~Suatu hubungan itu utuh disebabkan oleh kepercayaan dan juga segumpal janji. Tapi... akan tiba suatu masa di mana wasilah tersebut diuji dengan pelbagai pancaroba.
Hidup ini hanya punya dua pilihan:
Pilih positif atau pun bukan.~
"KEPUNG pulau ni. Jangan biarkan sesiapa pun yang terlepas!"
"Siap, kapten!"
Kapten Naz memberi arahan sambil meninjau keadaan Pulau Batu dari jarak jauh dengan binokular hitam.
Kapal besar yang mereka gunakan semakin menghampiri tempat tersebut. Segala kelengkapan serta senjata api dipersiap sebelum mereka bertempur di sana.
Telah lama dia tidak jejakkan kaki ke pulau itu selepas satu-satunya si darah daging menghembuskan nafas terakhir angkara sang pengkhianat.
Kesumatnya berakar. Bencinya menggunung dengan 'mereka' yang sudah menikam dia dari belakang.
"Abang, bertahanlah. Naz janji akan berusaha untuk menyelamatkan abang..."
Tangan si abang digenggam erat. Pilu terasa diri Naz apabila melihat keadaan Tera sedemikian. Wayar berselirat di badan, cecair merah telah menembusi balutan anduk dan dia tersangat lemah.
"Abang dah tak lama, Naz-"
"Abang, jangan cakap macam tu. Abang mesti akan sembuh. Cuma abang kena kuatkan semangat!"
Tera menggeleng.
"Tak. Abang tak boleh tahan lagi, Naz. Jadi... abang... ada... satu... permintaan..."
"Apa dia, abang? Cakaplah. Naz janji akan tunaikan ia," ujar Naz bersungguh-sungguh.
Mana tahu abangnya yang seorang itu bersemangat untuk melawan kesakitan dan segera sembuh dengan cara berkenaan.
"Tangkap... Koby-"
Nafas Tera terhenti. Sekali gus jeritan Naz bergema diselangi tangisan.
"Abang Tera! Jangan pergi!!"
"Kapten?" Sapaan tersebut menarik kembali diri sang ketua ke alam realiti.
"Err... ya?" soalnya pula.
Raut sedih sedaya-upaya dia sorokkan dek jentikkan kenangan silam seketika tadi.
"Leo nak bercakap dengan kapten," jelas salah seorang anak buahnya sambil menyuakan sebuah telefon pintar.
"Ha? Oh, baik."
Alat komunikasi itu dilekapkan di telinga.
"Hello?"
"Kapten..."
"Ada apa, Leo?" tanyanya lagi yang kehairanan.
"Kapten, saya ada nampak seorang lelaki yang persis akan dia-"
"Kamu nampak dia dekat mana?" pintas Kapten Naz laju. Dia sedikit curiga akan maklumat yang baru dia dengari itu.
Jika 'si dia' masih berada di sekitar Bandar Jesselton, jadi bermakna... dia cuma buang-buang waktu ke Pulau Batu?
"Sekitar Balai Polis Pekan Serai Wangi ni, kapten. Tapi dia bersama dengan seorang lelaki yang sedikit berusia..."
"Kamu pasti itu adalah orang yang kita cari selama ini?"
"Daripada pemerhatian saya, itu memang dia. Tapi, kapten-"
"Ha, tapi kenapa?"
"Hmm... dia tu macam orang kebanyakanlah. Pakaian dan cara dia langsung tak menunjukkan ciri-ciri seseorang yang ahli dalam persenjataan. Dia nampak lebih pendiam-

ANDA SEDANG MEMBACA
Siling (2020)
Mystery / ThrillerMystery+Thriller *Di Sini Tempat Persembunyianku* Sebuah bungkusan asing telah menjentik rasa ingin tahu D, seorang remaja lelaki yang bercita-cita ingin menjadi superhero. Isi benda alah berkenaaan menyebabkan dirinya seumpama dihambat keras untuk...