"What the matter, my dears?,"
Lia menyiku perlahan lengan Farhan di sebelahnya. Farhan hanya buat tak tahu. Puan Zainah memerhatikan gelagat Lia yang serba tak kena itu.
"Farhan, apa masalah yang biggg sangat tu?," soal Puan Zainah lagi.
Farhan tersenyum. "Lia pregnant," jawab Farhan. Senyuman dia tetap kekal walaupun Lia di sebelah dah nak berpeluh.
"Apa!?," tanya Puan Zainah terkejut.
Terus terduduk wanita itu di sofa. Perlahan-lahan senyuman dia terukir.
Bila nampak dah tanda-tanda frekuensi bunyi yang melampau nak meletus, terus Lia tutup telinga.
"Ya Allah! Alhamdullilah!! Oh my god! Yes... Yes... Yess!!" menjerit Puan Zainah di situ . Jujurnya dia ada syak tapi dia tak nak letak harapan sebab dia tahu macam mana hubungan mereka berdua... tapi... Wahh! Dia sangat-sangat bersyukur! Tanpa kata lain terus telefon dikeluarkan. Nombor kawan baik aka besannya dihubungi.
"Assalamualaikum, Sya!!," nada intro pun dah macam berada atas cloud nine aje.
Farhan dan Lia di sofa terus di hiraukan. Lia pandang Farhan 'Nak buat macam dengan semua ni?' Sumpah Lia risau sangat-sangat sebab dia tak rancang untuk ada zuriat waktu umur macam ni.
Perlahan-lahan mata dia berkaca. Lia pejamkan matanya supaya dia tak perlu menghadap pandangan risau Farhan. 'Ya Allah... kenapa rasa sedih tanpa sebab ini? Ya Allah, permudahkanlah segalanya,' doa Lia bersungguh-sungguh. Hati rasa tak tenteram pula. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Lia harap dia rasa gembira bila ada nyawa di dalam rahimnya.
Tak... memang dia gembira... tapi...
Lia rasa sebak.
Farhan capai tangan Lia dan mengelus lembut.
"Jom," ajak Farhan sebagai jawapan kepada pandangan menyoal Lia.
Lia hanya menurut.
Farhan tutup pintu bilik mereka. Farhan nak selesaikan masalah terkejut mereka dahulu.
Lia di arah duduk di atas katil. Lia hanya akur kemudian Farhan ambil duduk menghadap Lia.
"Natelia..," nada Farhan serius.
Lia senyap. "Lia,"
Lia tetap tak respon.
"Natelia Aisyah, dengar sini apa yang aku nak cakap," nada Farhan mula lembut.
Mata berkaca Lia dipandang dengan perasaan sayang.
"Lia, I'm sorry," ucapan Farhan yang ni baru buat Lia respon.
"Kenapa?," tanya Lia hairan.
Farhan tundukkan sedikit kepalanya. Rasa bersalah. Farhan rasa bodoh sebab dia tahu yang mereka tak ada lagi kriteria untuk jadi ibu ayah. Farhan tahu mereka berdua yang baru berumur dua puluh tiga tersebut masih belum matang. Jadi... macam mana nak didik dan jaga anak sendiri? Mereka berdua pun masih mentah.
"Semua ni mendadak dan mengejutkan untuk kita. Aku faham yang kita baru belajar nak tunjukkan perasaan pada satu sama lain. Aku tahu kita baru nak belajar bercinta. Kita baru nak kenal masing-masing dengan cara lain selain bergaduh. Aku faham,"
Pandangannya diangkat semula. Pandangan Lia dipandang sedalam-dalamnya.
"Dan aku tahu... kita belum bersedia untuk semua ni. Aku tahu kau tak sangka semua ni akan terjadi, kan? Aku pun sama tapi aku... aku yang buat keputusan untuk jadi carefree. Aku--pernah terlintas semua ni dalam fikiran aku sebenarnya tapi aku buat tak peduli. Aku tak ambil langkah berjaga-jaga. Aku--aku tak tahu kenapa aku buat macam tu. That's why... I said sorry," ucap Farhan.
"Aku cuai dan ambil remeh semua ni. Aku yang buat kita hadap situasi macam ni,"
"Tapi... aku tetap tak menyesal. Aku gembira bila tahu aku bakal jadi seorang ayah," sambung Farhan. Ayat terakhir Farhan buat Lia tersentuh.
Apa yang dah berlaku tak boleh diubah. Mereka kena redha. Mereka perlu kuat untuk hadap semuanya.
"Anak itu rezeki. Kita kena bersyukur, kan Lia?," pujuk Farhan sambil mendepakan tangannya.
Lia mengangguk sambil tersenyum. Lia mengesot masuk ke dalam pelukan Farhan. Lia tersenyum senang.
"Semuanya takdir," luah Farhan.
Lia mengangguk dalam dakapan Farhan. Air mata mengalir.
"Tak sangka betul yang kita--anjing kucing SMK Mawar Hangit--akan berkahwin dan jatuh cinta macam ni. Apatah lagi sekarang kita bakal jadi mama papa budak daa," komen Lia perlahan.
Farhan tergelak.
"And we are... the love and hate couple," tambah Farhan.
Mereka berdua tersenyum.
Mampu ke mereka melonjak ke tahap lain dalam peringkat kekeluargaan? Mampu ke Lia dan Farhan jaga anak mereka? Tukar pampers babi, pakaikan bekung, tidurkan bayi, berjaga tengah malam sebab anak menangis, buatkan susu?
Sebut memang senang tapi nak buat bukan senang. Jaga anak atau baby ni bukan hanya semua tu.
Bersediakah mereka? Lia takut. Farhan takut. Sebab mereka tahu mereka masih belum matang.
"Mama, Lia kena buat macam mana ni? Kalau budak KKEKL perasaan perut Lia membulat... lepas tu dia orang salah sangka. Macam mana?," tanya Lia risau.
Kita kena cegah fitnah. Bila orang salah sangka sebab kita nanti kita pun berdosa. Kalau sikit-sikit Lia tak kisah. Kalau anak dia dengan Farhan dituduh anak luar nikah... boleh mengamuk dia. Jadi baik elakkan awal-awal.
"Haila. Pakai je baju besar-besar. Orang susah nak perasaan kalau macam tu," cadang Puan Zainah.
"Kamu berdua pun satu. Rahsiakan lagi!," marah Puan Zainah.
Lia dan Farhan hanya tersengih.
"Kalau boleh mama nak stay sini untuk membebel banyak-banyak tapi disebabkan Lia perlu tak boleh stres-stres and kena banyak rehat... so kau orang boleh selamat. Dah malam dah ni... so mama nak balik lah," maklum Puan Zainah.
Lia mengangguk. Perut kempisnya diusap. Terima kasih diucapkan pada kandungan dia. Puan Zainah bangun dari sofa.
"Mama balik dulu. Tak payah hantar ke luar," pesannya tegas.
"Farhan boleh--,"
"Tata," potong Puan Zainah sambil tersenyum.
"Tata," balas Lia.
Farhan mengalah sajalah. Sebaik sahaja Puan Zainah pulang... mereka masuk tidur.
"KENAPA?! KENAPA KAU BUAT MACAM NI?!?! KAU TAK LAYAK DIGELAR MANUSIA! KAU BINATANG!!," tengkingannya bergema ke seluruh bilik.
Nafasnya semput. Dada sendiri dipukul kuat. Matanya merah. Manusia yang digelarnya binatang sudah menangis teresak-esak. Tubuh tersebut melurut jatuh.
"Ma--maaf--maa-," patah perkataan tak mampu terungkap.
"Tak guna. Kau tak guna. Kau tak guna. Kau tak guna. KAU TAK GUNA!!," jeritnya lagi.
Lampu di sisi katil di hempas. Kaca bertaburan di atas lantai. Langkahnya dibawa melalui kawasan kaca tersebut tanpa riak. Langkah pertama diambil. Kaca tertusuk ke dalam kulit tapak kaki. Namun dia tetap beriak kosong tanpa mengaduh walaupun sekali. Darah mula menitis di lantai. Langkah kedua diambil. Entah kenapa deria sakit dia tak berfungsi. Dia rasa kosong.
"Jangan... Saya... Jangan cederaka--,"
"Kau dah berjaya bunuh aku. Aku dah mati," jawapan figura yang memakai gaun hospital itu buat orang tersebut jatuh rebah. Hatinya bagaikan di rentap keluar dari badan kemudian dihancurkan.
Sekumpulan pakar rawatan terus masuk ke dalam bilik wad ini dengan kelam kabut. Di luar bilik tersebut, Lisa hanya melihat dengan mata merah. Doktor dan jururawat-jururawat terpaksa suntik ubat penenang pada pesakit.
"Sa--saya min-minta maaf seb-sebab tak mampu... bagi so... sokongan untuk awak," bisik Lisa sebak. Sayu. Hatinya sakit.
"Sebab saya tak mampu. Saya lemah bila Lia sebenar dah mati," sambungnya dengan nada kosong sebelum rebah di pangkuan Karl di sebelahnya. Kelopak matanya terpejam.
"Lisa," Karl tergamam. Semuanya hancur. Hubungan antara hampir semua orang sudah rosak. Jalan cerita hidup mereka dah berterabur.
"Farhan," gumam Lia sepatah dengan perlahan sebelum matanya terpejam.
"YA Allah. Bangun, Lia. Bangun!," tegur Farhan dengan risau.
Lia di sebelahnya menggigil dan dahi berpeluh sejuk. Dahi Lia berkerut-kerut dan kepalanya menggeleng berkali-kali. 'Mimpi apa ni?,' Selimut yang meliputi Lia di selak. Takut Lia panas. Bahu Lia dipegang.
"Lia bangun!," bila gigilan Lia makin menggila, Farhan dah panik.
"ARGHH!!," Lia tiba-tiba terus terduduk. Matanya tercelik. Tersedar dari mimpi ngeri tadi.
Farhan yang terkejut terkebelakang. Wajah pucat Lia buat dia terus menerap. "Okay tak ni? Kenapa?," tanya Farhan dengan cuak.
Lia terdiam.
"Lia? Lia?,"
Tanpa sebarang kata, Lia terus memeluk Farhan erat. Farhan tersenyap dan hanya biarkan sampailah baju di kawasan bahunya terasa basah. Basah dengan air mata si kekasih. Esakan kecil yang tertahan-tahan didengari.
Dan ini... pertama kali Farhan saksikan seorang Lia menangis.
Sebaik sahaja tangisan Lia redha...
"Sedia dah nak cerita?,'' tanya Farhan.
Lia mengangguk. Air mata yang membasahi pipi dilap lagi oleh Farhan.
"Mimpi tu... pa--pasal... kau tak ada... a--aku mati?,''
Farhan tersentak. "Kau cakap apa ni?!," marah Farhan. Terkejut.
"Bu-kan. Aku kata aku dah mati. Le-lepas tu... doktor datang... ehm... Lisa pengsan," Lia cerita apa yang dia mampu tafsir.
Kepalanya di geleng. Mata bersinarnya memandang Farhan dengan rasa takut yang amat.
"Aku tak nak. Aku tak nak,"
Farhan tak faham apa yang Lia tak nak.
"Dah... dah. Kita kena tidur. Kita kena dapatkan rehat. Ingat yang kau tu dah tak solo. Kita jugak bukan berduet tapi dah bertrio," nasihat Farhan.
Lia mengangguk dalam terpaksa.
"Mimpi itu hanya mainan syaitan, Lia," pujuk Farhan lembut.
Lia tersenyum nipis. Sedikit lega hati dia mendengar pujukan Farhan.
Mimpi itu hanya mainan syaitan.