Aku menangis semahu-mahunya. Qhalish dan Mak Tijah yang mendampingi sisi ku hanya mampu menepuk bahunya.
"Mama... Stop crying... Qhalish tak suka bila mama nangis-nangis macam ini." pujuk Qhalish sambil tangan kecilnya menepuk lembut belakang tubuh ku.
"Ana... Sudahlah tu... Nanti Ana sakit... " pujuk Mak Tijah.
"Mak Tijah, itu bukan suami Ana." kata ku dengan sendu. Betul! Dia bukan suami aku! Suami aku tak kejam macam ini!
"Astaghfirullah! Ana bawak mengucap Ana! Kenapa Ana cakap macam itu? Itu suami Ana. Suami sah Ana." kejut bukan main kepalang lagi Mak Tijah dengar.
Aku menggeleng kepala ku. "Tak. Dia bukan suami Ana. Dia bukan Adryan Qashaff yang Ana kenal. Dia kejam! Apa salah Ana untuk pertahankan diri Ana, Mak Tijah? Ana tak buat semua itu! Ana tak buat! Kenapa dia terus tuduh Ana curang dengan dia?! Kenapa susah sangat dia nak percaya Ana?!" aku menangis semahu-mahunya. Pergelangan tangan ku yang sakit tidak ku hiraukan.
"Iye... Ana tak salah kalau nak pertahankan diri Ana. Tapi tak baik tau kata macam itu. Qashaff suami Ana." nasihat Mak Tijah.
"Mama... Qhalish sayang mama... Qhalish tak suka bila mama sedih nangis macam ni..." airmata Qhalish turut berlinang sambil memeluk tubuh ku. Dia mula jatuh kesian dengan keadaan mamanya. Tak pernah-pernah dia tengok mamanya sebegini.
Hati Mak Tijah kian sayu melihat kedua insan dihadapannya. Sedih! Itu sudah pasti. Lagi-lagi bila tengok Qhalish yang budak kecil ini seperti matang dan memahami perasaan orang. Memang dia tahu Qhalish adalah budak yang sangat sensitif bila tengok orang menangis.
"Sudahlah tu... Nanti Ana jatuh sakit kalau Ana terus macam ni." bahu Hanna ditepuk perlahan oleh Mak Tijah. Sungguh walaupun Hanna adalah isteri anak majikannya, dia sudah mulai sayang seperti anak kandungnya sendiri walaupun hakikatnya dia sendiri tidak mempunyai anak.
"Mama?" Qhalish semakin hairan dengan mamanya yang tetiba berhenti menangis. Qhalish cuba menolaknya dan tubuh itu terkulai bersandar pada dinding. Wajah pucat Hanna serta mata yang terpejam buatkan Qhalish panik.
"Mama! Nek Ti! Mama, Nek Ti! Mama pengsan!" semakin kuat tangisan Qhalish. Tubuh mamanya dipeluk dalam pangkuannya. Mak Tijah melihat kejadian itu turut panik dan dengan sepantas kilat Mak Tijah menghubungi Qashaff.
"Qash..."
⚜️❣️⚜️
"Eh. Eh. Eh! Angah! Along! Eh! Woi! Jangan la!" Haiqal berusaha untuk menghalang kedua abangnya itu dari sebarang pergerakan daripada menuju ke pintu. 'Adui... Inilah padahnya kalau bercerita tentang masalah dia! Abang-abang dia kalau dah tahu, api kemarahan marak lepas tu bomba belum tentu boleh padam api mereka! Haih...'
"Acik jangan cuba nak halang kitorang untuk jumpa mamat tak guna tu!" Harraz sedaya upaya meloloskan diri dari halangan Haiqal.
"Mamat tu.. Tak layak pun jadi suami! Suami jenis apa kalau tak pertahankan isteri dia macam dia tu! Dah tepi! Sebelum kau yang aku tembak dulu!" Ini lagi seorang abang dia. Ini kalau marah, memang tak boleh halang sudah. Haiqal mendengus kasar.
"Hah! Elok la tu! Tembak la adik kau ni sekali dengan suami adik kita tu! Tembak lah!" geram tak geram juga dia dengan mamat dihadapannya ini. Alih-alih dia pula yang dapat habuan. Apekah...
Haiqal sudah letih untuk halang abang-abangnya. Dia berjalan untuk melabuhkan punggungnya pada sofa yang ada dekat padanya.
"Korang kalau nak jumpa mamat tu, dipersilakan! Aku dah tak halang dah. Suka hati korang la nak bercekik ke wrestling ke tembak menembak ke nak bertumbuk sampai esuk ke sampai hujung tahun ke... Aku dah tak kisah! Tapi ingat! Aku takkan tanggungjawab atas apa yang korang buat ni!" tegas Haiqal. Amaran yang cukup tegas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tolong Lindungi Dia
RomanceAdryan Qhasaff - Sebut sahaja nama, satu Kuala Lumpur kenal dia. Orang ternama macam dia, mana tak nya orang kenal. Syarikat AQ's Holding. Perwatakan dingin serta kekacakan dia sering menjadi tumpuan para wanita. Malah ful pakej yang mana dia mempu...