TW: self harm, sucide, rape,
Tengku's Series Book 2
"Jangan pernah seksa diri awak sewaktu saya sudah tiada,Cari lah pengganti saya yang boleh menyayangi Madison dan awak sepenuh hati,saya cintakan awak Tengku Mikael Stenford"
-Cayla hudson
"Kau pe...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"awak ni tak pernah serut kelapa ke?, Buat lah betul-betul tepi tepi tu banyak lagi kelapa"
Seronok Carla mendera Tengku Mikael, disuruhnya lelaki itu duduk menyerut kelapa dengan cara orang-orang lama-lama dulu, Tengku Mikael tersipu duduk diatas papan penyerut sambil menyerut kelapa, pasrah lah nak,
"Mana lah saya pernah buat benda-benda ni, biasanya beli kotak je"
Ujar Tengku Mikael dengan muka kesian, nak nangis pun ada jantan ni,
"Sebab tu tak fresh"
Carla disebelah hanya bersilang tangan memerhati Tengku Mikael yang gasak menyerut kelapa, padan muka,
Inilah rancangannya mahu mendera sang suami, dari pagi lagi Tengku Mikael sudah datang kerumahnya, macam drama melayu biasa Tengku Mikael meminta maaf namun tidak dimaafkan oleh Carla, sakit lagi tahu hati kita ni, senang senang tahi hidung dia je minta maaf macam tu,
"Sayang"
Panggil Tengku Mikael manja,
"Cakap tu cakap tangan tu gerak"
Tengku Mikael mencebik bibir mendongak memandang sang isteri yang sudah seperti bos, well biasa dia yang bos ni kita terbalikkan pula,
"Sayang, awak sakit tak masa lahirkan Mika?"
Carla berkerut dahi, dah kenapa mamat Tengku ni tanya?,
"Sakit lah juga"
Riak wajah Tengku Mikael berubah menjadi serba salah dan sedih, seharusnya dia lah yang berada disisi sang isteri sewaktu itu, namun apakah daya isterinya harus berlawan sendirian karena ego nya,
Carla sengaja mahu membuat lelaki itu rasa bersalah,well memang patut pun,
"Saya minta maaf sa-"
"Assalamualaikum!"
Belum habis ayat Tengku Mikael sudah dipotong oleh seseorang,
Carla menoleh bila mendengar laungan salam didepan, Tanpa kata apa-apa Carla terus bergegas kedepan, Tengku Mikael berkerut dahi, suara macam kenal je,
"Ehhh abang Carl"
Carl menoleh tersenyum melihat Carla, walaupun sudah mempunyai seorang anak wanita itu kelihatan seperti anak dara lagi, entah apa rahsianya pun dia tak tahu,
"Kenapa ni abang Carl?"
"Ahhh ni Claire suruh hantarkan ni untuk Carla"
Carl menghulurkan Carla sebuah beg kertas berjenama Rachel Claire, baju jenama Claire Alara,
"Ahhh dah siap pun terima kasih abang Carl"
Carla menempah sebuah baju dress dan tuxedo untuk dia dan Mika, yelah Majlis kahwin Damia dengan Aiman kan nak dekat dah,