"It's ok"
Carla mengambil nafas lalu dihembus lembut, di pandang Madison yang sedang memandu itu,
"Aku pernah tengok orang bunuh diri"
Terkebil-kebil mata Madison selepas mendengar luahan Carla,
"Bu-bunuh diri?"
Carla mengangguk perlahan,
"Benda tu berlaku 6 tahun lepas, but still sebab trauma kalau aku teringat benda-benda pasal bunuh diri aku akan dapat sawan"
Carla tersenyum manis,
Entah kenapa terasa sesak dada Madison selepas mendengar cerita Carla, dia tahu bukan ini sahaja yang gadis itu rahsiakan darinya, dia mahu bertanya lebih dalam tetapi dia tidak mahu membuat Carla cemas takut sawannya datang kembali,
_____
Mereka sampai dikediaman Tengku Mikael Stenford, kelihatan berbagai kereta berjenama terparking dihalaman rumah agam itu,
Mata mereka mencari satu kereta honda civic,
"Oi!"
Terkejut Damia dan Aiman dengan suara kuat OI itu, kacau je orang tengah selfie dekat rumah besar ish,
"Kau islam kan?, Salam mana salam? Dah lah datang lambat, kelas dh lama habis aku rasa"
Kata damia sambik bercekak pinggang, sempat dia tersenyum bangga,
Madison pula sudah menjeling mata,
"Assalamualaikum~, ye kelas dah lama habis tapi aku ada kerja kat bilik prof tadi"
"Ha ha ha macam tulah waalaikumsalam, kerja?, Haaaa! Kau date prof ke?!"
Madison membuat muka 'are you kidding me?'
"Kau ingat taste aku prof ke?"
"Mana tahu"
Kata damia menjungkit bahu,
Carla menggeleng kepala tak mahu dia melayan mereka bedua tu nanti makin menjadi-jadi, dia mengalihkan pandangan nya ke Aiman, berkerut dahi gadis itu,
"Oi man!"
"Apa?"
Carla memandang Aiman dari atas sampai bawah, lain macam gaya mamat ni hari ni,
"Bergaya kau hari ni, biasanya kau macam sotong kering, i mean yang kembang lah sebab kau berisi sikit kan"
Impressed Carla melihat gaya Aiman yang rapi, lain macam lain macam,
"Kau kalau tak hina aku tak boleh an?"
"Mr Aiman tu fakta bukan hinaan"
"Shut up"
Aiman memuntarkan bola matanya, malas mahu layan betina sorang tu,
"Ehhh dah lah jom masuk i think semua dah kat dalam kot"
Madison mengajak, mereka semua mengangguk,
"Assalamualaikum"
Serentak mereka melaungkan salam,
Aiman dan Damia tersedak air liur melihat isi rumah agam Madison, ni rumah ke hotel?,
"Bapak besar gila babi rumah dia"
Hampir terjatuh dagu Aiman mencecah lantai, sungguh dia tidak pernah melihat rumah sebesar ini,
"Ruang masuk dia je pun dah macam ruang tamu kamu"
Tidak lepas mata Damia menscan seluruh tempat, jakun pasangan itu dengan rumah Madison,

ANDA SEDANG MEMBACA
I'M NOT HER (Is In The Process Of Editing)
RomanceTW: self harm, sucide, rape, Tengku's Series Book 2 "Jangan pernah seksa diri awak sewaktu saya sudah tiada,Cari lah pengganti saya yang boleh menyayangi Madison dan awak sepenuh hati,saya cintakan awak Tengku Mikael Stenford" -Cayla hudson "Kau pe...
Episode 9?
Mula dari awal