ถถา๕ษ็ว๘

๐Œ๐ซ๐ฌ. ๐ƒ๐ž๐ง๐ข๐ณ๐ณ

By MrHazReyz

1.1M 48.1K 1.5K

[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐ซ๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž + ๐€๐œ๐ญ๐ข๐จ๐งโ˜…... More

Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Main Character's
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82 (End)
โ™ก Special Chapter I โ™ก

โ™ก Special Chapter II โ™ก

16.2K 578 37
By MrHazReyz

     IRENE mengusap kepala Denizz yang berada di atas ribanya. Mereka berdua sedang menonton televisyen di ruang tamu. Segala kelengkapan raya telah pun disiapkan dengan lebih awal, hari ini mereka relaks saja melayan drama cinta. 

     Anak-anak masih tidur selepas penat bermain bersama Evan di luar rumah. Sebagai ibu, sakit juga hatinya melihat baju dan seluar Darviez dan Darqiez dipenuhi lumpur serta tanah. Tapi apakan daya, Evan tetap berdegil hendak membawa mereka berdua bermain di kebun yang terletak di belakang mansion walaupun telah berpuluh kali dilarang Denizz. Lelaki itu memang tidak makan saman.

     Matanya masih melekat pada kaca televisyen, tangan kanannya sahaja yang bergerak mengusap rambut Denizz tanpa dia sedar akan sepasang mata bewarna hijau gelap itu sedang merenungnya dari bawah. Denizz bertindak mencuit dagu Irene, meminta perhatian.

     "Ya abang, nak apa?" soal Irene. Matanya membalas renungan Denizz.

     "Nak kiss sikit." Denizz memejamkan matanya menunggu ciuman dari Irene.

     "Jangan nak merepek, bulan puasa ni abang."

     "Merepek apa pulaknya sayang? Kalau sayang tak nak, sini biar abang yang kiss." Denizz bangun dari pembaringannya sebelum dia mengucup bertalu-talu pipi Irene membuatkan dahi gadis itu berkerut-kerut menerima ciuman Denizz.

     Ciuman itu terhenti setelah terdengar suara-suara sumbang dari belakang mereka.

     "Aku rasa mata aku dah mula kabur dan hampir buta..." kata Evan sambil menutup kedua-dua belah matanya.

     "Aku pulak rasa macam nak kahwin esok je, alahai manis potong kaki ni," ujar Danyeal pula bersama senyuman lebar membayangkan dia bersama isterinya melakukan hal seperti itu.

     Tetapi senyumannya mati secara tiba-tiba apabila teringatkan bahawa dirinya tidak mempunyai calon untuk bernikah.

     "Nanti kau nak ikut aku pergi cari bakal isteri tak?" soal Danyeal kepada Evan.

     "Eh tak naklah. Jodoh aku dari langit belum sampai bumi lagi. Kau patut tanya Haraz, aku tengok dia tu makin tak terurus, serabai semacam je sejak akhir-akhir ni..." bisik Evan.

     "Kau nak berbuka dengan kaki aku ke hari ni?" soal Haraz.

     Evan menggeleng laju bersama riak tidak bersalah. 

     "Aku rasa betullah tu kena ajak dia cari calon..." bisik Danyeal kepada Evan sebelum mereka berdua melepaskan tawa masing-masing. 

     Darviez berusaha ingin menanggalkan baju melayu di tubuhnya namun baju itu seperti terlekat atau mungkin tersekat? Dia masih tidak berpuas hati melihat warna merah jambu itu tersarung pada tubuhnya.

     "Viez nak warna hijau macam Zio Evan!" jerit budak itu seorang diri.

     "Tukarlah dedi! Bolehlah... Viez nak tukar!" Dia menjerit pada Denizz yang sedang melangkah ke arah lif.

     "Banyak songeh betul budak ni. Mak dengan anak sama je. Bila tegur sikit, huh tiba-tiba semua salah aku..." omel Denizz.

     "Apa awak cakap?" soal Irene di belakangnya.

     "Eh mana ada abang cakap apa-apa, sayang salah dengar ni atau penyakit sayang dah kembali? Kita pergi check up nanti, nak?" Denizz cepat-cepat menukar topik.

     "Abang... Irene nak mintak maaf sebab selalu menyusahkan abang. Sejak dari hari kita bernikah lagi. Irene tak ada niat pun nak sakitkan hati abang..." Irene mengucup belakang tapak tangan Denizz. 

     "Abang maa..." Ayat Denizz dipotong Darviez. Ish budak ni.

     "Ammy! Viez tak nak pakai baju ni ammy! Viez nak tukar!" jerit Darviez sambil menarik baju Irene.

     Irene melutut lalu memegang kedua-dua belah bahu kecil milik anak sulungnya. Cerewet sungguh budak seorang ini. Ikut perangai siapalah.

     "Viez kena pakai jugak atau Viez nak mummy menangis hari ni? Kesian mummy tau, penat-penat mummy ukur baju ni untuk Viez." Irene memujuk lembut anak sulungnya. 

     "Tapi... Viez tak nampak comel hm... Viez nak jadi comel macam Zio Evan..." Darviez menjebik.

     "Anak daddy dengan mummy semuanya comellah. Tengok Qiez tu, kan handsome pakai warna sama dengan Viez. Tak percaya? Pergi tanya Zio Evan dekat bawah..." pujuk Denizz pula.

     "Jom Qiez!" Darviez terus menarik lengan Darqiez menuju ke arah lif. Memang gempaklah tiga tahun dah pandai naik lif.

     "Bila abang nak mintak maaf dengan Irene?" soal Irene secara tiba-tiba.

     "Abang ada buat salah ke?" Denizz menunding ke arah wajahnya sendiri. 

     "Abang fikir Irene pekak ke? Irene dengar tau abang cakap Irene banyak songeh tadi. Geram nak puk macam ni, ni, dengan ni..." Irene memukul dada suaminya sebanyak tiga kali.

     "Iye iye abang mintak maaf, sayang. Abang cuma nak bergurau sikit dengan sayang tadi. Maafkan abang okey? Abang janji abang akan buat lagi lepas ni." Denizz tersenyum menayangkan giginya. 

     "Cubalah buat lagi, tumbuk karang!" Irene menunjuk penumbuknya.

     "Eleh penumbuk kecik comel macam ni, Mimi pun jeling je."

     "Mengada betul abang ni. Oh ya, abang ada satu lagi hutang dengan Irene. Jangan buat-buat lupa ya..." 

     "Hutang apa pulak?" Denizz mengerutkan dahinya.

     "Pasal adik abang..."

     "Huh?" Semakin berkerut dahi Denizz cuba menghadam setiap ayat Irene namun ingatannya tentang hal itu telah hilang.

     "Pasal De..." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Denizz memotong.

     "Oh pasal tu, nanti-nantilah abang cerita. Yang lain mesti tengah tunggu tu. Jom kita bermaaf-maafan dulu." Denizz terus menarik lengan Irene menuju ke lif.

     "Kau! Mintak maaf dengan aku cepat!" Edward membalas renungan biasa Haraz.

     "Tak nak." Haraz menggeleng kecil.

     "Tapi kau yang paling banyak buat dosa dekat aku setan!" Edward bengang melihat riak biasa itu. Lelaki itu tiada rasa bersalah walaupun sedikit ke huh?

     "Paling banyak? Kau mengintai budak-budak ni mandi tak berdosa ke?" soal Haraz sinis.

     "Mentang-mentanglah aku ni jaga cctv, sesuka hati kau je nak main tuduh aku macam tu. Kau fikir aku tak ada benda lain ke nak tengok? Mintak maaf cepat!" Edward menaikkan seoktaf suaranya.

     Yang lain hanya mampu menggeleng. Pagi raya pertama sudah berperang seperti ini. Raya kedua esok pasti berlakunya pertumpahan darah pula. Pelik-pelik betul.

     "Malaslah layan beruk liar macam kau. Siapa nak duit raya $1000 hari ni sila beratur dan cium kaki aku dulu!" laung Haraz sehingga menarik perhatian kawan-kawannya yang sedang bergambar.

     Tiada seorang pun berminat dengan Haraz. Masing-masing melangkah menuju ke arah Darviez dan Darqiez yang sedang beratur menunggu giliran untuk meminta maaf pada Denizz.

     "Aku nak sedekahkan duit pun tak nak terima." Haraz meletakkan kakinya ke atas meja kopi. 

     "Kaki bau bangkai nak orang cium memang taklah! Busuk!" jerit Aman.

     "Diam." Haraz mula memejamkan mata untuk tidur di sofa ruang tamu itu.

     "Viez nak mintak maaf dekat daddy dengan mummy... Tolong maafkan Viez..." Darviez tiba-tiba menangis sambil memeluk Denizz dan Irene.

     "Emosi betul kau ni. Qiez mintak maaf mummy daddy..." Darqiez mencium belakang tapak tangan Denizz kemudian Irene.

     "Mummy dah lama maafkan anak-anak mummy ni. Mummy sayang kamu berdua..." Irene memeluk tubuh anak kembarnya.

     Tiba giliran Brian yang meminta maaf, lelaki itu menadah kedua-dua belah tapak tangan. Dahi Denizz berkerut.

     "Nak duit raya. Aku ni baby lagi, biasanya dapat lebih daripada yang lain..." Brian menayangkan senyuman sehabis manisnya.

     "Tak cukup lagi ke duit bonus yang aku bagi? Kau orang pakai yang tu je, next!" jawab Denizz bersahaja.

     "Eleh kedekut punya bos..." omel Brian sambil melangkah pergi.

     Evan membuat tangan Motal si beruang dewasa itu seperti hendak bersalam dengan Denizz. Denizz hanya melayan, huluran tangan Si Motal disambut bersama senyuman manis.

     "Pandai budak ni. Dah lima tahun beraya sama-sama. Nak duit raya ke? Tak payahlah, next! Eh dah habis rupanya..." Denizz kembali bersandar pada penyandar sofa. 

     Tindakan Motal yang ingin menjilat wajah Irene membuatkan sepasang mata bewarna hijau gelap itu membulat besar sebelum dia pantas menahan wajah Motal menggunakan lengan kanannya.

     "Kotorlah bini aku nanti. Sesuka hati kau je nak cium dia. Blah sekarang! Shuh shuh..." Denizz menghalau Motal.

     "Dengan beruang pun nak cemburu, pelik betul kau ni... Dia tak ada seleralah tengok Irene walaupun Irene ni memang comel setiap hari..." kata Evan perlahan sebelum dia membawa Motal pergi. 

     Yang lain hanya melepaskan tawa masing-masing. Irene menggeleng bersama senyuman kecil melihat suaminya. Suami siapalah yang terlebih cemburu ini...


-TAMAT-
Terima kasih semua!

Apa-apa hal, dm dekat ig tau. mrhazreyz (Link di profile)

Siri kedua Mrs. Denizz yang bertajuk He's A Bad Guy dah keluar!

Continue Reading

You'll Also Like

538K 21.8K 60
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 2 ) RANKING NO 3 ACTION ๐Ÿ… RANKING NO 1 DINGIN๐Ÿ… Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...
7.5M 242K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...
361K 8.4K 65
Perbezaan umur bukanlah satu halangan. Walaupun umur mereka tidak sepadan dan jauh beza, ia tidak menjadi penghalang untuk mereka melakar memori inda...
1.4M 47.9K 102
Bertahun lamanya kisah cinta mereka terlerai. Angkara pilihan seorang wanita bernama Erisha bersama insan lain. Erisha membuangnya. Erisha mengkhian...