TOK! TOK! TOK!
"Masuk." arah Qashaff tanpa melihat siapa gerangan yang masuk ke dalam pejabatnya itu. Sehelai demi sehelai kertas kerja diselidiki.
"Dah tak nak rehat dulu otak tu? Asyik nak kerja je. Jangan terlalu fokus sangat dengan kerja. Kita ini perlukan tenaga luar dan dalam tahu. Kalau kau jatuh sakit, kau juga yang susah kan." Qayrel mengambil tempat kerusi dihadapan Qashaff.
Wajah Qayrel dipandang dengan tiada perasaan. "Tahu nak tazkirah orang tapi dibagi juga kerja kau yang berlambak macam gunung dekat aku. Hei, kalau bukan kau buat hal kerja kau tak siap, takde maknanya aku ni dapat rehat tahu."
Kena setempek juga akhirnya Si Qayrel. Namun lelaki itu tetap dengan wajah selamba. Alah, macam tak kenal perangai abang dia seorang ini. Cawan kertas ditangan kirinya diletakkna pada atas meja Qashaff.
"Nah, aku ada beli Coffee Latte kau. Atleast ada alas perut untuk di isi daripada kosong masuk angin perut kau tu."
"Hm. Thanks." balas Qashaff lalu kembali menyambung kerjanya. Ada baik dia buat kerja dia daripada layan adik dia. Cepat siap, balik pun cepat.
"Kau tak nak share apa-apa ke dekat aku?" senghaja Qayrel memancing konsentrasi abang dia.
"Share apa benda?" Qashaff tetap fokus membuat kerjanya tanpa memnadang adiknya yang sudah tersenyum senget itu.
"Are you sure? Takde nak diluahkan?" duga Qayrel lagi.
"Hm."
Qayrel tergeleng-geleng dengan kerenah abang sulung keduanya ini. Susah betul nak bercakap dengan orang yang workaholic ini. Dia punya sibuk sampai tak boleh nak layan orang langsung.
"Okay then... Jadi apa cerita dengan semalam? Gaduh sampai suara boleh dengar luar bilik?" selamba betul Qayrel berkata. Coffee Latte miliknya diteguk.
Qashaff yang khusyuk menulis terus terhenti. Perlahan kepala dia memandang Qayrel. Terkejut dengan penyataan adik dia.
"How did you--"
"Aku pergi dapur kejap nak minum. Tapi tak jadi sebab terdengar korang gaduh." jelas Qayrel. Agh... soal macam ini dia dah agak dah. Typical novel.
"So... Aku nak tanya kau. Apa sebenarnya dah berlaku sampai korang gaduh ke tahap macam ini?" Qayrel merenung wajah abang dia. Saja nak dengar penjelasan dari lelaki ini. Walaupun hakikatnya dia tahu apa sebabnya.
Qashaff mengeluh. Pen diletakkn pada meja dan tubuh disandarkan pada kerusi.
"Dia curang dengan aku." jawab Qashaff. Dia sebenarnya tak suka nak ingatkan kembali. Bila diingatkan, hati dia seperti mengeluarkan api. Sakit!
Qayrel tersenyum. "Apa statement kau yang kau label dia 'curang' ?" tanyanya.
Qashaff pandang adik dia bagaikan tidak percaya. "Bro, kalau dah depan mata aku dia berpeluk dengan lelaki ex boyfren dia bukan ke itu dinamakan curang dengan suami?" geram Qashaff. Nak diikutkan hati, mahu saja pen dia disogok dalam mulut adik dia sekarang ini.
"Itu je? So, kalau sekiranya aku ini peluk atau terpeluk dengan ex girlfriend aku dikira curang lah? Macam tu? Or Sekiranya kau terpeluk dengan perempuan lain, kau dikira curang lah kan?"
Qashaff terdiam.
"Kau tahu tak apa definasi curang?" soal Qayrel lagi.
"Tahu."
"Define it."
Ha... Dah macam cikgu soal anak murid pula. Cikgu tanya kau jawab. Tak dapat jawab dengan tepat, rotan menanti.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tolong Lindungi Dia
RomanceAdryan Qhasaff - Sebut sahaja nama, satu Kuala Lumpur kenal dia. Orang ternama macam dia, mana tak nya orang kenal. Syarikat AQ's Holding. Perwatakan dingin serta kekacakan dia sering menjadi tumpuan para wanita. Malah ful pakej yang mana dia mempu...