"KAU?,"
Wajah lelaki berhoodie tersebut terpapar. Riak muka Farhan serta merta berubah keruh.
"Amran?," suara Farhan dingin. Tiada langsung perasaan teruja atau mesra dengan bekas rakan sekelas.
Lia hanya tersenyum... tak sedar dengan aura sejuk yang mengelilingi mereka berdua. Sejarah pernah bergaduh membuat hubungan Amran dan Farhan berada dalam term kurang baik. Amran menaikkan keningnya kepada Lia. Wajah Amran nampak sedikit terkejut.
"Farhan suami Lia? Macam mana--," soalan Amran dipotong Farhan.
"Hold on. Kau... Macam mana kau boleh ada kat sini? Tiba-tiba je muncul," nada Farhan kedengaran macam menyampah.
Farhan suka cari pasal dan gaduh dengan Lia tapi hanya main-main. Tapi dengan Amran lain. Apa yang mereka cakap pada satu sama lain tak ada gurau-gurau... semuanya serius dan dimaksudkan.
"Suka hati akulah. Kau tak suka ke bakal suami tak jadi Lia muncul semula?," Amran tergelak sinis.
Farhan tahan diri. Rasa macam nak tumbuk je muka Amran ni sampai pecah. Tapi dia tak nak ulang sejarah dulu depan Lia.
Lia yang tak faham maksud gaduh Farhan dan Amran. Lia tahu dia orang pernah gaduh tapi tak tahu gaduh macam mana. Ingat budak lelaki gaduh macam perempuan?
Lelaki tak matang gaduh guna penumbuk. Malas Farhan nak bagitahu Lia hal dulu. Buat malu je ketua pengawas tak hampa-apa. Tapi bukan hanya salah dia. Dah Farhan kena provoke habis-habisan dengan Amran.
"Eh tak lah. Aku kisah apa. Bakal je pun tapi tak jadi sebab kau lari kan? Tapi tulah aku pelik. Kenapa balik semula? Alang-alang lari tu pergilah mampus sekali," Farhan gelak hambar.
Amran ketap bibir. Rasa nak belasah letuuw.
"Dah. Dah," Lia dah mula sedar agaknya situasi sekarang ni. Sah jelas sangat rasa benci dalam mata masing-masing terhadap satu sama lain.
"Jom makan sama-sama?," ajak Lia dengan ceria.
Mana semua IQ Lia yang kononnya tinggi sangat tu? Memang jenis polos pada waktu tak sesuai ke apa? Memang cari nahas. Muka Farhan dah plastik habis. Farhan tersenyum kelat dengan ayat Lia. Mujur Amran menyelamatkan keadaan.
"Lia, Am ada hal lagi yang kena settle kan. Nanti kita free kita lepak sama-sama, okay? Ni nombor baru Am,'' ujar Amran lembut.
Lia sedikit hampa tapi janji Amran buat semangat dia naik balik. "Okay!," balas Lia senang.
Farhan hanya mampu kepal penumbuk. Faham dengan 'kita' Amran. Amran saja je!
Amran bangun dari duduk. Farhan dipandang sekilas sambil bergumam kecil sebelum terus melangkah pergi. Lia diberikan senyuman terakhir sebelum beredar. Keluhan kecil terlepas daripada bibir Farhan sebaik sahaja Amran sudah hilang daripada pandangan.
"Aku tak suka sangat mamat tu,"
Bila Lia nak potong, Farhan menyambung dengan muka serius. "Tapi aku faham hubungan rapat kau orang dari kecil jadi aku tak ada niat nak halang kau jumpa atau cakap dengan dia. Tapi ada syarat,"
"Ia... apa syaratnya, Farhan sayang?,"
Boleh pula si Lia ni guna otak untuk sejukkan balik hati Farhan. Farhan tersenyum nipis.
"Kalau nak jumpa dia... kena bagitahu aku dulu. Kalau nak bercakap dengan dia... janganlah rapat-rapat. Kau kan isteri aku, sayang. Dan... jangan lebih-lebih tau," pesan Farhan sedikit tegas.
Lia tersenyum dan berdiri di hadapan Farhan. Tangan Farhan dicapai. "Okay," balas Lia mudah. Memang dia dengan Amran tak lebih dari tu jadi nak kisah apa?
"Jom balik," ajak Lia.
Nampaknya Farhan dah cukup matang dalam buat keputusan.
Dalam kereta...
"Kau orang borak apa tadi?," tanya Farhan dengan nada kurang senang. Lelaki mana tak cemburu kalau bekas bakal suami tak jadi isteri dia bergelak ketawa dengan isteri dia?
''Tak ada cerita sangat pun," balas Lia ringkas.
"Lama macam tu takkan tak borak apa-apa," komen Farhan.
"Kita orang borak pasal Am tinggal kat mana semua tu waktu dia hilang dari radar," jawab Lia. Memang betul hanya tu je yang mereka bualkan. Ouh dan kisah Am ada kawan perempuan baharu yang dia suka. Lia agak lega bila tahu yang Am dah dapat berjaya buang perasaan suka pada dia.
Farhan hanya mengangguk. Sebelum riak muka Farhan berubah. "Tapi, macam mana dia boleh masuk dalam kawasan tadi? Orang luar mana boleh masuk kawasan bangunan-bangunan pembelajaran KKEKL,"
"Sebab Am dah sah jadi pelajar KKEKL! Minggu lepas dia daftar. Even family kita orang pun tak tahu yang Am dah balik. Lia family pertama yang dia jumpa lepas dah balik sini semula," kata Lia. Seronok dengan kenyataan yang Amran sudah kembali. Bila Am menuntut di kolej yang sama, lagi teruja Lia.
Wajah Farhan berubah riak. Farhan mula rasa tak senang.
Keesokkan harinya...
Hari ni minggu... Pada hari Sabtu yang tenang...
"Farhan sayang, aku nak lepak dengan Lisa dan Aliya boleh? Dah lama tak jumpa dia orang. Rinduu," Lia saja mengedip-gedipkan matanya.
Farhan mengangguk. "Jangan balik lewat sangat. Dan... Hati-hati de--," Farhan jeda.
"Hati-hati dan jaga diri, sayang," sambung Farhan.
"Okay!," lebar je senyuman Lia pagi ni. "Aku balik pukul enam eh," maklum Lia.
"What?," Sekarang ni pukul sembilan pagi. Lia nak balik pukul enam?
"Kau biar betik segala pisang?," tanya Farhan.
Lia tersengih. "Alah dah lama tak balik rumah sewa tu. Lepas tu nak tengok wayang sama-sama. Nak karoake lagi. Shopping--,"
"Okay okay," potong Farhan. Perempuan banyak je perancangan kalau bab-bab lepak ni. Farhan hanya mengeluh kecil. Nasiblah bermadu dengan Lisa dan Aliya. Hari tak ada kelas bukannya dapat berkepit dengan Lia. Lia lepak dengan Aliya dan Lisa!
Lia galas beg silangnya yang berada di meja kecil di ruang tamu. Semangat tu nak lepak, dah bersiap awal-awal.
"Nak aku hantar?," pelawa Farhan.
"Tak apalah. Lisa dah janji ambil. Kejap lagi kereta Lisa sampailah,"
Lia salam Farhan kemudian melangkah keluar. Buka saja pintu rumah, hon kereta Lisa berbunyi; tanda dah tiba. Tepat-tepat Lia keluar je Lisa dah sampai. Hebat! Lia melambai pada Farhan senyuman manis.
"Bye!,"
Farhan balas lambaian Lia dengan senyuman nipis. Lia tutup pintu dari luar.
Sebaik sahaja kelibat Lia tiada... Farhan tersenyum senget.
"Memang tak lah aku nak terperap sorang-sorang dalam rumah,"
Telefon dikeluarkan. Nombor Azman didail.
"Wei bro!," sapa Farhan.
Azman ditalian membalas sinis... "Salam mana salam?,"
Farhan tersengih. Selalu dia bagi ayat macam tu kat orang... tapi kalau dengan Azman, dia yang selalu kena. "Assalamualaikum!," salam diberi ceria.
Azman menjawab perlahan. "Kenapa call?," tanya Azman.
"Salah ke? Tak boleh? Sombong nampak?," tanya Farhan. Bergurau.
"Cepatlah. Benda apa kau nak?," tanya Azman lagi.
Macam dia tak kenal lagi dengan Farhan. Farhan jenis lelaki yang malas chat, malas call, dan malas lebih lagilah! Walaupun dengan kawan baik dia. Kalau call ni tanda ada benda Farhan nak.
"Kau free tak?," tanya Farhan.
"Dah agak," getus Azman. Farhan dah macam dapat dengar senyuman Azman dari talian. Happy sebab betul tafsir Farhan ke apa?
"Aku free je. So jom lepak kat Sushi Tart. Aku ajak yang lain sekali," putus Azman mudah.
"Pu--,"
"Pukul... setengah jam dari sekarang. Kalau kau berani lewat... tahu jelah nasib kau nanti," ugut Azman dengan serius. Namun dalam hati rasa lucu.
Farhan mendengus. Kisah lama usah diungkit.
"See your ass soon, bro,"
"Dah bye,"
Talian terputus. "Kuangajor punya mamat!,'' Farhan tergelak. Azman kalau bad mood je layan orang macam tu. Entah apa yang buat dia murung.
Papan tanda yang bertulis SUSHI TART dengan font ala-ala japanesse terpampang di depan masuk restoran bertemakan kontemporari ini....
Tiga jejaka tampan itu mengambil tempat. Ini pemandangan yang bahaya.
Bak kata Lia... kalau nampak dua lelaki kacak pada waktu yang sama... tu tanda dia orang gay.
Ni tiga sekali pelajar mengancam KKEKL keluar lepak. Memang spesies sekawan yang ada rupa. Urh.
"Kau belanja kan, bro?,"
Farhan mengangguk. "Dah aku yang ajak kau orang,"
"Cantik! Boleh aku pow habis-habisan. Bukan selaluu," Sharul tersengih lebar.
Bahu Sharul, Azman tumbuk perlahan.
"Dasar lo. Entah doktor apa kau ni," kutuk Azman.
"Hek eleh. Dah kau orang fikir apa? Bakal doktor wajib nerd... pegang buku besar batu bata... cermin mata tebal enam inci?," perli Sharul.
Dengan bersahaja Farhan mengangguk.
"Haah," jawab Farhan.
Sharul mengumam kecil. "Err! Tolong sikit. Nerd? Bluekk," over reaction Sharul.
"Jangan tertutup sangat mindset tu. Kau orang fikir budak handsome macam aku ni nerd ke? Don't judge the book by its cover! Entah-entah Farhan yang nampak bodoh ni sebenarnya budak cerdik dalam bisnes," kutuk Sharul tanpa rasa bersalah.
"Sesedap mulut kau je kan. Muka aweks beratur ni muka budak bodoh? Astagfirullahalazim. Rul, kau dah buta ke ni? Kesiannya,'' balas Farhan. Muka simpati habis.
Azman tergelak. "Kau orang berdua memang bengong," komen Azman.
"Aku rasa nak ketuk je kepala siapa yang kata kau orang Cool. Kau orang punya imej dekat KKEKL tak sama dengan perangai sebenar kau orang. Masalahnya, kau orang yang hanya bongok dengan sesetengah orang kan?," rumus Azman.
Sharul dan Farhan angkat bahu serentak.
"Entah apa kau merepek bro," komen Sharul.
Pelayan menghampiri meja mereka.
"Ehm... encik semua nak makan apa?," tanya pelayan itu dengan sopan dan segan.
Seganlah bila berdepan dengan lelaki-lelaki kacak membunuh.
"Ice mocha," jawab Azman dengan senyuman nipis.
"Macchiato coffee," dingin saja pesanan Farhan.
"Same," lagi monotone Sharul menyambung.
Azman hanya mampu menggeleng dengan sikap tak berapa nak mesra dan cool dia orang. Dua orang sahabat dia ni memang macam ni. Kalau orang tak kenal dia orang mesti anggap dia orang ni smart, cool, atau sombong ke... tapi kalau dah kenal betul-betul. Rasa nak campak je dalam loji kumbahan. Annoying amat perangai!
Pelayan tersebut mengangguk dengan kecewa.
Encik-encik handsome ni semuanya sombong!
Azman yang tak bersalah pun kena. Nasiblah.