"Ya allah! Apa benda ni?" Tanya aku sendirian sambil memandag side mirror kiri dan kanan.
Kereta aku masih lagi bergerak perlahan. Tengah aku dalam keadaan macam itu, kali yang keberapa tah aku tengok side mirror aku sebelah kiri, aku perasan macam ada kain putih. Tetapi masa ni aku diamkan lagi. Aku masih lagi tekan minyak rapat sampai ke lantai. Tak lama tu kereta aku terus menderu laju ke depan. Aku masih lagi boleh control pemanduan aku. Aku tengok cermin belakang sekali....
"Allahuakbar!!" Jerit aku perlahan.
Ada pocong kat tempat duduk belakang. Aku menekan brek supaya kereta aku tak tersasar akibat terkejut. Aku masih lagi cuba nak control sebab kereta aku laju secara tiba-tiba. Dalam keadaan macam itu sekali aku pandang kiri pocong tu ada dekat tingkap kereta sebelah kiri. Dengan mulut ternganga luas dan mata putih. Masa ni aku tak dapat nak kawal kereta dan aku terus tertarik streng ke kanan dan...
Dump!! Tittt!
Aku tersedar selepas beberapa minggu aku koma. Aku tengok kaki kanan aku dah berbalut dengan simen. Ada besi berselirat dekat simen kaki aku. Kepala sebelah kiri aku kena jahit. Muka aku bengkak. Lengan aku sebelah kanan kena jahit. Mata aku pedih secara tiba-tiba. Aku memejamkan mata.
"Allah!" Ucap aku seketika.
"Kau dah sedar anna" Tanya seseorang.
Aku terus buka mata. Seorang perempuan dihadapan aku. Berisi. Aku berkerut dahi.
"Kau siapa?" Tanya aku.
"Kau tak ingat aku anna?"
"Tak. Aku kat mana? Apa yang terjadi dekat aku?"
Perempuan tu tarik kerusi dan duduk kat sebelah aku.
"Aku lia. Kawan kau. Sekarang ni kau dekat hospital besar ipoh. Kau kemalangan. Dah dekat beberapa minggu dah kau koma. Kau sebenarnya hilang ingatan sementara. Nanti ingatan kau akan pulih. Kau bersabar ye."
"Aku kemalangan? Macam mana aku kemalangan?"
"Entah lah anna. Benda berlaku cukup pantas. Kau alhamdulillah kira orang yang terselamat dalam kemalangan tu. Sebenarnya kau terjun gaung. Tapi kau bernasib baik sebab kereta tau melekat dekat pokok. Setengah orang yang pernah kemalangan dekat situ, memang akan menjunam terus ke bawah dan tak akan selamat. Aku mintak maaf sebab tak ada masa tu."
Tak lama kemudian aku terpandang seseorang tengah berdiri dekat tepi sudut sebelah kiri. Posisi dia mengadap tengok tingkap. Aku atas katil belakang dia sebelah kanan.
"Tu siapa?" Tanya aku dekat lia.
"Mana?"
"Tu kat tingkap tu" Tunjuk aku dengan tangan kiri.
Lia berkerut dahi.
"Mana ada siapa-siapa dekat tingkap tu." Ucap lia.
"Ada tu!"

ANDA SEDANG MEMBACA
KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.
HorrorDi sini aku ingin berkongsi koleksi kisah seram yang aku hadapi. Semua ini adalah benar sebenarnya berlaku. Tiada tokok tambah cerita. Peace.