抖阴社区

06 :: Side Effects.

Mula dari awal
                                    

"Felix pembunuh..."

"Hey, apa yang jadi ni? Adik kenapa?"

"Dia pembunuh ibu ayah kita, abang. Kakak nampak dengan mata kepala sendiri."

"Adik... letak pisau tu. Letak."

"Bukan aku... Bukan..." Felix menjadi tidak keruan. Mindanya tidak boleh berfikir dengan jernih. Tumpuannya untuk fokus benar-benar terganggu dengan segala memori pedih yang mengisi liang ingatan. Walau kaki terasa lemah dan kepala berdenyut-denyut parah, Felix menggagahkan diri untuk berlari ke biliknya lalu menggeledah laci untuk mencari ubat penenang.

"Kau pembunuh, Felix."

"Adik gila kan? Sampai sanggup bunuh ibu bapa sendiri."

Sebuah botol berukuran kecil dicapai. Pil-pil dituang ke telapak tangan lantas ditelan tanpa mengira dos yang perlu diambil. Terus badan disandarkan pada tepi katil dengan kepala yang menunduk. Air mata pula deras menuruni pipi, "Bukan adik yang bunuh ibu ayah..."

"Tak perlu menipu untuk tutup aib kau, Felix."

"Pergilah! Aku benci kau!" Felix menggenggam penumbuk lalu dipukul kuat ke kepalanya. Dia cuba mengusir suara-suara mengerikan itu namun nihil. Dia kembali dihantui ingatan silam, seterusnya hampir-hampir sahaja meragut kewarasan minda.

Malam itu, Felix tewas. Peristiwa itu kembali berulang tayang di pentas pemikirannya tanpa henti.

.

.

.

"Terima kasih, pakcik."

Chaeyoung menunduk hormat. Setelah itu, lantas kaki menapak laju ke hospital setelah membeli makanan untuk Echan di kedai berdekatan. Panasnya makanan yang baru sahaja dimasak, dipeluk Chaeyoung untuk mencari kehangatan buat diri.

Baru sahaja dia ingin menjejakkan kaki dalam hospital, tangannya diraih seseorang. Chaeyoung tentunya terkejut, tubuhnya dipaksa berpaling lalu didakap erat. Chaeyoung mendongak untuk memandang manusia itu, "J-jay?"

"Hai," Jayden bergumam perlahan. Lembut tutur bicaranya mengundang kerutan pada dahi Chaeyoung. Kebiasaannya apabila mereka bersua muka, pasti suasana berbahang dengan gelojak pertengkaran. Ada sahaja perkara yang naik ke permukaan untuk menjadi topik argumen, terutamanya tentang Echan. Namun kali ini, sikap Jayden berubah. Lelaki itu berkelakuan lebih baik daripada biasa.

Chaeyoung tidak membalas sapaan Jayden mahupun pelukan hangat lelaki itu. Peristiwa petang tadi masih segar dalam ingatan, Chaeyoung perlukan ketenangan atas apa yang baru terjadi. Peristiwa itu, sedikit sebanyak meninggalkan luka dan trauma dalam diri Chaeyoung.

"Jay, I need to go." Minda Chaeyoung pantas mengingatkan diri bahawa Echan masih menunggu dirinya. Lantas dada Jayden ditolak menjauh. Tanpa ucapan selamat tinggal, Chaeyoung pantas melangkah pergi.

"Chae, kenapa kau mengelak daripada aku? Did I do something wrong?" Jayden memandang Chaeyoung dengan riak tertanya-tanya. Chaeyoung memberhentikan langkah. Tanpa berpaling, dia membalas,"Yes, Jay. Banyak. And please leave me alone, I didn't want to meet you right now."

"Why?" Tangan wanita itu pantas diraih namun Chaeyoung terus menepis kuat. "Kau tak ingat ke huh apa yang terjadi petang tadi? All of it. Kau buat aku, abang aku dan Echan terseksa, Jay. Both physically and mentally."

"Kau kejam," sambung Chaeyoung seraya mengetap bibir menahan marah. Jari ditunding-tunding ke dada Jayden. Kalau ikutkan hati, ingin sahaja dia memaki hamun Jayden pada saat itu juga namun akal fikirannya masih waras. Mereka masih berada di tempat umum. Dia tidak mahu membuat kekecohan yang tidak mendatangkan faedah kepada dirinya.

"Wait," Jayden menjongket kening. "Bila? Petang tadi aku tidurlah. Lepastu, masa aku bangun, Echan tak ada. Kata Johnny, Echan masuk hospital. Anak kita tak apa-apa kan? Aku risau tahu tak?"

"Baru sekarang kau nak mengaku Echan ni anak kita? Selama ni, kau selalu anggap dia anak yang tak berguna dan sampah, bukan? Lagi satu, takkan kau tak ingat apa yang tejadi atau kau pura-pura lupa?" Gelora ombak masih keras membadai. Chaeyoung cuba menahan penderitaan yang berkudis di hatinya. Wajah Jayden dilihat untuk mendapatkan kepastian.

"Bila masa aku cakap macam tu? Hey, Echan anak aku. Anak kita. Mestilah aku sayang dia," Jayden memberi penekanan. Dia cuba menyakinkan Chaeyoung. "Dan mana ada aku pura-pura lupa. Jujur, aku tak faham apa yang kau cuba beritahu aku."

"Sudahlah, Jayden. Kau tahu kesalahan kau, jangan cuba nak tutup dengan pura-pura jadi bodoh. Aku akan ambil semula hak penjagaan Echan. Mulai saat ini, jauhkan diri kau daripada kami. I hate you."

Jayden menggenggam penumbuk. Emosinya mula terpalit dengan geram. Chaeyoung seakan-akan meletakkan semua kesalahan pada bahunya walhal Jayden benar-benar tidak tahu tentang peristiwa yang terjadi petang tadi. "Chae! Jangan tuduh aku sembarangan tanpa ada bukti. Aku memang tak faham apa yang kau cakap."

"Kau ni amnesia ke apa?" Kedua-dua alis kening Chaeyoung bertaut. "Mana ada. Percaya cakap aku, Chae. Aku betul-betul tak faham apa yang kau cakap." Protes Jayden laju.

"Aku tak percaya. Dah la Jayden, aku pergi dulu. Jangan cari kami lagi." Setelah itu, Chaeyoung benar-benar pergi meninggalkan Jayden dengan kebisuannya.

Wajah Jayden berubah kelat. Jiwanya kembali menggelegak hangat, "Chae, apa yang terjadi sebenarnya? Aku tak faham."

❲ ⸙͎ ❳

— edited, 261121.

Apa sebenarnya jadi pada Felix and Jeffrey? Nah clue, boleh dipakai guna even not so accurate 😂

Apa sebenarnya jadi pada Felix and Jeffrey? Nah clue, boleh dipakai guna even not so accurate 😂

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Anyways, ff ni nak habis dah. Tak sabarnya nak complete kan sjsj. Sorry kalau ada kekurangan dalam chapter ni hehe.

[C] True Identity.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang