抖阴社区

06 :: Side Effects.

125 26 79
                                    

Italic for flashback.

❲ ⸙͎ ❳

"Yeay dah siap!"

Semangkuk ramyeon ditatang ke ruang tamu lalu Felix meletakkannya ke atas labuhan meja. Televisyen dihidupkan seraya Felix duduk bersila di atas lantai. Terus ramyeon dinikmati sepuas-puasnya sambil mata masih lekat memandang skrin yang memaparkan rancangan aneka ragam kegemarannya, Running Man.

Tawanya berdekah saat scene kelakar muncul. Untuk sejenak, scene tersebut berjaya mengusir rasa kegelisahan serta kegundahannya tentang Jackson dan Chaeyoung yang masih tidak pulang ke rumah. Felix cuba mencari ruang untuk menggembirakan hati yang resah. Kalau dibiarkan semua perasaan buruk itu melekat pada diri, ianya akan memudaratkannya.

Tumpuannya pada rancangan itu tiba-tiba terputus akibat ketukan bertalu-talu pada pintu rumah. Felix mengeluh malas lalu bangkit dan menuju ke dedaun pintu. "Sekejap!"

Lantas paparan interkom dilihat, di seberang sana terdapat figura seorang lelaki yang berdiri sambil memegang sebuah kotak. Pakaiannya serba hitam, dari atas hingga ke bawah. Dahi Felix berkerut dalam, pada waktu malam sebegini, 'posmen' datang ke rumahnya? Untuk apa? Butang interkom ditekan lalu Felix bertanya, "Iya? Cari siapa?"

"Felix." Suara lelaki itu mendatar. Entah mengapa, bulu roma Felix menegak. Hujung kening digaru, "Erm... encik boleh tinggalkan kotak tu dibawah, nanti saya ambil."

Pap!

Bungkusan itu dihempas ke atas lantai. Tanpa berpamitan, lelaki itu terus berlalu pergi. Felix menunggu selama seminit untuk memastikan bayang lelaki itu tidak lagi berada di sekitar rumahnya. Setelah itu, dia terus memulas tombol pintu. Kotak itu dihampiri. "Apa benda ni? Setahu aku, abang dengan kakak tak ada pula order barang."

"Beratnya..." Felix bergumam sambil mengangkat kotak itu lalu diletakkan di ruang tamu. Dengan rasa penasaran yang masih berbaki, kotak itu dibuka. Senyuman yang tersungging dibibir, terus luntur saat melihat isi di dalam. Seorang mayat.

"A-apa ni..." Bisiknya nyaris tidak terdengar. Badan Felix mengeras. Wajah itu.... Jackson. Abangnya ditemui kaku dengan wajah pucat. Kepala yang terpisah dari badan serta beberapa anggota badan yang terputus. Hati Felix bergelodak resah. Ada kepedihan yang tidak tertanggung dalam jiwanya. Abangnya... sudah mati.

"Abang..." Manik putih menempiasi pipinya. Dia merengsotkan tubuh ke belakang sehingga pasti dirinya sudah jauh daripada kotak tersebut. Kedua-dua telapak tangan dilekapkan pada cuping telinga lalu bibir digigit kuat. Satu persatu bayang mengerikan menerjah ruang ingatan, membuatkan nafasnya berderu kencang. Kaki turut dirapatkan pada dada bersama mata yang terpejam erat.

"Felix..."

"Adik! Apa kau buat ni?!"

"Pergilah... Jangan ganggu aku!" pinta Felix laju. Suara itu, berdesing kuat pada telinganya. Benang keresahan mula membelit kalbunya. Dalam mimpi buruk yang hadir buat pertama kali selepas dia sembuh, ianya berjaya menggetarkan setiap inci hatinya. Peluh mula merenik. Dada terasa sesak dengan pelbagai perasaan yang terpendam jauh di lubuk nalurinya.

"Felix bunuh ibu bapa dia..."

"Bukan kakak, bukan adik yang buat!"

"Aku nampak dengan mata aku sendiri yang kau bunuh ibu ayah kita!"

"Jangan kawal aku... Tolong..." Felix mula panik. Debaran jantungnya menggila, otot-otot pula terasa menegang. Tubuh Felix bergetar dengan hebat. Tangan dan kakinya terasa sejuk dan kebas. Dia diserbu perasaan cemas yang tunda-menunda. "Felix, tolong jangan jadi macam ni..."

[C] True Identity.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang