Okay nak dijadikan cerita diaorang ni beramai-ramai menari dan bernyanyi lagu les ketchup. Lagu tu kan lagu permujaan. So masa tengah berseronok tu pokok pisang yang ayah lia tebang petang tu bangun dan berdiri sambil menari ikut rentak diaorang. Yang perasan pada mulanya pokok pisang berdiri tu awek si amir. Dia dah mengeletar masa tu. Dia suruh amir stop tetapi amir dengan yang lain buat endah tak endah je. So sama ada betul atau pun tidak aku tak pasti. Sebab bagi aku ada logik dia jugak sebab lagu permujaankan lepas itu nyanyi pukul 2,3 pagi memang cari pengakit lah. So yang paling sedih amir citer daun pisang tu mengenggam tangan dia. Macam bersalam. Dan dia cakap masa tu dia macam kena pukau. Tak nak lepas pulak tu. Jadi dia terpaksa menjerit panggil ayah dia.. memang masa lia suluh tu aku perasan pokok pisang kat sebelah amir. Tapi yang genggam tangan amir tu aku tak perasan pulak. Dan sebab itu jugak ayah lia suruh amirul laungkan azan. Uish. Berdebar-debar cuk. Masa diaorg bercerita tu aku dengan amirul dengan lia tengah tahan nak tergelak. Tapi tu lah. Tak boleh nak tahan, jadi tersembur lah ketawa kitaorang bertiga. Amir menyirap tengok kitaorang gelak. Siapa suruh cari masalah. Kan dah mendapat.
Selepas tiga hari aku stay dekat rumah lia. Aku dapat panggilan yang penting untuk aku balik ke kuala lumpur.
"Nak kena balik jugak ke petang ni?" Tanya mak lia.
"Haah mak, anna ada kerja pulak" Balas lia.
Aku hanya mengangguk dan tersenyum.
"Balik esok pagi jelah. Risau pulak lah mak ni lia"
"Tak boleh makcik. Kalau ikutkan saya nak duduk lagi kat sini. Sini best. Sejuk. Makan pun sedap-sedap. Lauk kampung. Selera saya betul tu. Tapi tu lah. Saya kena balik jugak petang ni. Tapi insyallah, kalau tak ada apa-apa, saya akan datang sini balik dengan lia." Ucap aku lantas menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Tahu, tapi makcik tak sedap hati lah nak biarkan kamu ni balik petang-petang macam ni."
"Apa yang nak di risaukan mak? Zul kan ada. Lia naik dengan zul. Anna nanti follow belakang kan?" Ucap lia.
Aku pantas mengangguk.
"Mak tak risau dekat kamu lia. Mak risau dekat anna!"
Aku memandang mak lia dengan pandangan yang pelik. 'kenapa mak dia nak risau dekat aku pulak?' Soal aku dalam hati. Aku cepat-cepat buang perasaan tu jauh-jauh.
"Insyallah makcik. Doakan saya selamat sampai. Dan insyallah jugak tak ada apa-apa." Ucap aku.
Tangan aku masih lagi tak disambut oleh mak lia. Tak lama kemudian mak lia sambut jugak tangan aku tapi dalam keadaan berat hati. Mak lia peluk aku.
"Hati-hati. Dia tengah menunggu kamu disitu! Bacalah apa yang telah diajarkan dulu" Ucap mak lia perlahan seakan berbisik.
Aku tersentak sekejap. Pelik. Tak lama kemudian aku mengangguk dan tersenyum
"Jom anna! Kau follow belakang" Arah lia.
"Baik bosh!!" Jerit aku.
Sebelum aku nak gerak, aku memandang ke arah mak lia. Mak lia tengah mengesat air mata dengan hujung baju kurung yang dia pakai. Aku tetap merasa pelik. "Dia tengah menunggu kamu disitu?" Siapa yang tunggu aku? Aih!. Aku memandang jam dekat dashbord. Lagi 20 minit nak masuk maghrib. Aku dengan lia terus bergerak keluar dari halaman rumah lia. Dalam setengah jalan dengan kelajuan yang sederhana, kereta aku berat secara tiba-tiba. Mula-mula aku tak panik sangat. Lepas aku teringat kata-kata mak lia, secara automatik aku jadi panik. Aku menekan pedal minyak sampai rapat, tapi kereta aku tetap slow. Aku memandang ke depan. Kereta zul dah jauh sangat tinggal aku dekat belakang. Aku menekan hon supaya zul dengar. Tapi hampa!.

ANDA SEDANG MEMBACA
KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.
HorrorDi sini aku ingin berkongsi koleksi kisah seram yang aku hadapi. Semua ini adalah benar sebenarnya berlaku. Tiada tokok tambah cerita. Peace.