ada, namun melihat betapa desperate-nya Affan, dia hanya mampu mendiamkan diri.

"Seriuslah, Fan. Kau takde idea langsung?" Khairil akhirnya bersuara, cuba menenangkan suasana yang agak janggal itu.

Affan menggaru kepalanya yang tidak gatal, kelihatan semakin bingung. "Entahlah, Ril... aku rasa tak tahu nak mula macam mana." Suara Affan semakin perlahan. Khairil mengangguk, sedikit faham dengan keadaan sahabatnya. Dia tahu, Affan memang bukan jenis yang mudah terbuka, apatah lagi dalam soal perasaan. 

Khairil menggaru kening yang tidak gatal. "Aikk, kena reject ke ustaz Affan? Siapa yang rejet kau? Budak pendek tu ke?"

"Hmmm..." Affan hanya mengeluarkan suara kecil, wajahnya kelihatan kosong, seperti tidak tertarik dengan gurauan Khairil. Bahunya terkulai, seolah-olah lelah dengan segala yang bermain dalam fikirannya. Dia tunduk menekur lantai, berulang kali hembus nafas berat

Khairil hanya menunggu bicara Affan.

"Bila kau hantar rombongan meminang dekat dia?" Khairil bertanya, cuba mengubah topik.

Lambat-lambat Affan mengangkat dua jari. Wajah tidak berperasaan ditayang.

"2 bulan?"

Affan menggeleng. "2 minggu?"

Affan angguk.

Pakk

"Sakitlah gi..." Affan gosok bahu dia yang terasa pedih.

"Aipsss, ustaz Affan tak baik mencarut. " Khairil angkat jari telunjuk sambil digoyang-goyang depan Affan. Lelaki itu menepis kasar.

"Baru dua minggu. Tapi muka macam tempoyak basi." Kutukan Khairil menerima jelingan Affan.

"Kau agak-agaklah dia nak terima secepat itu. Bagilah masa lagi. Perempuan pun kena buat pilihan yang tepat juga."

Khairil hanya menggeleng saja. Berkenaan dengan tips mengorat itupun dia tahu Affan hanya melawak. Mana mungkin lelaki itu nak mengorat anak dara orang.

"Aku tak tahu Ril. Walaupun baru 2 minggu aku rasa macam bertahun tunggu." Ujar Affan lagi.

Khairil diam seketika. Kalau dia adalah seorang perempuan memiliki Affan sebagai sosok suami itu menguntungkan. Ciri-ciri yang Affan ada memang idaman para gadis.

Affan seorang lelaki yang hampir sempurna. Susahnya nak kekalkan hubungan tanpa bercinta. Lelaki seperti Affan memang susah nak mendekati perempuan. Fikirnya, mungkin Afaf masih belum memberi jawapan kerana Affan bukanlah seorang lelaki yang akan bercatting untuk bertanya lebih lanjut. Perempuan mestilah dia hendak bertanya dengan tuan badan itu sendiri.

"Tapi, Fan..." Khairil berhenti sejenak saat dia memikirkan sesuatu. Affan hanya menanti bicara Khairil.

"Perempuan yang kau selamatkan 6 tahun lepas tu macam mana? Kau dah mengalah dengan dia sejak jumpa Afaf? Kau dah jumpa pengganti dia?" soalan Khairil bertubi-tubi, membangkitkan sedikit rasa pelik di hatinya.

"Dialah tuu..." Affan mengumam perlahan, suaranya serak.

Khairil tergamam. "Hah? Seriuslah Fan? Kau jangan main-main." Tidak percaya dengan kenyataan yang baru dilontarkan oleh Affan.

"Nampak macam muka aku main-main ke?" Affan mengerutkan dahinya. Wajahnya kembali keruh

Khairil menggeleng, semakin keliru. "Kau ni ada split personality ke? Sekejap okay, sekejap tidak," gurau Khairil nak hilang rasa canggung.

Suasana sunyi seketika. Affan dengan dunia sendiri. Khairil pula hanya menanti. Namun dia melihat tubuh Affan terhenjut sedikit seolah-olah menahan tangis. Lelaki itu tunduk sambil memegang erat Al-quran di tangan.

"Ril..." Mengendur bahu Khairil bila Affan tiba-tiba jatuhkan dahi ke bahunya.

"Berdosa  ke aku terlalu cintakan dia sedangkan aku tahu dia bukan milik aku? Aku mahukan dia, Ril. Demi Allah aku cintakan dia. Tolong aku Ril. Tolong aku. Perlu ke aku mengalah andai nama dia yang aku langitkan selama ini bukan ditakdirkan untuk aku?" suara Affan bergetar, seperti dia benar-benar sedang berperang dengan perasaan sendiri.

Khairil terdiam, seakan tidak tahu apa yang harus dijawab. Sungguh, dia tidak pernah melihat Affan seputus asa 

Enam tahun dia hanya menunggu tanpa tahu keberadaan gadis itu. Hatinya bagaikan mati rasa untuk dibuka kepada perempuan lain. Bukan tidak ada yang menghulurkan salam perkenalan, namun dia sendiri yang menolak.

Bukankah yang hadirkan rasa cinta itu adalah DIA? Namun, di saat dia mencuba untuk melupakan, perasaan itu semakin hari semakin bercambah. Hari demi hari. Bahkan bertahun rasa itu kian mencengkam jiwanya.

Khairil tergamam saat bahunya terasa basah. Takkanlah Affan...?

"Aku penat Ril nak berjuang.."

"Aku hampir mengalah..."

"Enam tahun Ril..." Lirih suara Affan.

Affan menarik nafas dalam-dalam, bibirnya bergetar sedikit "Aku nampak dengan mata aku sendiri dia hampir mati. Lelaki itu Ril, dia....dia cuba bunuh Afaf...."

Affan diam seketika.

Affan seakan kehilangan kata-kata, seketika dia membisu. Hanya bunyi nafasnya yang terdengar "Dia cekik Afaf. Afaf masa itu teruk sangat. Dia hampir tak bernyawa masa aku selamatkan dia. Aku nampak darah banyak sangat. Aku ingatkan aku takkan jumpa dia lagi.."

Suara Affan bergetar, seolah-olah dia cuba menyembunyikan kesedihan yang terlalu dalam

"Kau nak tahu tak Ril?"

"Dia jugalah salah seorang mangsa yang kami terlanggar  enam tahun lepas." Luah Affan lagi penuh penyesalan yang menyesakkan dada.

Membungkam Khairil di situ juga. Sungguh, dia tidak langsung mengetahui kenyataan itu. Dia cuma tahu yang Affan menyelamatkan seseorang tanpa dia tahu seseorang itu adalah Afaf.

Dan lebih mengejutkan kemalangan itulah asbab pertama kali pertemuan mereka.

Patutlah dia lihat Affan seperti lain setiap kali lelaki itu berjumpa dengan Afaf.

Khairil membiarkan saja. Pertama kali dia lihat Affan serapuh begini. Tidak disangka setenang-tenang lelaki itu, dia menyimpan terlalu banyak rasa.

Dia bukannya pandai sangat nak bagi nasihat, bukan kerja dia. Tapi, dia mengaku dia pernah berada di situasi Affan. Mencintai dalam diam dan hanya mampu melihat dari jauh. Dan wanita itu adalah Ardina kakak Afaf. Tiada siapa yang tahu waima Affan sekalipun. Tidak perlu dia buka pekung di dada. Lagipun, wanita itu sudah tiada.

"Pada mulanya memang aku terkilan. Aku rasa bersalah sangat kami penyebab Afaf hilang keluarga, tapi.."

"Demi Allah, Ril. Aku terlalu sayang dan cintakan dia."

Rasa cinta yang semakin menggebu dan terlalu dalam. Hanya kepada DIA Affan meletakkan sepenuh harapan. Andai wanita itu masih ragu dengan dia, bagaimana lagi dia ingin menyakinkan sedangkan dia sendiri juga buntu untuk memulakan?

Continue Reading

You'll Also Like

38.9K 130 6
饾悜饾悶饾惀饾悶饾悮饾惉饾悶: 饾煆饾煏 饾悓饾悶饾悽 Amaran: Kandungan dalam novel ini adalah untuk bacaan matang sahaja. Mengandungi unsur seksual, bahasa tidak sopan, dan t...
2.8M 85.2K 48
1st story 鈾ワ笍 Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
32.1K 1.3K 18
'From the start, fate had already written our names side by side.' 鈥⑩⑩⑩⑩ Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi ba...
32.2K 2.3K 32
Althaf Dailami - Seorang anggota PASKAU yang bernaung di bawah TUDM. Tegas dan komited dalam melaksanakan tugas. Siapa sangka, tugasnya menyebabkan d...