~Sebelah sayap telah patah,
kedinginan salju punya angkara;
rencana jahat akan diperpatah,
oleh perajurit yang kian mara.~
FIUH!
Sebiji peluru meluncur laju ke arahnya dan dia tidak sempat mengelak.
"Aduh!" Lengan kirinya tercedera dek goresan butir mematikan itu.
Fiuh! Fiuh!
Tembakan dilepaskan lagi oleh pihak di sana. Dia terpaksa menghapus niat untuk meneliti akan mayat yang ditemukannya tadi.
Beberapa ketika, suasana kembali sepi. Hanya deruan ombak yang menghempas pantai.
Tiba-tiba, sebuah ledakan pula memecahkan keadaan hening.
Boom!!
Individu tersebut terperanjat. Setelah itu, tiada kedengaran lagi bunyi dari apa-apa senjata api.
Jambatan tadi dia hampiri. Glock 19 masih kemas digenggaman sebagai langkah berjaga-jaga.
Namun, ada sesuatu yang telah dia temukan sebaik kakinya menapak ke gigi pantai.
'Banyaknya ikan dekat sini. Tapi kenapa ia boleh naik ke darat? Mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Aku kena siasat.'
Orang tersebut meninjau situasi di sekitarnya sebelum ternampak akan sesuatu yang aneh lagi.
'Eh, ini bukankah merkuri?'
Fikirannya baru menangkap akan fungsi bahan kimia berkenaan lantas berlalu naik ke jeti batu pula.
'Aku kena cari tahu puncanya dari mana.'
Ledakan tadi telah mengakibatkan sepertiga daripada jambatan itu musnah. Termasuklah kapal besar tadi.
Dalam kesibukan menyelidiki tempat kejadian tersebut, dia tidak sedar akan kewujudan seseorang di belakangnya.
Terasa belakang tengkuk diacukan dengan sepucuk pistol.
"Kalau kau bergerak, kau akan mati!"
Dirinya terkaku.
* * *
KEADAAN semakin huru hara kerana bunyi letupan sebentar tadi.
"Kau orang tunggu apa lagi? Pergi siasat cepat letupan tu datangnya dari mana!"
Kapten Naz memberi arahan dan seperti biasanya, beberapa orang daripada pasukannya bergegas mencari tahu.
"Baik, tuan kapten!"
Fid mula tidak senang duduk. Dia risau akan keselamatan dua orang remaja itu - Hifza dan juga D.
'Harap-haraplah kau orang berdua tak apa-apa...' Doanya dalam hati.
Dia masih juga berusaha untuk melepaskan diri daripada tawanan Kapten Naz. Namun, lelaki itu bijak menghidu semuanya.
Teruk dia dibelasah. Maka, kesakitan yang bersarang pada tubuh semakin merebak.
"Hei, Fid! Kau mesti tahu kan pasal letupan tu? Cakap dengan aku! Apa yang kau cuba nak buat sebenarnya?"
Baju kalis peluru kepunyaan Fid ditarik kuat menghadap si ketua. Dia hanya mampu menggeleng.
"Saya langsung tak tahu, kapten. Bukan saya yang buat."
Buk! Tumbukan hinggap di rahang bahagian kirinya pula. Kian perit terasa bagi diri Fid. Tetapi tidak berdaya lagi untuk menghalang mahu pun membalas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Siling (2020)
Mystery / ThrillerMystery+Thriller *Di Sini Tempat Persembunyianku* Sebuah bungkusan asing telah menjentik rasa ingin tahu D, seorang remaja lelaki yang bercita-cita ingin menjadi superhero. Isi benda alah berkenaaan menyebabkan dirinya seumpama dihambat keras untuk...