抖阴社区

Pengorbanan Sang Isteri
  • Reads 82,756
  • Votes 2,961
  • Parts 81
  • Reads 82,756
  • Votes 2,961
  • Parts 81
Complete, First published May 24, 2021
Perjumpaan yang tidak terduga antara Zara dan Ryan mengakibatkan mereka saling jatuh cinta. 

Di saat mereka diulit bahagia, munculnya kekasih lama Ryan menyebabkan dia menjemput cinta lama berputik kembali. 

Zara disahkan hamil. Di saat dia ingin mengkhabarkan berita gembira ini, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tak pernah dibayangkan olehnya. 

Ryan melayari hidup bahagia bersama Hanim, namun disebalik kebahagiaan mereka seseorang telah menanggung derita.

Zara bertambah derita apabila anaknya meninggal ketika umur masih kecil. Lama Zara menyepi. Bila dia bangkit semula, dia dikejar oleh seseorang yang pernah mendambakan cinta kepadanya. 

Dugaan demi dugaan menimpa Zara. Bertambah kedukaannya apabila Ryan mengungkap kata cintanya pada Hanim di hadapan Zara. 

Zara diuji lagi dengan hadirnya kekasih lama Hanim. Akibat mendendami Ryan,Zara yang menjadi mangsa sehingga satu saat dirinya bakal diceraikan oleh Ryan. 

Adakah kebahagiaan menanti Zara di masa akan datang?
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add Pengorbanan Sang Isteri to your library and receive updates
or
#20family
You may also like
LOVE & YOU (TERBIT) by Lollysnow
2 parts Ongoing
Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. la adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan. Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan disatukan oleh takdir? Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu. Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan. "I bagi peluang you lari." - Tia "Kenapa awak je yang tak lari?" - Azmir Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus. Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak. Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain. Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir. Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu? Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya? "I dah buang apa yang patut dibuang, dan I kembalikan apa yang tak patut dibuang." Sem. Malaysia: RM30.00 Sabah/Sarawak: RM33.00
Hanya Yang Kedua by darimatapena
58 parts Complete
Auni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Abah dan ibu sibuk carikan jodoh. Tapi bukan dia yang tolak. Jodoh masih belum kunjung tiba. Disebabkan satu eksiden kebakaran dirumah sewa dia diselamatkan oleh seorang pegawai Bomba bernama Syed Yazzer. Membuatkan gadis itu dalam diam mula meminati lelaki tersebut. Dia rasakan itulah perasaan yang dipanggil jatuh cinta.Tapi sayang lelaki itu rupanya sudah berpunya ataupun suami orang. Hati dia kecewa namun redha. Syed Yazzer bukan lah yang ditakdirkan untuk dia. Bila kehilangan perkerjaan dia membuat keputusan untuk pergi sahaja dan menyelesaikan masalah bila isteri Yazzer. Zalikha Dato Hamdan.Ya isteri Yazzer yang rupawan dapat tahu yang dia pernah menaruh hati pada suaminya. Namun bukan maki hamun yang dia dapat. Dia dapat tawaran untuk menjadi isteri kedua atau diberikan pekerjaan yang semesti ada agenda disebalik nya. Kerana terkejut dengan tawaran yang tak masuk akal Auni Farisha kembali kekampung halaman teruskan hidup disana. Dia tak sudi langsung jadi isteri kedua. Apa kata ibu dan abah nanti. Masalah kewangan Arifin abang sulung dia yang terlibat kemalangan memaksa Auni kembali semula ke Kuala Lumpur. dia mula menerima bantuan Zalikha yang sudi menawarkan perkerjaan pada dia.Tersepit diantara perasaan masih ada pada Yazzer. Auni mula pasrah tapi lelaki itu jelas tak menyenangi kehadiran dia. Yazzer selalu menghindari dan menyuruh Zack Zikri jadi pelapis dia tiap kali melibatkan hal gadis itu. Gadis yang dipilih isteri yang sah untuk jadi madu dengan relahati. Sebagai kawan Jack layan saja permintaan Yazzer demi seorang kawan. Satu malam Auni terperangkap bila ditangkap khalwat dengan seseorang. Yang dia rasa semua itu telah dirancang rapi oleh salah seorang dari mereka. Baru Auni Farisha sedar dia hanya dipergunakan untuk matlamat seseorang. Beautiful cover by @bunnyaf 鈿狅笍No plagiarism
You may also like
Slide 1 of 9
Sir, I love you cover
Mr. Riz's Property cover
Isteri Halal Sementara  cover
BAHAGIAKAN AKU ENCIK PSIKO cover
Malik's Babygirl 鉁 cover
SWEET PINK 鉁咃笍 cover
LOVE & YOU (TERBIT) cover
Hanya Yang Kedua cover
Conditions For Marriage cover

Sir, I love you

44 parts Ongoing

Zenriq Edzlan, pensyarah muda yang terkenal dengan ketegasan dan sikap dinginnya di dalam kelas. Baginya, peraturan adalah prinsip, dan hubungan dengan pelajar harus kekal profesional. Namun, dia tidak pernah mampu menafikan kehadiran Erissa Zahra-pelajar manja, penuh gelagat gedik yang selalu berjaya mencuri perhatiannya dalam diam. Apa yang bermula sebagai perasaan terpendam, berubah menjadi kenyataan apabila mereka disatukan dalam ikatan perkahwinan atas aturan keluarga. Erissa, yang sebelum ini hanya tahu mengusik, mula mengenali sisi Zenriq yang lembut dan penuh kasih. Dalam diam, cinta mereka tumbuh-perlahan, tetapi mendalam. Namun, di saat rumah tangga mereka mula mekar dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang tulus, takdir sekali lagi menguji. Satu kemalangan meragut separuh daripada memori Erissa-termasuk semua kenangan tentang suaminya sendiri. Bagi Erissa, Zenriq hanyalah orang asing. Tetapi bagi Zenriq, Erissa tetap cinta pertamanya-dan kini dia tekad untuk menjadikan dirinya cinta terakhir isterinya, walaupun harus bermula dari kosong... dan walaupun hatinya sendiri hampir hancur menanggung rindu yang tak dikenali lagi.