30 December
"Lady Amy, bangun-bangun"
"Ugh Annie.... Kejap lah.. 5 minit lagi kejutkan balik" omel Amy
"Kau nak bangun ke tak"
Mendengar sahaja suara Lucas yang begitu dekat dengan telinganya membuatkan dia terus bangun.
"Okay aku bangun lah ni..." ujar Amy dan menjeling Lucas
Kau ni tak sah tak muncul depan aku. Menyesal aku deal dengan dia
"Menyesal pula.. Aku boleh dengar lah suara dalaman kau.. Kalau aku tahu kau kutuk aku.. Siap lah kau. Dah bersiap, jadual untuk kau jumpa dengan butik tu jam 12 tengah hari ni dah jam 10 pagi dah! " bebel Lucas dan Amy hanya membuat muka 'ada aku kesah tak da kan'
Bla bla bla.. Pfft
"YAH! "
Amy terus masuk ke bilik air.. Amy memang malas nak terus berbalahan dengan Lucas pagi-pagi.
Lucas pun keluar dari bilik dan menyuruh Annie dan Lilia masuk.
"Perhatikan dia kalau dia cakap pasal aku, bagi tahu aku" arah Lucas sebelum mehilangkan diri. Annie dan Lilia hanya mengangguk perlahan.
"Agaknya apa hubungan mereka? "
"Entah lah Lilia.. Tak nampak macam majikan dan pengawal dah.. "
Seusai Amy bersiap, Amy melihat dirinya di cermin.
"Contact lens ni..tak mampu nak sorokkan jewel eyes aku tu."
Mata Amy yang berwarna golden brown tu hanyalah contact lens yang menutup jewels eyes nya itu yang di kehendaki oleh ahli sihir.
"Mungkin aku adalah kelahiran semula dia.. Tapi tak mungkin.. "
Namun hanya orang di rumah agam Kimberly sahaja yang tahu warna mata Amy yang sebenarnya.
"Annie, i need new contact lens" ujar Amy dan Annie masuk memberinya sepasang contact lens yang baru.
"Lady Amy, hati-hati" ujar Annie dan Amy menganggukkan kepalanya.
Mungkin sekumpulan ahli sihir tu ada kaitan dengan penculikan budak-budak yang bermata biru dan sejak itu lah aku pakai contact lens. Di sebabkan aku nampak muka salah seorang ahli sihir tu, jadi mereka nak bunuh aku tapi nanny selamatkan aku dan mati on the spot.. Well aku tahu hidup aku sangat sadis..
Paling sadis.. Aku tak pasti tentang memori aku ni.. And, tentang aku terkena dark curse..
Lucas sudah pun menunggunya di luar rumah.
"Lama betul kau bersiap" ujar Lucas dan sekilas pandang, muka Amy seperti seseorang yang sangat fimiliar di hati lucas.
'Tak, yang sama mcm muka dia hanyalah Ann, sebab tu aku selalu terkedu kalau terjumpa dengan dia tapi, aku terpaksa pisahkan minda dan badan aku supaya aku tak bertindak diluar kawalan... '
"Tapi, perangai Amy yang banyak sama dengan dia" bisik Lucas perlahan.
"Apa kau tercegat lagi kat siitu.. Tadi cakap nak cepat! " ujar Amy sambil berpeluk tubuh.
"Ye lah Lady Amy" ujar Lucas dan masuk ke dalam kereta.
"Lady Amy, pergi ke butik mana?" tanya pemandunya itu.
"Butik Victoria" ujar Amy pelahan.
"Kenapa? " tanya Amy setelah perasan Lucas asyik memandangnya.
"Aku tahu aku cantik, so what? " ujar Amy dengan slamber dan muka Lucas terus meluat.
"Eh eh.. Sedap je mulut kau cakap, yang cantik tu bukan kau.. Baju kau tu" ujar Lucas dan hal itu membuat kan Amy menendang kaki Lucas.
"Ouch! Apa ni main tendang-tendang" marah Lucas dan Amy hanya menjelingkan matanya.
"Ada aku kesah? " kata Amy dan mereka sama-sama menjeling dan
"Hmm!" Amy dan Lucas dua-dua berpeluk tubuh dan sorang toleh kiri dan sorang lagi menoleh ke kanan.
Suasana amat sunyi seketika sehingga mereka sampai di hadapan kedai baju tersebut.
"Selamat Datang ke Victoria" ujar pekerja butik.
"Ahh Cik Kimberly, nak cuba tempahan baju ke? " tanya Tuan Kedai.
"Ye, my mum ada booking 5 baju kan? " tanya Amy dan pekerja tersebut pun mengangguk dan berlalu mengambil baju Amy.
"Hey, Lucas, kau tahu kan kisah silam aku" ujar Amy perlahan dan Lucas hanya berdiam diri.
"Woi asal ko diam.. Aku kan.. Cakap dengan kau.. " Amy menoleh belakang dan melihat Lucas hanya berdiri kaku di situ.
"Haii apa pula masalah budak ni.. Menyusahkan aku je" bebel Amy dan terus mencuba baju-baju yang di tempah oleh Ommanya itu.
"Ugh taste omma ni dah macam nenek-nenek.. Haish Bagus aku guna hanbok kalau baju cam gini.... Ugh.. " Amy tidak mencuba satu pun baju-baju tersebut dan melihat sekeliling butik tersebut.
"Hurm.. Ni kan baju yang ada dalam buku tu.." bisik Amy dan ingin menyentuh perlahan dress tersebut namun dia terkejut melihat Ann turut ada di situ dan sama-sama memegang baju tersebut.
"Ahh sorry, awak nak cuba baju ni ke? " tanya Ann tersipu malu.
"Ahh tak lah saya tengok je.. Bukan nak cuba pon" ujarnya dan melihat Ann berlalu pergi ke arah Tuan kedai.
Patutlah si kampret tu beku macam ais sebab ada Minah ni di sini.. Haish lucas tu kan memang nak kena betul lah.
"Wow... Cik Ann sangat cantik pakai baju ni. Mata biru, rambut blonde.. Memang sesuai dengan cik" puji tuan kedai dan Amy hanya membuat muka meluat.
Huh, itu lah orang, tengok yang cantik sikit puji, dibanggakan, dipuja ugh... Benci aku.
Dan sekarang ni dah macam aku yang villainess dalam cita ni?
Bukan nya si Ann tu. Kejap.. Maksud aku si zen.. Well Ann kan dh lama di jaga oleh keluarga Sakamoto.. So dia memang suka sangat dengan si zen.. No wonder why Zen pun suka dia..
Haish... Apa hal ni? Macam banyak benda yang aku tak tahu or tak ingat.. Hurm..
Something is not right and si Lucas tu beku je dekat situ.
"Cik, saya nak baju tu.. " ujar Amy dan menunjuk satu set gown yang berwarna merah.
"Cik comfirm nak baju ni? Sebab warna merah selalu digunakan oleh orang yang nak kahwin." tanya Tuan kedai tu lagi dan Amy mengangguk dan mengarahkan untuk ambik juga 5 pasang baju tadi dan hantar ke Rumah Agam Kimberly
"Oh ya.. Budak tu, kalau dah sedar suruh dia balik sendiri, " kata Amy dan keluar dari Kedai.
"Cik.. Cik... "
"Saya nak balik jalan kaki! " jerit Amy ketika pemandunya memanggilnya.
"Ugh tak guna betul kau Lucas.. " jerit Amy..
Amy berjalan-jalan di kawasan tersebut sehingga lah dia sampai di hadapan sebuah menara berdekatan dengan istana.
"Ni ke menara magis yang ditutup tu"
Amy pun melompat pagar yang tak setinggi mana pun dan mendarat dengan jayanya.
"Skirt ni kacau betul lh" ujarnya dan membuka skirt lapisan luar tersebut dan sekarang dia hanya memakai baju kemeja putih dan seluar legging.
"Ahh tempat ni di pagar dengan magis"
"Hurm.. Macam tak da pengawal je yang jaga dan memang macam di tinggalkan.. "
Amy meninjau sekeliling kawasan tersebut.
Luas juga tempat ni.. Spesis macam apa yang ada dalam buku tu.
Tapi....
"Arghhh" Amy tersadung batu dan terjatuh dalam perangkap.
"Aduh.... Asal ada perangkap kat sini.. Ahh dalam lagi tu.. Dan... Arghhhh... Da fuck ada mayat.. Tak kan lah aku terjatuh dalam lubang kubur... "
"Bangsat kubur sapa ni! Haish,dah lah tak da batu nisan or tanda, then dalam kawasan istana lagi tu! Haish...memang kampret" Amy memaki hamun semua benda yang terjadi pada hari itu
Masa pun berlalu, dan Amy masih di dalam lubang kubur yang amat dalam itu.
"Hai cik mayat, bila lah ada orang nak datang selamat kan aku, dah hampir 5 jam aku dalam ni, mana lah pergi pengawal aku tu"
"Apa lah aku ni cakap dengan mayat, bukannya boleh bercakap pon"
"Malangnya nasib aku"
Amy mula keletihan, udara di bawah itu Agak terhad dan membuatnya susah nak bernafas,
Akhirnya Amy terlelap.
"Ahh finally dia terlelap juga"
"Kalau aku bergerak nanti dia pengsan pula or menjerit then tak pasal-pasal aku kena lempang pula"
"Nak bercakap pun susah, finally aku bebas dari makam ni muaahahahahahahahaha"
"Terima kasih ye budak.. Adiosss"
Langkahnya terhenti untuk melompat keluar dari lubang tersebut dan menoleh ke belakang,
"Hurm budak ni macam kenal je!?"
"Hurm.."
5 minutes later
"Hurm...."
30 minutes later..
"Hurmmmmmmmmmm"
"Macam kenal je!?"
1 hour later..
"Ahhh macam muka first love si mata merah tu....memang dia lah ni kan kalau tak silap nama dia..Antusiak?? Ananana? Annatata? Anasiasia? Ahhh..Anatasius!?"
"Eh? Anatasius tu aku? Apa eh!? Anatitit kot? Ahh punya susah nak ingat nama dia tu!? Yang aku tahu mata biru rambut blonde.."
Kembali ke situasi Lucas....
Lucas pun tersedar dari lamunannya..
"Cis aku terkedu lagi, ahhh mana pula Minah sekor ni, haish... Ugh... " Lucas yang nak teleport pergi ke arah Amy namun kesan magisnya semakin berkurang.
"Kenapa ni takkan aku dah tak boleh teleport kot.. Haish, masalah apa lagi yang kau buat Amy!!!!! " jerit lucas dan cuba untuk mengesan Amy.
Kehilangan Amy akhirnya sampai ke telinga Jay.
"Apa kau cakap tadi!? " bentak Jay yang berada di Istana pada ketika itu
"Adik aku pergi mana!? " tanya nya lagi namun dengan nada berangnya.
Tergagap gagap pengawal istana itu menjawabnya..
"Kitaorang kesan kehadiran dia buat kali terakhir berada berdekatan menara magis yang lama" ujar salah seorang pengawal.
"Ahh shit! " curhatnya...
Jay terus menuju ke arah menara tersebut.
"Tolong lah!!! " jeritnya lagi dan berlari sekuat hati. Jay meluru terus ke menara magis yang lama itu, kerana dia berasa sangat tak sedap hati ketika itu.
Lucas berjaya mengesan Amy melalui sisa-sisa magisnya yang melindungi Amy.
"Banyak-banyak tempat asal kau pergi sini.. Kau ni tak habis-habis menyusahkan aku.. Dari dulu smpai sekarang sama je. "
langkahnya terhenti ketika Dia melihat Amy dijadikan tebusan si rambut hitam dan jewel dark blue eyes itu kelihatan bersinar talkala cahaya bulan menyinari kawasan itu.
"Wah wah wah, lama tak nampak kau.. budak.." bunyi tepukan tangan membuatkan Lucas semakin berang..
"Kau... Kenapa kau boleh ada kat sini!" jerit Lucas dan wajah yang berada di hadapannya itu terlihat jelas olehnya.
"Anatasius De Odellian Rosselle "
Anatasius hanya tersenyum sinis mendengar namanya di panggil.
"Lucas! " dari kejauhan Jay melihat Lucas dengan seseorang.
"Ana..ta..si..us.. " menggeletar lutut Jay melihat sosok yang berada di hadapan Jay bersama dengan tubuh Adiknya itu.
"Kau, apa kau nak, aku dah seal kan kau di makam kau, kau sepatutnya dah mati! Aku dah bunuh kau!" jerit Lucas dan Anatasius hanya tergelak dengan kenyataan itu.
"Hahahaha, aku mati!? Kau ingat magis kau tu dapat bunuh aku hah!!?"
"Dan ni? Perempuan ni!? Kelahiran semula dia kan!? Cinta pertama kau!? Pffft...tak sangka jodoh korang tu tetap sama setelah kelahiran semula " kata Anatasius lagi dan hal itu membuatkan Lucas ingin menyerangnya,namun magisnya belum pulih sepenuhnya.
" Jadi kau nak protect dia lagi, bodohnya kau, kau nak protect orang yang akhirnya akan pergi tinggalkan kau juga" ujar Anatasius lagi,Lucas dah naik berang tapi dia tak boleh berbuat apa.
"Naif nya kau Lucas, kau patut jadi macam aku, abadikan diri kau dengan dark magis," Anatasius menghampiri Lucas..
"tapi kan..malam tu,aku masih ingat lagi.. 10 tahun yang lalu,aku nakkan seorang budak yang rumornya ada jewels eyes. Pada awalnya aku ingat sekadar hoax,ternyata bener memang ada jewel eyes yg masih wujud.."
"tapi aku tak berjaya ambik mata tu,sebab aku silap langkah"
"tapi tak pe,aku dah tanam dark curse dekat budak tu"
"Dan budak tu lah kan yang terserempak dengan aku ni!? " sambung Anatasius lagi, dan mula memudar seakan menghilang dari pandangan mereka.
"Adioss"
Anatasius menghilang dengan Amy di tangannya..Gelak tawa jahatnya masih kedengaran..
"Lucas,kau okay!?" ujar Jay memberanikan dirinya untuk mendekati Lucas,
"Tak guna kau Anatasius!!!" jerit lucas dan mengengam erat rumput.
"Korang!" jerit Naz kegirangan kerana baru hbis latihan petang itu..
Kelihatan triple trio dan lucias menghampiri.
"Anatasius dah kembali" ujar Jay perlahan.
"Siapa?anak tanjus?" kata Naz pula dan hal itu membuatkan Lucas membaling kasut ke arah Naz.
"Anatasius kampret" ujar Jay dan menyiku lengan Naz.
"Anatasius ahli sihir ilmu hitam yang terkenal suatu ketika dahulu." kata Lucias dan turut mengarahkan pengawal untuk mengesan Amy.
"Tak guna kau Anatasius,aku akan cari kau sampai dapat!" Lucas menumbuk tanah kerana tak puas hati kerana tak dapat menyelematkan Amy lagi sekali.
Mata merah nya seakan-akan menyala dan Lucias coba untuk menenangkannya.
"Hey,kita pasti jumpa dia,relex lah,mereka belum pergi jauh," kata Lucias dan menepuk perlahan bahu Lucas, Lucas pun menjelingnya.
"Cis,jangan sentuh aku!" Lucas terus menghilangkan diri.
"Tak pernah berubah,walaupun dalam keadaan macam ni..lambat laun Heika dapat tahu juga apa yang jadi..aku yang akan berdepan dengan masalah nanti...sampai bila kau nak jadi macam ni Lucas..sekalipun betul yang Amy afterlife dia..kita tak boleh nak samakan Amy dengan dia" omel Lucias dan turut menghilangkan diri.
Anatasius memang tak pergi jauh,dia cuma menghilangkan kesan magisnya agar tak dapat di kesan buat masa sekarang. Dia berada di sebuah gudang berdekatan dengan istana.
"Jadi Lucias pun ada,huh..tak sangka betul 2 musuh aku masih muda..setelah bertahun lamanya..kejap..mungkin berkurun lamanya? ke beratus tahun lamanya..arghh..lantak lah..." ujar Anatasius dan duduk di sofa memerhatikan Amy.
"Aku tak silap tafsir kan,budak ni yang aku nak 10 tahun yang dulu? Tapi mata dia golden brown? Rambut pun coklat!? Nanti aku lepaskan je lah,bukan aku nak sangat budak ni...aku just nak tengok reaksi Lucas je.." Anatasius pun keluar dari gudang tersebut dn mengunci pintu.
"Tapi kenapa aku rasa dia kelahiran semula budak tu.. Mungkin kah sebab soul dia? " bisik Anastasius perlahan sebelum menghilangkan diri. Dia perlu jumpa seseorang mengenai kewujudan semulanya itu.
Beberapa minit kemudian, Amy pun tersedar dari lenanya.
"Ugh...sakitnya kepala aku.."
"Ehhh..." dia melihat sekelilingnya yang suram dan gelap itu..
"Ehhhhhhhhhhhhhh " jeritnya lagi..
To Be Continue...
mesti korang tertanya-tanya apa yang berlaku,so meh sini author cerita,
Anatasius adalah seorang magician yang mengabdikan dirinya kepada sihir hitam.
Lucas adalah ahli sihir rasmi diraja,magis si lucas memang kuat,tapi still tak boleh nak tutup selamanya lubang kubur si Anatasius which membuatkan tanah dia macam mudah rapuh setelah lama tertanam..
Kira macam Anastasius tak mati tapi dipaksa beradu or dibekukan. Sebab tu rupa dia masih macam umur 20an ke 30an gitu.
Entah macam mana Amy boleh terjatuh,well macam saya cakap tadi tanah tu dah rapuh,so Amy jatuh and sealed magis lucas yang membekukan si Anatasius tadi terlerai,so si anatasius pun sedar. Tapi dia tak nak kejutkan si Amy, sebab Amy asyik membebel sendiri dan membuatkan Anatasius ingin ketawa tapi dia terpaksa jadi mayat.
and Anatasius benci sangat dengan lucas , sebab dia tak terpilih untuk jadi pelatih ketika itu. and sebab dia lemah sebab tu dia berjanji dengan dark curse something like that membuatkan rambut dia yang mcm golden yellow tu jadi black and mata dia pun hitam which sepatutnya jewels eyes.
Lucias and Lucas actually bukan adik beradik kembar . Mereka nampak je macam sama tapi bukan kembar, tapi hakikatnya mereka seperti brotherhood kira macam tu lah...And Amy well dia tak ingat langsung apa yang berlaku pada masa kecilnya, dan mula lupa tentang siapa diri dia yang sebenarnya.. Kenapa.. Well u will know later
Also dia lupa Lucas.
Tapi sejak Amy kembali ke tahun 2016 ,kejadian yang sepatutnya tak berlaku, mula berlaku, semuanya ada kaitan dengan Anatasius punya dark curse,
Hoho,sampai di sini sahaja,
Author dah terangkan sebanyak mana untuk terangkan siapa si Anatasius..
And jangan jadi Naz ye..
Bukan Anak Tanjus..tapi Anatasius.
Tata...