Affan duduk bersila di atas lantai kayu sambil menongkat dagu di atas tilam. Anak rambut Afaf yang menutup wajah itu diselitkan di belakang telinga. Naik lenguh bibir dia tersenyum dari tadi. Wajah isterinya yang masih diulit lena dipandang tidak lepas.
"Sayang, tak baik tidur lepas subuh. Rezeki susah nak masuk."
Bukan dia tidak melarang, tapi kata Afaf dia masih penat dengan kenduri semalam.
"Nakal budak kecik ni kacau abang semalam, ya?"
Affan cuit hidung Afaf lembut. Setiap kali rutin dia begitulah. Sudah terbiasa meniti panggilan 'abang' itupun dalam keadaaan isterinya itu lena. Terkadang tanpa sedar terlepas juga. Nak buat macam mana dia sendiri yang menetapkan rules sehingga Afaf bersedia untuk memanggilnya dengan panggilan 'abang'. Sekarang, dia macam lapar perhatian dan seolah-olah menagih panggilan itu dari Afaf pula.
Tergeleng kecil Affan dengan perangai sendiri.
Sedangkan hari pertama menjadi suami isteri pun, banyak rules yang dia sendiri langgar tanpa sedar. Penyebabnya inilah, gadis comel lagi cantik si Afaf Adra binti Mohd Azhar.
"Ayang bucuk masam abang.."
"6 tahun abang tunggu awak, sayang. Jumpa Adra semula dalam masa 3 bulan dan terus meminang Adra dalam masa 2 minggu. Kita tunang dalam masa 2 bulan. Pejam celik dah dekat setahun perkahwinan kita, sayang."
"Tapi, sayang... janganlah selalu usik Affan. Awak tahu tak Affan ni mudah cair dengan perangai awak?" Tak sedar tangan naik memicit pipi Afaf. Geram.
"Sakitlah.." Afaf menguman kecil. Tangan naik menepis tangan Affan.
Membulat besar mata Affan. "Minta maaf, sayang. Tak sengaja." Affan kembali menarik nafas lega apabila Afaf kembali menarik bantal peluk.
Affan mengemam bibir rapat. Tangan beralih menepuk bahu Afaf semula apabila merasakan lena isteri sedikit terganggu. Janganlah Afaf terjaga pula. Mana dia nak sorokkan muka kalau perbuatan dia terkantoi.
"Hmmm, tak apalah ayang. Affan pasrah dah ni."
Namun, sejak akhir-akhir ini makin menjadi-jadi pula usikkan Afaf. Makin tidak keruan hati dia apabila bibir itu sering meniti perkataan 'abang'. Sengaja dia mengabaikan kerana dia tahu Afaf pun saja nak mengacau dia. Sedikit lagi, rasanya benteng pertahanan yang dia bina itu akan runtuh gamaknya.
Level of benteng pertahanan seorang Affan Adry bin Mohd Fathi :
Pertemuan pertama - 100%
Pertemuan kedua - 99.01%
Pertemuan ketiga - 88.01%
Pertemuan keempat - 70.01%
Pertemuan kelima - 60.01%
Pertemuan keenam - 85.01%
Fasa bertunang - 50.00%
Off market - 30.00%
Baki - 0.10%
Dihentam dengan ombak yang kuat lagi ganas, mana mungkin benteng tidak akan roboh.
"Ya Allah, moga hari ini tiada lagi yang merasuk kesayangan abang."
Tidak mahu mengganggu lena isteri, Affan bangun. Pagi ini seperti biasa ada kerja yang perlu dia buat. Kerja yang dia telah lama tinggalkan. Rindu nak hirup udara segar di pasar dan mendengar herok pikuk pasar pagi. Nak bau hanyir ikan dan bergelumang dengan peluh dalam mencari rezeki halal. Rindu nak bergaul dengan orang kampung. Walaupun dia seorang barista merangkap bos di cafe miliknya, dia masih rindu nak turun padang meniaga di pasar. Lagipun, ada Khairil yang menjaga cafenya.
Pintu almari dibuka perlahan tidak mahu mengejutkan Afaf. Ditarik sehelai baju thirst lusuh bewarna grey dan seluar tracksuit. Setelah pakaian berganti, dia bergerak semula ke arah Afaf. Tubuh direndahkan sedikit dan ubun-ubun isteri dicium lembut.
"Doakan Affan, sayang. Affan pergi dulu isteri cantik kesayangan Affan."
Tangan Afaf naik menutup mata sebaik saja dia rasa bahang panas matahari memasuki celahan tingkat. Tubuh mengeliat kecil dan mata ditenyeh perlahan. Pandangan ditebarkan ke seluruh bilik. Kosong. Tidak ada kelibat Affan. Tangan meraba tempat tidur di sebelah. Tercelik luas matanya apabila tersentuh sesuatu. Segera dia bangkit dari baringan. Bibir mengoyak senyuman tipis. Bunga plastik serta satu sticky note yang diikat bersama menyapa kornea mata.
Afaf merungkai ikatan yang terlilit di batang bunga tersebut. Sticky note itu dibuka.
Kesayangan tidur lena sangat. Tak sampai hati Affan nak kejut. Btw, Affan ada masakkan mee goreng untuk Adra. Nanti makan, ya?
Selalu Affan akan kejutkan dia untuk sarapan sekali. Ini lain pula, adakah Affan mengelak dari dia disebabkan semalam? Teringatkan itu, Afaf kemam bibir rapat. Wajah ditutup sambil mengoyangkan tubuh kiri dan kanan. Affan malu nak menghadap muka dia rupanya.
"Comel gila suami Adra pakai baju pengantin warna pink."
"Rawrr..."
Itu yang Afaf bisik semalam di telinga Affan. Patutlah lelaki itu tidak cakap banyak dengan dia pagi tadi. Tersedar sesuatu Afaf segera mencapai telefon pintar di sisi katil. Membuntang matanya melihat masa yang tertera di gajet itu. Pukul 9 pagi. Buru-buru dia bangun. Katil dikemaskan.
Dia terlajak tidur. Ini kampung Afaf. Bukannya rumah sendiri. Afaf tepuk dahi. Rambutnya yang paras pinggang itu dipusing sebelum disanggul dengan pengepit rambut. Tubuh dibawa ke arah meja solek. Pakaian ditubuh diteliti sehingga perbuatan itu terhenti apabila dia perasan ada satu sticky note yang dilekatkan di cermin meja solek.
"Affan pernah berangan nak culik Adra sebab Adra ni comel sangat macam ayam katik. Eeeee, tak sangka dapat jugak!
Membuntang mata Afaf. Affan ni kalau sehari tak buat perangai pelik memang bukan dialah. Suka hati panggil Afaf 'katik'.
Afaf mencabut sticky note itu dan laci meja solek dibuka. Sekali lagi matanya disapa dengan satu lagi sticky note bewarna kuning.
"Pergi ke pasar membeli betik, Perghhh comel gilaa kesayangan patik"
Afaf rasa darah meyerbu ke muka. Affan memang kalau dah masuk mood mengorat, memang another level punya perangai.
Ayat-ayat manis memang jarang nak keluar dari bibir Affan.
"Pergi ke kedai membeli Lada,
Terjumpa pula dengan makcik Leha,
Seperti cinta Majnun untuk Layla,
Begitulah cinta Affan untuk Adra.
Berkerut kening Afaf. Manalah Affan belajar pantun pula.
Baru selangkah nak keluar dari bilik, Afaf terpaku. Segera dia membalikkan tubuh semula menghadap cermin meja solek, baru Afaf perasan ada kesan merah di leher. Segera tudung sarung dicapai dan disarungkan.
Semalam Affan dah ajak dia tidur dekat ruang tamu sebab dia mengadu panas tetapi dia yang degil. Bila dah naik ruam merah dekat leher barulah nak ikut cakap suami.
Langkah dibawa ke arah dapur sebaik saja kedengaran suara riuh di sana. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga tersebut. Kelihatan Nek Minah, Puan Aida dan Puan Hajar sedang menyediakan bahan memasak untuk makan tengah hari nanti.
Sempat mata memerhati sekeliling mencari kelibat Tok Aki dan Affan. Anggun juga tidak kelihatan. Berkerut kening Afaf. Hendak bertanya segan pula. Nanti apa pula kata mereka sampai suami sendiri keluar pun tidak tahu.
"Affan pergi pasar, dia meniaga ikan tolong Tok Aki kamu. Anggun macam biasalah sibuk jugak nak ikut." Suara Nek Minah memecah kesunyian apabila dia terlihat Afaf seperti mencari sesuatu. Setelah itu, dia menyambung semula kerja yang tergendala tadi.
"Nek, ibu, umi, Afaf minta maaf terlajak tidur." Afaf segera menghampiri 3 figura yang sedang bersembang di meja makan itu. Rasa serba salah tidak membantu mereka menyediakan sarapan.
"Eh, tak apalah. Affan dah bagitahu kami tadi. Biasalah penat semalam, kan?" Seloroh Puan Aida. Bibir menyimpan senyuman melihat penampilan Afaf pagi ini. Afaf pula masih termangu-manggu menghadam bicara Puan Aida.
Puan Hajar yang jadi pemerhati hanya mampu menggeleng kepala. "Ida, Afaf tu baru bangun tidur. Dia memang lambat pickup sikit berkaitan itu."
Afaf menggaru kening yang tidak gatal.
"Sini, dekat ibu. Affan ada masakkan mee goreng untuk adik." Segera Afaf melabuhkan duduk di samping mereka bertiga. Bibir tersenyum kecil melihat mee goreng kosong yang sudah siap dengan telur mata separuh masak. Tidak tunggu lama Afaf menyuap mee goreng ke dalam mulut. Tidak sedar tiga pasang mata memandang dia tidak lepas.
Nek Minah menghentikan kerjanya. Cucu menantunya itu dipandang lagi. Rasa tidak puas melihat. Pendek, comel, putih gebu sungguh mengalahkan cucu sulungnya yang tinggi macam galah itu dan warna kulit juga kontra. Kalau diserkup, memang hilang budak tu terus. Cucu dia yang seorang itu taste bukan main lagi, ya.
Nanti dia dapat cicit macam taik cicak.
Pertama kali melihat Afaf, senang hati tuanya menerima. Lagipun, dia tidak kisah sangat mengenai paras rupa. Cukup sedap mata memandang pun tidak apa. Namun jauh di sudut hati, rasa serba salah juga dengan Afaf. Beberapa hari ini memang orang kampung sibuk mencanang mulut sana sini dengan pilihan Affan. Tetapi, tidak lama bila semalam Affan mula bersuara mempertahankan Afaf. Semua kecut perut mendengar balasan dari Affan. Mereka berani sebab Affan berdiam diri. Bila kena sound sekali, tahu pulak nak berdiam diri.
"Kamu kenapa pakai tudung ni Afaf? Bukan ada sesiapa pun." Tegur Nek Minah. Dia baru perasan Afaf memakai tudung sedangkan di dalam rumah hanya ada mereka berempat. Namun, tidak lama Nek Minah terkekeh kecil. Tahu sangat dah.
Terhenti suapan Afaf. Terasa darah menyerbu ke muka. Hangat dan panas. Tangan naik mengibas wajah. Nak diterangkan pun tidak tahu bagaimana.