Dear Mr Crush!✔️

By sweetiecupcakee

615K 47.8K 7.4K

The more you hide your feelings for someone, the more you fall for them. Dupdap dupdap dudap! Jantung berdegu... More

Prologue&Trailer
I - Sourire
II - Pansement & Bandage
III - Tu me fais rougir
IV - Serre-moi fort
V - Est-ce réel?
VI - Viens avec moi
VII - Jeter l'éponge
VIII - Attends, quoi?!
X - C'est mieux que rien
XI - Occupe-toi de tes oignons*
XII - Le soleil
Xlll Mon cœr bat la chamade
XIV - Fait avec amour
XV - Reviens moi
XVI - Câlin
XVII - Ma chanson préférée
XVIII - Toi et moi
XIX - Meilleurs mis
XX - Tu me fais rougir [2]
XXI - Ça suffit!
XXII - Je suis sans voix
XXIII - Ma trésor
XXIV - Entre toi et moi
XXV - Mon cœur t'appartient
XXVI - Inoubliable
XXVIII - Clair de lune et roses
XXIX - Je m'en tape!
XXX - Laisee-moi tranquille
XXXI - Je suis à toi
XXXII - Faux cul
XXXIII - Étoiles
XXXIV - Comme un rêve
XXXV - utilise ton cerveau
XXXVI - Tout ira bien
XXXVII- C'est la vie
XXXIII - Rien n'est éternel
XXXIX- Nouveau chapitre
XL - La vie est belle
Untitled Part

XXVII - Bonne Nuit

12.4K 1.1K 149
By sweetiecupcakee

Good night

THANKS YOU SO MUCH DENGAN KOMEN DAN VOTE ANDA SEMUA SEKELIAN ALAM. RAJIN TAIP EH🥺❤️🌻 SAYANG KORANG! 🥺❤️ MAAF KERANA KALI NI HAMBAR 😩❤️

jemputlah follow saya wahai readers yang baik hati 🥺 urm first time minta follow ni😂 nak bagi cukup 8k 👉🏻👈🏻❤️

Aku merenung skrin telefon dengan lama bagai nak tembus. Mesej dari Aiden beberapa minit lalu.

"Sorry, Medina. Tak sempat keluar dinner dengan kau sebab nak hias dewan. Kita jumpa esok, okay? ❤️"

Itu kata Aiden... Aku tengok Instagram Aiden penuh lagi dengan gambar dia dan mereka berempat tu. Aku bukan nak cakap Aiden tipu aku, memang gambar tu dalam dewan tapi dinner macam sekali juga. Asing sangat ke diri aku ni sampai tak ajak nak tolong juga? Aku tertanya sendiri sambil memegang perut yang sudah buat konsert dari tadi.

"Macam mana? Aku bukan boleh keluar sesuka hati... Tapi aku lapar sangat." Perlahan lahan aku bangun dari katil. Aku dah siap untuk keluar dinner sebenarnya tapi Aiden cancel last minute. Kedengaran pintu diketuk, Aiden? Aku segera berjalan ke arah pintu lalu spontan membuka tanpa melihat dari lubang pintu lagi.

"Shaz..." Shazril rupanya yang datang... Aku tengah terkejut lagi ni.

"Aku tengok Aiden dinner dengan orang lain dekat bawah. Tak bagitahu pun kau tahu. Kau nak turun dinner tak? Aku bawa. Aku tahu kau tak boleh keluar seorang diri.." Kata-kata Shazril buatkan aku tergamam.

Sebelum ni dia membisu dengan aku tetapi mungkin sebab dekat sini kedudukan kitorang dekat. Darya pula demam malam ni, sudahlah dia dapat bilik dengan orang lain. Aku memang seorang diri sekarang ni.

"Shaz, tolong belikan aku apa-apa tak?" Nada aku seperti tidak keluar. Aku... Aku sebenarnya lebih rela keluar sendiri dari minta tolong Shazril yang sekarang tapi keadaan aku... Aiden mesti marahkan aku..

"Sekarang ni kau nak keluar dengan aku pun dah tak sudi kan, Med?" Apa maksud kau ni, Shaz? Kau juga bagitahu aku yang kita takkan sama macam dulu? Hati aku semakin lama semakin rasa bersalah. Aku mula goyah dengan realiti yang aku hadap sekarang ni.

"B-Bukan... Aku.. Aku kena minta izin Aiden dulu..." Kenapa suara aku makin mengiggil bila aku cakap benda ni depan Shazril?

"Hm terlupa, Aiden kan husband kau. Mesti kena minta izin." Telinga aku salah dengar ke? Shazril macam tekankan perkataan 'husband' tu. Aku mengeluarkan telefon lalu mendail nombor Faliq Aiden namun pemberitahuan tentang panggilan tidak dijawab yang aku terima. Aku cuba dan terus cuba mendail sebanyak beberapa kali namun tiada jawapan. Ada panggilan yang ditolak sendiri oleh Aiden. Sibuk sangat ke dia?

"Dia sibuk, Med. Kalau kau tak sudi keluar tanpa izin dia, aku pergi belikan kau makanan." Shazril berpusing sebelum berjalan pergi tanpa menoleh lagi. Aku mengigit bibir sendiri dengan kuat. Argh, aku tak boleh pilih! Nombor Aiden didail lagi dan lagi tanpa aku jemu.

[ BEBERAPA BELAS MINIT BERLALU ]

Aku hanya mampu merenung skrin yang memaparkan gambar gambat baru dinner diorang berlima, nak lagi sakit Aiden henti yang upload dalam Instagram. Satu pun panggilan aku tidak dijawab. Kenapa ni, Aiden? Aku ada buat salah ke?

Aku berlari ke arah pintu setelah dengar diketuk dari luar.

Aiden?
Pintu dibuka lagi dengan berdebar.

"Aku beli spaghetti carbonara untuk kau. Jus oren sekali." Plastik itu dihulurkan ke arah aku sebelum bertukar tangan.

"Wah Shaz... Kegemaran aku. Thanks!" Bibirku spontan tersenyum, erm bila dengar benda yang aku suka mesti teruja lain. Macam dengar nama Aiden, ehek.

"Aku tahu semua tentang kau, Med. Apa kau suka dan tak suka. Aku kan pernah jadi kawan baik kau. Cuma itulah, satu je yang aku tak tahu. Kau sukakan Aiden dan... Hubungan rapat kita musnah macam tu." Kata kata Shazril buat aku terasa dan bersalah dengan hubungan aku dan Aiden sekarang. Buat aku rasa diri aku betul betul jahat dan kejam. Aku hancurkan persahabatan demi kepentingan diri sendiri...

"Shaz.. Aku tak bermaksud.." Lidah aku jadi kelu. Aku tak boleh teruskan bercakap.

"Kalau Aiden dah taknak kau, aku tetap ada, Med. Ingat tu. Aku terima kau seadanya. Lagipun aku rapat dulu dengan kau sebelum Aiden mencelah." Belum sempat aku membalas, Shazril sudah berjalan pergi dengan pantas. Nadanya lain.. Sangat dingin. Macam kitorang tak pernah jadi kawan baik. Kalau bukan sebab dia mention kenal aku tu.. Gaya dia cakap dah macam stranger. Aku teringat ayat pernah aku jumpa dalam Instagram lagi..

Yeah, breakup hurts
But have you ever watched your best friend turn into a stranger?

Waktu aku ingat ayat ni buat pertama kali, Shaz minta pendapat aku tentang orang yang dia suka. Sekarang ni... Aku faham orang tu ialah aku. Aku juga faham yang ayat tu sangat mendalam bila aku sendiri yang lalui. Hal ini buat aku goyah. Aku tak mampu berpegang teguh pada tali. Aku jadi tak yakin hubungan dengan Aiden. Aku keliru... Shaz.. Kau buat aku bersalah lagi.

Aku pun tak sanggup nak sakitkan kau demi kepentingan aku sendiri tapi.... Kalau aku cakap terpaksa memang kau cakap yang aku bagi alasan je kan? Aku kawan yang jahat, Shaz. Aku melangkah lemah masuk ke dalam bilik.

END MEDINA's POV

[•••]

READERS POV

"Pukul 12 malam?" Tengku Faliq Aiden meletakkan kotak itu ke atas meja setelah melihat jam tangan Rolex di tangan kanannya. "Cepatnya masa." Aiden menghela nafas penat. Baru selesai menghias dan menyusun dewan untuk persiapan esok. Semua pengawas diminta bertugas dan memandangkan dirinya sebagai ketua, kadang kala perlu tunjuk contoh.

"Nayla, tolong hulurkan phone aku kejap." Aiden menghulurkan tangannya sebelum iPhone 11 Pro Max itu diberi. "Thanks, baik korang ni sudi tolong kitorang dekat sini. Nanti aku belanja makan." Aiden tersenyum segaris ke arah empat orang gadis sebaya dengan dirinya yang masih berada di meja.

"Susah susah je Faliq tapi kalau kau nak, kitorang tak tolak." Rania membalas kembali dengan nada gembira. Ramai pengawas perempuan lain yang asyik memerhati ke arah mereka sejak mula masuk ke dalam dewan lagi. Siapa je yang tak cemburu boleh dekat dengan idol sekolah seperti Tengku Faliq Aiden.

" Aku okay je. Kau dah tolong send gambar tadi? Nanti hantar dekat Nayla, Rania dan Insyeerah." Aiden memasukkan telefonnya ke dalam poket dan bersiap siap untuk kembali ke bilik semula. " Eh Faliq, aku dah buat group WhatsApp untuk kita berlima guna nombor kau tadi. Aku pun dah send terus gambar dalam tu." Insyeerah bersuara membuatkan Tengku Faliq Aiden mengangguk.

"Sampai buat group, takpelah, senang nak berbual dengan korang lepas ni. Aku dah nak kena balik bilik. Dah lewat ni, korang taknak balik lagi ke? Esok mula awal pula tu." Sepasang mata Aiden bertentangan dengan mereka seorang demi seorang. Mendebarkan.
"Kejap lagilah. Kita lepak dulu, Aiden. 20 minit ke?" Yaana menganjak sambil menarik kerusi untuk ketua pengawas itu duduk dahulu. Mereka yang lain mengangguk setuju seperti mahu memujuk.

Aiden memandang ke arah jam tangannya sekilas.

"Sorry sangat, Yaana. Aku memang dah nak kena pergi. Esok kita jumpa lagi. Assalammualaikum." Segaris senyuman lagi diukir sebelum Tengku Faliq Aiden berjalan pergi meninggalkan dewan itu.

Sewaktu berjalan di koridor, dia mengeluarkan telefon yang dimasukkan tadi. Tersedar hujan mula turun menjadi lebat pada malam tu membuatkan dia menghela nafas. Nama ' Medina Sayang ❤️' ditekan pada skrin untuk call.

'Senyap je kitty aku ni, dah tidur ke?' Desik hatinya sambil berjalan di sepanjang koridor itu sambil menunggu panggilannya dijawab.

Bukk!

Badan Aiden bergerak ke belakang sedikit dan iPhone 11 Pro Max itu jatuh ke arah rumput tebal bersebelahan lantai koridor. Hujan kian turun lebat bersama angin dan guruh.

"Shazril!" Aiden mengesat hujung bibirnya yang pecah dek tumbukan yang sangat kuat itu. "Kau dah kenapa?" Langkah dimaju ke hadapan sebelum membalas tumbukan sepupunya.
Shazril merengus kasar lalu ingin menumbuk muka Aiden sekali lagi namun gagal kerana Aiden sempat menahan tangannya. Baju Tengku Shazril dicengkam kuat untuk menghentikan perbuatan tidak terkawal sepupunya.

"Kau tanya aku?! Sekarang ni, kau jawab soalan aku dulu! Medina Safiyya penting tak bagi kau?!" Darah mengalir juga di hujung bibirnya. Tidak menyangka mereka berdua boleh bergaduh kerana sebelum ini langsung tidak pernah sebegini rupa. "Soalan apa yang kau tanya ni? Mestilah penting, aku kena jaga Medina." Baju Shazril dilepaskan lalu dia sedikit ke belakang. Langsung tiada niat untuk bergaduh teruk lagi dengan kawan baiknya sendiri.

" If she's important to you, show her! Tengah hari tadi dia takde selera nak makan. Malam pun kau tak bawa dia pergi dinner! Kau kalau nak seksa dia, lebih baik bagi dekat aku! Aku boleh jaga Medina sendiri! Aku sendiri ambil tahu dari kau yang sibuk layan orang lain." Dada Tengku Faliq Aiden ditolak kasar setelah kaki melangkah ke hadapan lagi.

"Apa kau merepek ni? Kau buta ke pengawas kena hias dewan tu? Kau je yang tak datang. Dinner? Aku memang tak bawa Med sebab sibuk tapi aku dah minta Insyeerah hantar makanan. Waktu lunch tadi Medina sendiri taknak makan walaupun aku paksa. Kau jangan nak menuduh aku sebarang, Shaz." Aiden membalas dengan nada tidak senang juga. Terkejut Shazril tiba tiba muncul di hadapannya malah menyerang setelah lama diam membisu.

"Habis makanan apa yang aku beli dekat Med tadi?! Kau kalau nak percayakan orang, tengok betul betul. Medina sanggup tak keluar bilik sebab patuh sangat dengan suami 'mithali' dia tu. Kau buat apa? Setahu aku, ketua pengawas bagi jadual tugas je. Bukan menggatal sekali dengan orang macam tu." Tengku Shazril membalas dengan sinis. Aiden merengus kasar, dia cuba menahan marah yang membuak buak dalam diri kerana dituduh begitu.

"Kau baik sikit dengan perkataan kau! Aku sayang Medina, aku suka dekat Medina waktu kita kecil lagi. Sebelum kau jumpa Medina lagi. Aku taknak gaduh dengan kau, Shaz! Aku tahu kau prihatin dekat 'isteri' aku tapi tak perlu nak sibuk hal rumah tangga aku. Aku tahu macam mana nak jaga Medina." Kilat dan guruh saling menyambar dan hujan semakin lebat.

Tengku Shazril ketawa mendengar ayat terakhir itu.

"Kau tahu macam mana? Kau tak tahu pun, Aiden. Kalau kau tahu, sekarang ni kau dah teman Med dekat atas. Kau tak kenal, Medina. Langsung tak! Kalau dia tak kahwin dengan kau, aku dah lamalah pergi dekat dia. Kau jumpa Medina dulu pun, bukan kau rapat dengan dia. Jangan sampai aku sendiri ambil dia balik dari kau." Dingin nadanya sebelum melangkah pergi.

Aiden mengesat darah lagi dengan hujung t shirt panjang hitam yang dipakai. "Shaz... Kau berubah.. Aku pun berubah... Sebab orang yang kita sayang.. Orang yang... Sama.." Tengku Faliq menghela nafas berat sebelum sambung berjalan sepanjang koridor itu semula.

END READERS POV

MEDINA's POV

Aku mengenggam erat cadar katil itu. Air mata tidak berhenti mengalir dan badan mengiggil kuat. Aku nak tidur. Aku nak tidur... Tolong.. Aku nak tidur sangat. Tanganku yang tidak berhenti mengiggil menutup telinga dengan rapat. Aku takut.

" Medina, tunduk!" Suara arwah daddy dan mummy yang bersatu menghias di telinga aku ketika ini. Jeritan mereka memanggil aku sebelum kemalangan itu berlaku di hadapan mata aku sendiri. Sebuah kereta laju menuju ke arah kereta yang dipandu daddy sewaktu hujan lebat dan petir guruh kuat menyambar. Aku takut, Ya Allah. Aku takut...

Mata dipejam serapat yang boleh seperti peristiwa itu berlaku. Bunyi dentuman kereta berlanggar masih segar dalam fikiran aku. Tanpa sengaja aku menjerit kerana terbayang darah merecik basah pada badanku yang masih berumur lima tahun ketika itu.

Badan tidak sanggup lagi baring ke atas katil jadi aku terus bangun berdiri. Namun bunyi guruh itu pula membuatkan aku terkejut dan terduduk. Badan digagah mengesot ke bawah meja sambil menutup telinga dengan rapat. Aku takut.. Aku trauma dengan hujan lebat dan bunyi guruh yang kuat sebegini. Peristiwa hari itu mengulang tayang dalam fikiran aku. Air mata deras mengalir, aku nak tidur. Aku nak sangat tidur! Aku taknak ingat semua ni.

"Daddy! Mummy! Daddy!!!! Mummy!!! Bangunnnn.." Aku cuba mengoncang tubuh mereka yang sudah kaku di dalam kereta. Cermin hadapan kereta bertabur di atas pakaian ibu bapaku dan dashboard kereta.

"Arghhh!" Aku menjerit lagi namun suara aku tidak boleh lawan dengan hujan dan guruh. Aku taknak ingat semua ni! Aku.. Aku ada sewaktu kemalangan tu berlaku... Air mata mengalir lebat, aku masih tidak mengerti apa-apa. Langsung tidak faham walaupun baju aku banyak tompokan darah mereka.

Bunyi pintu ditolak kasar ke arah dinding kedengaran kuat namun aku tidak boleh terlalu fokus. "Medina?!" Suara Aiden? Ke aku yang berkhayalan? Sebab aku asyik dengar suara arwah mummy dan arwah daddy yang merintih kesakitan dan kemalangan tu berlaku.

"Medina?!" Suara Aiden makin dekat sebelum aku nampak seseorang memegang bahu aku dan dia menunduk di bawah meja. " Sini pun kau, sini Medina." Belum sempat aku membalas apa-apa, badanku ditarik keluar dari bawah meja itu lalu diangkat naik ke atas katil. "Aiden..." Nadaku perlahan memanggil sebelum menutup telinga lagi dek guruh yang menyambar. "Shhhh, aku ada. Aku ada, sayang. Jangan takut." Badanku ditarik masuk ke dalam pelukan Aiden dengan nadanya perlahan berbisik di telinga. Serba sedikit badan yang mengiggil ini beransur kurang.

"Aku minta maaf, Medina. Aku cuai, sayang. Aku minta maaf kau kena hadap ni seorang diri. Kau tenangkan diri dulu. Aku tak ke mana, kau ada aku. Aku tak pergi jauh dari kau." Belakangku diusap lembut dengan tangannya. Pelukan Aiden sangat erat buat aku sebak. Aku fikir aku kena lalui malam ni macam dulu lagi.

Aku terlalu trauma dan takut. Waktu kecil dulu bolehlah aku bermanja dengan arwah grandma kalau hujan begini tetapi bila dah besar, aku taknak susahkan grandma jadi aku diamkan diri bawah meja dalam bilik. Aku fikir aku akan lalui semua ini sampai dewasa sebab aku tak boleh buat trauma kemalangan tu.

"Kau boleh tidur, sayang. Aku ada dekat sini. Aku jaga kau. Aku takkan tinggalkan kau. Aku minta maaf. Tidur dulu, okay?" Pelukan Aiden semakin hangat dan selesa membuatkan aku berhenti menangis dan terbuai dek mengantuk. Mata kian menutup, pelukan Aiden buat aku seolah olah kurang dengar hujan dan guruh di luar. " Bonne Nuit, Medina sayang." Dahiku dikucup Aiden dengan lama. Itu yang aku sedar sebelum aku betul betul tertidur.


[ KEESOKANNYA ]


Aku mengerut saat ingin mengerakkan badan tetapi bagai dikunci. Kepala dipandang sedikit ke bawah, tangan Aiden kemas di pinggang aku. Baru aku sedar wajah Aiden menekup di belakang aku. Hati aku jadi suam, jadi betul betul dia yang datang malam tadi. Aku fikir aku hanya bermimpi. Mataku memandang ke arah iPhone Aiden yang tidak jauh dari tepi bantal aku.

Aiden tak letak face id mahupun password.. Aku terus buka lalu memeriksa panggilan yang aku buat malam tadi. Kosong... Padahal Aiden tolak aku punya call tu. Ke ada orang yang pegang phone dia malam tadi?! Lepas tu padam semua panggilan aku?! Tiba-tiba ada notis masuk dari WhatsApp membuatkan aku gelabah kerana risau bising. Butang kecil silent ditolak sebelum aku membuka WhatsApp.

Hm? Ni bukan nombor Aiden yang aku ada? Okay abaikan yang itu kejap. Banyak mesej dari pelbagai group dan rakan yang ada di sini.

Group pengawas, beberapa group kelas dari beberapa subjek dan banyak lagi cuma satu je mataku terpandang ke arah satu group. ' Diva AA Sweeties?' Sejak bila Mr Crush aku jadi diva pula ni?! Aku segera menekan lalu membuka mesej group itu. Pagi buta macam ni pun diorang mesej? Siapa je dalam ni? Aku stalk semua termasuk gambar dalam profile tu. Oh semua lalang ni rupanya. Terbuntang mata aku melihat nama di situ.

Insyeerah💕💕
Rania💕
Nayla💕
Yaana💕

Wah love ye? Ni Aiden yang save ke diorang sendiri yang save?! Aku dah macam boleh agak je siapa yang save dari senarai tu.. Hmm.. Aku merengus dahulu sebelum block dan report empat nombor di situ. Group itu aku left dan padam. Puas hati aku!

Terasa wajah Aiden bergerak gerak di belakang aku sebelum ralit menyembam lagi. "Medina?" Wuish seksinya suara waktu Faliq Aiden baru bangun ni. Serak tu lain macam. "Yes, sayang?" Eh eh terbalas pula sebab aku terlalu teruja dan terkejut.

"Sayang..." Aiden menekup lagi. Nak je aku pusing badan hadap dia, baru best lagi. Eee gatal juga aku ni.

"Dah betul betul bangun ke?" Jantung aku berdebar debar saat Aiden menyoal begitu. "Dah.. Dah bangun.." Mengiggil dah suara aku. Tak kuat dengar suara Aiden. Ini belum tengok muka, hm parah dah aku ni.

"Good morning, sayang Medina." Ugh aku nak sangat pusing tapi badan betul betul dikunci rapat. " Good morning, Dear Mr Crush." Aku dah kena sampuk ke ni?

"Sayang pergi mandi dulu. Lepas aku mandi, kita solat bersama." Nada Aiden yang berbisik buat hati aku berbunga bunga. Sukar nak leraikan pelukan indah begini tapi takde apa yang lebih gembira dari dapat jadi makmum dari imam aku. Uwah, first time ni! Perut aku dah sebu, penuh dengan rama rama.

[ SKIP ]

"Aku ingatkan Insyeerah hantarkan kau makanan. Tak ke?" Aku mengeleng perlahan sambil menarik tali telekung. Bila masa pula minah tu hantar? Haish biarlah, buat pening kepala aku je nak fikir musuh musuh aku tu.

"Oh takpelah kalau macam tu. Nasib Shaz hantar.. Sorry, sayang." Aiden mengelus pipi aku, dahi aku makin berkerut.
Lebur wuduk aku woih! Aku baru ingat nak bawa Al Quran lelas solat subuh, memang tu rutin aku. Aduh, kena ambil lagi sekali.

"Berkerut je muka kau ni, kenapa?" Aku relakan sahaja pipi aku dicucuk jari Aiden, kitorang boleh buat drama atas tikar sejadah. Namun tidak lama seperti Aiden tiba tiba bangun. Sedih jugalah dia tak main pipi aku dah tapi aku diserang terkejut lagi dengan tubuhku tiba-tiba ditarik dan dicempung ke angkat sebelum dicampak ke atas katil.

"Tengku Faliq Aiden!" Dada diurut dengan mahu bertenang dek terkejut. Sudahlah dengan bertelekung lagi ni. Senyuman nakal yang terukir di bibirnya juga aku tergamam. Killer smile, aku harap aku seorang je boleh tengok senyuman seindah ni. Aiden menindih badan aku sedikit sebelum mengunci aku di katil. Okay ni tak lawak. Apa pula kali ni?!

"Medina~~" Aku menelan air liur, berdebar lain macam. Nak cakap dia kena sampuk, elok je jadi imam aku tadi. " Kau.. Kau nak apa, Aiden?" Jangankan suara, badan pun dah jadi mesin urut dekat mall tu! Bergetar getar! Pandangan mata Aiden membuatkan badanku diam sekilas turut bersama lidah. Tangkai hati aku dibalut dengan kata syukur dan pujian ciptaan Tuhan yang sangat indah sedang menjamu mata. Kenapa hensem sangat Mr Crush aku ni?!

"A-Ai..Aiden..."

"Minta maaf sebab aku sibuk malam tadi. Kalau aku balik awal sebab kau tak menderita macam tu. Aku akui aku salah, sayang." Aku sebenarnya tak salahkan diri pun.. Sebab aku rasa Aiden tak tahu yang aku trauma. Rapat sebegini baru aku sedar hujung bibir Aiden... Merah..

"Kau nak kiss ke, Medina sayang? Tengok bibir aku je ni." Aku pantas mengeleng walaupun hati merontak dan jantung nak tercabut. "Kenapa dengan bibir kau, Aiden?" Jarinya menyentuh bibir aku pula.

"Aku terjatuh.." Alasan tak logik, Aiden. Tu macam orang tumbuk.. Dia bergaduh dengan sesiapa ke? Risau pula aku.

"Tipuuuuu~"
"Betul lahhh~~~~"

Oh makin panjang meleret dari aku.

"Aiden, bagitahu cepat. Kau ada bergadu-" Sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata terus bibirku tidak boleh bergerak. Oh My............... Hati aku jatuh... Entah ke mana.. Aiden kiss aku!

"You will always be my kitty, Medina. I love you so much." Tak kedip mata aku dibuatnya untuk beberapa saat. Nak cakap dia pandai mengelak tapi bibir aku jadi mangsa! Pipiku kian merona kemerahan dan panas. Argh, jantung aku mengila sekarang ni.

"I love you too, ugh Aiden.." Aku mengalihkan wajah ke tepi dinding dek malu tapi ada tangan yang tarik dagu aku kembali ke asal. " Untungnya aku ada isteri cantik macam ni." Ibu jari itu mengusap di pipi aku sebelum kucupan baru hinggap di bibir aku dengan lama. Aiden...

"Medina! Ooo Medina! Kau ada nampak Faliq tak? Dia takde dalam bilik!" Aku mendengar bunyi ketukan pintu dari luar dan suara.. Ugh.. Siapa? Otak aku cuba berfikir untuk ingat.

"Nayla." Bisik Aiden sebelum mengedahkan ketukan itu lalu baring di sebelah aku. Badanku yang masih bertelekung mudah ditarik dan dipeluk dengan mesra.

Aku pun jadi macam tak kisah sebab kitorang selesa dalam dunia masing-masing. Selesa weih peluk crush waktu pagi sejuk macam ni tetapi keselesaan tu tak bertahan lama saat pintu makin diketuk kuat dan aku mendengar suara Rania pula. UGH! Tergamak korang lagi kan, aku baru nak manja dengan Mr shuuben.

TO BE CONTINUED
PLEASEEEEEE ; VOTE & COMMENT ❤️🌻
THANKS!!!!!🌻💓

Continue Reading

You'll Also Like

513K 13.2K 80
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran...
1.5M 30.9K 27
[COMPLETED - Unedited Version - Preview- [The Kings Series 1] Ya, itu kesilapan yang aku buat kerana ja...
27.9K 868 51
⚠️ SLOW UPDATE ⚠️ ISSAC ADREAN BIN SHARIFF. Sebaris nama yang disukai ramai wanita di luar sana. Issac merupakan seorang anggota polis. Matanya berwa...
6.1K 381 38
Dikhianati oleh kekasih dan sahabat baik sendiri, Laura Medina berubah dari seorang gadis penuh cinta menjadi wanita berhati beku. Tiga tahun hubunga...