Tik! Tik! Tik!
Awan gelap membocorkan langit dengan hujan yang lebat mengenai atap rumah. Walaupun hari sudah bernginjak pagi, namun hujan masih tidak putus-putus turun membasahi bumi. Felix duduk di hadapan jendela yang terbuka sambil menunggu kepulangan Jackson yang tidak kunjung pulang dari semalam.
Hati Felix digigit resah yang bukan kepalang. Berbagai-bagai perasaan buruk menerjah ke benaknya saat Jackson tidak menjawab sebarang panggilan telefon daripadanya. Mesej juga dibiarkan tidak berbalas. Entah kemana abangnya pergi, Felix tidak tahu.
Angin sejuk mula menampar permukaan kulit wajah. Tangannya terulur untuk menadah air hujan, cuba merasakan betapa sejuknya cuaca pada pagi itu. Felix membuang pandangan ke arah langit, sesekali udara sejuk dihirup perlahan untuk menenangkan diri.
"Best ke bergaul dengan manusia?" Gumamnya perlahan. Mindanya kembali terimbas akan kali terakhir dia bergaul dengan manusia. Sudah sekian lama dia tidak menapak keluar dari rumah. Malah, waktu yang diluangkan diluar boleh dikira dengan jari-jemari sendiri.
Sejak dia sakit, Jackson memang melarangnya untuk keluar. Walaupun hanya untuk ke kedai. Kehendaknya akan selalu ditunaikan Jackson mahupun Chaeyoung. Biarlah orang luar disana mengata yang bukan-bukan tentang keluarga mereka, Jackson ada alasan yang kukuh mengapa lelaki itu tidak membenarkan Felix menapak keluar.
Felix juga tidak boleh buat apa. Arahan abangnya perlu dituruti kalau dia mahu sembuh seperti sediakala. Lagipula, dia tidak pernah merasa bosan menetap di rumah. Segala keperluannya ada di sini. Felix sudah terbiasa dengan pola kehidupan sebegini.
Suara Chaeyoung yang sedang beradu mulut dengan seseorang di hujung talian membuyarkan lamunan Felix. Anak matanya melirik Chaeyoung bersama tubuh yang berpusing. Raut wajah kakaknya itu terlihat tegang dan helaan nafas wanita itu kedengaran kencang sekali.
"Iya. Kau tunggu je lah aku dekat sana. Perut aku tak sedap ni."
"Tak, aku tak boleh tinggalkan adik aku berseorangan di rumah. Bahaya."
Chaeyoung mengorak langkah ke dapur. Felix yang penasaran, segera mengikuti langkah besar itu. Felix berdiri, menyorokkan diri dibelakang dinding yang memisahkan dapur dan ruang tamu. Dia memanjangkan leher, cuba untuk mencuri dengar perbualan kakaknya bersama seseorang di hujung talian.
"Jay, kau dengar kan apa yang aku cakap?" Kepala Chaeyoung terasa ngilu. Seseorang dihujung talian tidak memberikan kerjasama seperti harapannya. Kedegilannya seakan-akan membina tembok yang sukar untuk dipanjat. Sungguh, Chaeyoung lelah.
Kegundahan yang terpendam di lubuk fikiran Chaeyoung dapat ditafsirkan oleh Felix daripada pandangan mata dan raut wajah kakaknya. Pasti wanita itu sedang frustrasi. Lantas Chaeyoung dihampiri lalu Felix menariknya duduk di atas kerusi.
"Tch." Chaeyoung berdecit sinis, "Iya, tunggu aku dekat sana." Setelah itu, ikon merah ditekan. Telefon canggih itu selamat mendarat ke atas meja manakala jari-jemari Chaeyoung mula memijat dahi.
"Kakak okey ke?" Felix bertanya. Chaeyoung angguk laju. Mulutnya terasa berat untuk meluahkan kata-kata.
Suasana di dapur mendadak hening buat beberapa saat sebelum Felix kembali membuka mulut untuk bertanya, "Kakak, abang mana? Kenapa dia tak balik lagi?"
Chaeyoung melirik Felix sekilas, "Mana la kakak tahu... Adik dah call dia?"
"Dah tapi tak dapat..."
Ting!
Bunyi notifikasi milik telefon Chaeyoung berjaya mengalihkan perhatian Chaeyoung dan Felix. Keduanya sontak memandang skrin telefon yang memaparkan pesanan ringkas daripada seseorang.
"Ka... Kakak..." Mesej yang terpapar pada skrin mengejutkan Felix. Matanya melebar, debaran jantung tiba-tiba menggila pada saat mesej itu ditatapi. Perasaan resah mula menurap dirinya. Berbeda pula dengan Chaeyoung, wanita itu mengetap bibir menahan sabar yang kian menipis.
"Akak pergi dulu. Adik duduk rumah diam-diam." Chaeyoung bingkas bangun lalu melangkah laju ke pintu rumah. Felix mengikuti langkah kakaknya.
"Tapi kakak, adik nak ikut! I want to help him, please...," rayu Felix. Jackson dalam bahaya. Nyawa abangnya dipertaruhkan atas alasan yang tidak diketahui.
"Adik, apa yang jadi semasa kitaorang benarkan adik keluar rumah lepas adik sembuh?" Chaeyoung memusingkan tubuh menghadap Felix. Kedua-dua bahu Felix dipegang erat.
Suara Felix terputus seketika. Kakinya bagai terpahat di dada bumi. Kepalanya menunduk, tidak ingin bertentang mata dengan Chaeyoung, "High anxiety."
"Because of?"
"People."
Chaeyoung mengeluh, "Kakak tak nak kejadian sama berulang. Kalau benda tu berlaku lagi, ianya akan menyusahkan kakak dan abang sendiri. Tolonglah Felix, let me go in peace."
"Tapi..."
"Felix masih tak sihat. Biar kakak pergi. Adik jaga diri di rumah. Adik boleh telefon kakak bila-bila masa sahaja adik nak. Tetapi adik tetap kena duduk rumah dan jangan pergi mana-mana, faham?"
"Okey... Tapi akak kena janji yang kakak akan selamatkan abang."
"I will." Balas Chaeyoung singkat sebelum benar-benar hilang dibalik pintu rumah. Felix menghantarnya melalui lirikan mata. Segugus nafas berat dileraikan dari dada. "Harap-harap, abang selamat..."
....
— edited, 261121.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] True Identity.
Fanfiction[ Ft. Jackson Wang, Lee Felix and Son Chaeyoung. ] #???_???????_???????. ? Terjatuh dalam perangkap, Permainan pun dimulai. Hingga akhirnya, ianya menjerat diri sendiri. ? Semua orang menyimpan sebuah rahsia bukan? Tatkala keperca...